Elak Hutang PTPTN

Cara Elak Hutang PTPTN.

Assalamualaikum wbt & Salam Ramadhan,

Sejak penubuhan Kerajaan Baru, sekali lagi isu PTPTN menjadi bualan hangat. Kali ini lebih hangat apabila manifesto kerajaan baru (hapus PTPTN) akan dilaksanakan. Tetapi jelas sekali ‘penghapusan’ secara total tidak akan terjadi, tetapi peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah, dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran balik hutang PTPTN.

Ini adalah pilihan, bukan perkara yang harus diikut. Pada aku, ini bukanlah langkah yang bijak untuk diikuti oleh peminjam yang layak. Hutang tetap hutang, dan peminjam perlu berusaha untuk membayar balik. Tiada kompromi.

Jika tidak, akan mendatangkan kesan negatif kepada diri sendiri dan juga bakal peminjam (tiada dana).

Aku ada terbaca perkongsian peminjam yang rasa ‘terseksa’ apabila perlu membayar balik pinjaman pelajaran daripada PTPTN. Adoii konsep utama, apabila meminjam, perlulah bayar balik kan. Lumrah. Walaupun terseksa. Tapi kau orang ada tak cara untuk sambung belajar tanpa perlu membuat pinjaman pelajaran daripada PTPTN?

Ya, ada.

Ada banyak cara pilihan yang lain. Untuk kali ini, aku kongsikan dua cara sambung belajar tanpa meminjam daripada PTPTN.

#1 Dapatkan Keputusan Cemerlang.

Ambil SPM, belajar pandai pandai, dapatkan keputusan cemerlang SPM dan mohonlah biasiswa pendidikan daripada pelbagai agensi. ie: JPA/ MARA/ agensi swasta dll. hehe..bunyi macam senang je kan benda yang aku kongsikan ni? Ye, aku akui susah tapi tidak mustahil kan?

Kalau berjaya, alhamdulillah. Yuran universiti, bayaran sara hidup kau orang dari hari pertama masuk belajar hinggalah ke graduasia, ditanggung sepenuhnya! Sedap!

Itu kalau berjaya, kalau tidak berjaya?…

#2 Kumpul Dana Sejak Kecil.

Idea ke 2 mungkin ada yang senyum senget kat aku. Mungkin ada terkait dengan isu Rosmah kumpul duit dari kecil sehingga dapat membeli cincin berlian dengan harga ratusan ribu ringgit.

Sebenarnya idea ini bukan bermula daripada pelajar itu sendiri. Tapi perlu bermula daripada ibu bapa kepada pelajar yang bakal menyambung pelajaran. Bagaimana?

Idea ini mungkin boleh kau orang praktikkan untuk anak-anak sejak bulan pertama mereka lahir. Aku juga sedang praktikkan untuk dua orang anak lelaki akau.

Berapa purata kos pembelajaran di IPTA?

Katakan RM70,000 diperlukan untuk anak aku habiskan kos kejuruteraan di IPTA. Ini termasuklah tuition fee, rumah sewa, pengangkutan, buku pen dan juga duit makan. Jadi, dalam masa 18 tahun ( bulan pertama lahir ~ usia 18 tahun), aku perlu mengumpul sejumlah RM70,000 untuk menampung kos-kos sepanjang pembelajaran anak.

Agak-agak ada tak instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan sebanyak ini dengan hanya perlu melabur sebanyak RM100 setiap bulan? Kalau ikutkan kira-kira, RM100 x 12 bulan x 18 tahun, jumlahnya hanyalah RM21,600.

Jadi bagaimana aku boleh katakan berpotensi memperoleh RM70,000 dalam masa 18 tahun? Ada tak yang nak tahu cara ini?

Aku tak sempat nak update di blogpost kali ini, tapi kalau ada yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang perkara ini, boleh Whatsapp +017-21012 82 😉

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

33 Comments

  1. Rasanya manifesto hapuskan PTPTN bagi pendidikan percuma tu manifesto PAS..bukan PH…hahhaha
    Tapi apapun..hutang wajib dibayar…
    Kalau taknak bayar silalah stadi rajin2

  2. Apa2 pun hutang tetap hutang..kena bayar tak kira apa. Anak sis pun setiap bulan kena bayar ptptn n mara..sian dia, x tau lah nape ayah dia tak tolong dulu..ummm.
    Apa2 pun now dia dah kerja dah..so sis selalu pesan suruh dia bayar..jangan dok ngelat

  3. Now you can pay PTPTN using your EPF. Is a good way to pay back PTPTN money faster as other student also need the money for study.

  4. Benar banget, Abby setuju klo menabung itu harus dibiasakan pada anak sejak masih kecil agar kelak nanti tak masalah dalam biaya hidup dan pendidikannya.0

  5. Benar banget, Abby setuju klo menabung itu harus dibiasakan pada anak sejak masih kecil agar kelak nanti tak masalah dalam biaya hidup dan pendidikannya.

  6. Tips bagus untuk anak2 kita nanti. Untuk kita memang takleh nak buat apa la. Dha terlanjur pinjam dengan ptptn, wajib la bayar balik haha

  7. Betul, hutang tetap hutang. Tuada kompromi. Belajar main-main lepastu berangan nak suruh bagi free. Amboi ! Banyak cantik. Nak free, usaha ! Dapatkan cemerlang. Eh tetibe emo pulak kalau ckp isu ptptn nie. Hahahah

  8. bagus tips untuk elak hutang dengan PTPTN ni.. yelah.. ibu-bapa yang taknak anak berasa terhutang dengan PTPTN tu eloklah menabung untuk anak dari anak masih bayi lagi kan.. kumpul sikit-sikti lama-lama jadi bukit.. syok kalau memegang ijazah tanpa ada hutang dengan mana-mana kan..

  9. memang betul hutang tetap kena bayar.. dan TB pun tak berapa setuju kalau PTPTN dimansuhkan kerana negara memerlukan dana.. hutang wajib dibayar walau apa cara sekalipun, cuma kalau boleh biarlah penghutang tu membayar hanya jumlah yang dihutang.. bukan dengan kos2 lain yang agak tinggi.. kos pentadbiran tu kan..

  10. For me..simple..hutang kena bayar walau hebat macam mana pun keputusan diorang dpt..bayar jer la ikut aturan PTPTN dh bagi..kalau x mampu maybe x kerja bawak lah berbincang..adalah kaedah bayaran yg dikenakan..ini pung pang sana sini..dh senang nak lagi senang..kalau x bayar apa plak nasib anak2 kita yg nak belajar nanti..nak jugak guna PTPTN

  11. Bagi saya, lagi bagus kalau mampu tak payah amik langsung PTPTN ni. Bayar kat uni atau kolej tu pelan-pelan asalkan jangan hutang.

  12. Hehehe hutang ni susah nak cakap sebab selagi mereka tak ada kesedaran kepada nak bayar hutang payah. Makin hidup senang makin lupa itu dah lumrah manusi. Tapi bukan semua orang macam ni hehehehe..

  13. I memang bayar my ptptn setiap bulan… kena bayar lama lagi kot… untuk selesaikan semua hutang..

  14. setiap ibu bapa perlu ada perancangan dari sekarang walau anak2 masih kecil, mcm sy mujur anak yang sulung dapat MARA dan tak perlu byr balik sebab kerja dgn MARA, anak yang ke 2, 3 dan 4 kami bayar yuran sendiri dan cuba elak dari diaorg ambil PTPTN..perit la jugak tapi utk anak2 kan

  15. Tak tahu cmne nak lepas. tapi mostly ipts wajib amik ptptn. kalau boleh taknak amik. tapi alhamdullah dapat MARA untuk diploma dan degree. rezeki

  16. kena ambil tahu jugak as a parent ni,wajib ada tabungan dari kecil supaya esok dia besar,duit tu boleh la menampung belajar dia.

  17. Alhamdulillah dlu study xde wat pinjaman sbb dpt sponsored by mara.. Ms tu ptptn pn xde lg.. Tp yg berhutang ptptn tu wajib la byr.. Hutang tetap hutang

  18. itulah kena belajar pandai-pandai anak-anak ni supaya result diorang bagus dan tak payah bayar duit pinjaman. kak lily dulu pakai loan PAMA je senang takde orang datang tagih hutang hahaha

  19. It’s fine to hutang PTPTN, in my opinion. Not everyone comes from middle-upper class family. The thing is that tau pinjam kena lah tau bayar balik. So, it’s a responsibility of every peminjam to bayar, so that other children have the same education opportunities.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam