March 19, 2024

Kuwait Dijangka Tidak Mampu Bayar Gaji Penjawat Awam Selepas November.

Bank Dunia mengatakan impak pandemik Covid-19 terhadap ekoonmi negara pembekal minyak mentah dunia, Kuwait lebih parah berbanding Perang Teluk 1990.

Perwakilan Bank Dunia di Kuwait, Ghassan Alkhoja, mengatakan bahawa ekonomi Kuwait akan menyusut 5.4% tahun ini dan pulih sekitar 1% pada tahun 2021.

Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait bakal menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November depan.

Pengumuman berita itu dibuat Menteri Kewangannya, Barak Al-Sheetan ketika sidang Parlimen negara itu pada Rabu.Menurut laporanĀ Bloomberg, Al-Sheetan mengesahkan negara timur tengah itu mengeluarkan Dana Simpanan Am sekitar 1.7 billion dinar setiap bulan.

Malah, tegas beliau, kecairan kewangan negara itu akan bertambah parah jika harga minyak dunia terus mencatatkan penurunan.

Selain itu, kedudukan kewangan negara itu juga akan bertambah kritikal sekiranya Kuwait tidak dapat meminjam dari pasaran tempatan atau antarabangsa.

Menteri Kewangan Kuwait itu menambah, bajet defisit negara itu juga meningkat kepada 69 peratus bersamaan 5.64 billion dinar pada fiskal tahun lalu.

Bagi fiskal tahun ini, kerajaan Kuwait dianggarkan telah berbelanja lebih 14 billion dinar yang berakhir pada 31 Mac lalu dengan upah dan subsidi menyumbang 76 peratus daripada jumlah perbelanjaan negara.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan keperluan kewangan kerajaan untuk berkembang lebih cepat susulan kedudukan kecairan kewangan negara itu semakin lemah.

Ekonomi Kuwait antara yang paling teruk terjejas selepas pandemik COVID-19 melanda dunia sejak awal tahun ini ditambah dengan kejatuhan harga minyak secara mendadak.

Sumber: AstroAwani

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Kuwait Dijangka Tidak Mampu Bayar Gaji Penjawat Awam Selepas November.

  1. masa ada kawan share cerita ini, masing-masing risau yelah kita penjawat awam jugak macam di kuwait…
    cuma mungkin sebab mereka cuma bergantung pada minyak je kan, jadi agak susah… harap negara kita tak akan jadi macam di kuwait…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *