December 9, 2024

Jangan Bayar Guna Cash

Jangan bayar guna cash?? Takkan nak bayar teh tarik segelas tak boleh guna wang tunai dah ke? Eh, bukan bukan..

Ini kisah jangan bayar guna cash bila kau orang nak berurusan tentang perkara lain, contohnya, deposit untuk beli rumah ke, bayaran untuk pelaburan unit trust ke, bayaran insuran bulanan dan sewaktu dengannya.

Objektif utama jangan bayar guna cash dalam hal sebegini adalah untuk mengelakkan ketiadaan bukti hitam putih. Jadi, bila berlaku perkara yang tidak dirancang, makan tiada bukti kukuh dengan jumlah sebenar yang boleh dipercayai.

Contohnya, kau bayar insuran bulan-bulan, secara tunai kepada ejen insuran. Tetapi, ada beberapa bulan, ejen itu terdesak nak guna duit lalu menggunakan duit bayaran kau orang tanpa izin. Bila polisi ‘lapse’ sukar untuk menjalankan siasatan tanpa bukti ‘hitam putih’ itu.

Contoh di atas hanyalah melibatkan wang tunag yang kecil jumlahnya. Itu pun dah ditegah. Apatah lagi yang melibatkan jumlah yang besar, contohnya semasa pembelian rumah. Kes sebegini ada berlalu.

Aku kongsikan perkongsian daripada ejen hartanah Kak Rock, sebab “Jangan Bayar Guna Cash” dan cara terbaik untuk elak diri daripada menjadi mangsa “scammer” hartanah di Malaysia:

  1. Sebab tak da CCTV yang tolong capture gambar masa transaksi tu berlaku. Owner pon boleh cakap yang dia tak terima lagi duit dari buyer sedangkan duit tu dia dah guna. Walaupon dia ada kasi “resit”. Resit tu boleh “di padamkan” tak kisah la simen dalam tong ke buang dalam kotak ajaib ke. Paham tak?
  2. Tengok sini ye, bila korang bayar online/cek/CDM. Automatik anda akan print resit sendiri kan. Pastikan simpan ye. Perasan tak,kat resit tu ada tertera jumlah duit keluar, akaun penerima, masa pukul berapa transfer dan anda sendiri boleh tulis tujuan apa duit itu di tansfer. Korang tulis la “bayar booking Istana Takeshi” tu contoh je. Hehee
  3. Lagi satu, sangat penting. Pastikan jangan bayar direct ke akaun owner/agen. Yang ni pastikan nama penerima bukan nama perseorangan. Wajib bayar pada akaun syarikat atau peguam sebagai pihak tengah. Bila ada apa apa contoh loan tak lepas, pihak tengah tu boleh pulangkan balik duit booking tu kat korang. Nampak tak?
  4. Ok last tips ni. Sebelum bayar ke peguam/pejabat agen pastikan korang “google” dulu. Cek company tu wujud ke instant wujud. Kalau dah wujud lama ok la tu. Trusted. Tapi kalau instant wujud tu hati hati la. Takut duit korang kene seduuuut dan hilang di angin lalu.
  5. Kalau agen/peguam/owner tu ada FB, sila la stalk dorang. Biasanya bila kita jumpa/whasup, FB akan tunjukkan FB akaun profile dengan orang yg BARU kita deal tu. Perasan tak? Business dorang ni betul ke scam. Semua anda boleh cek guna hujung jari je. Nak selamat, pilih agen/peguam/pejabat tu dah lama buka akaun FB. Cek la dorang buka FB tu tahun bile.

Tips ini nampak ringkas je kan. Hakikatnya, ada yang menjadi mangsa kepada mereka yang tak bertanggungjawab akibat terlalai atau kurang ilmu.

Aku sendiri tidak menerima wang tunai daripada pelabur yang ingin melabur dalam unit trust. Sebabnya, ada kes yang ejen ‘songlap’ duit pelaburan untuk kepentingan mereka sendiri. Selalunya, aku akan minta mereka sediakan ‘bank draf’ atau cek sebagai prosedur yang betul.

Semoga kita semua terhindar dan dijauhi daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

23 thoughts on “Jangan Bayar Guna Cash

  1. Betul! Benda yang ringan macam ni orang ambil tak kisahkan.lelagi bab duit. Berhati-hatilah semasa berurusan lelagi yang memerlukan bukti dan kepercayaan org lain. Sebab kita tak tahu apa yg akan jadi nantikan.

  2. Memula baca tajuk. AM dah curious apa sebenarnya.. Bila dah abis baca baru paham.. AM sangat setuju dgn jmr sbb transaksi duit keluar masuk jangan guna Cash.. Perkongsian yg bermakna utk mengelakkan sebarang kerugian mahupun penipuan..

  3. Thanks atas perkongsian nie. Memang bagus info sedemikian sebab memang ada kes yang terjadi bila agen ‘terpakai’ duit bayaran insuran klien dan kemudian bila ‘lapse’, klien yang disalahkan. Memang bagus bila ada ‘cash trail’ nie untuk memudahkan penjejakan oleh semua pihak.

  4. Betul ! Ada juga yg pernah bagi tahu hal nie pd saya. Bilamana kita berurusan jual beli dalam amount yg besar, seeloknya jgn gunakan cash. Sbb xde bukti hitam dan putih

  5. Takut nye kan bila orang yang kite deal tu buat main dengan duit kite. Ingat kite orang senang ke nak main ambik ambik je duit kiye. Betul la, jangan guna cash untui benda benda macam ni

  6. Tips yang sangat berguna. Memang sekarang kita kena hati-hati lebih lebih lagi bila melibatkan duit, macam-macam boleh berlaku. Sis pun selalu jugak kalau dalam jumlah yang besar memang takut nak guna cash..prefer cheque sebab ada bukti kalau apa2 jadi

  7. betul jugak erk.. sebagai bukti kalau apa apa hal. tapi mmg skrg insuran and a few bills bayar pakai credit card, plus shopping pun prefer pakai cc sbb nak tgk jumlah apa yang dikeluarkan untuk bulan itu, tapi dengan syarat kena byr balik lah cepat2. skrg byk dah apps untuk cashless ni.. i suka sbb hahahah selalu tak sempat keluar duit dekat bank

  8. Sekarang ni pun dah kat kedai makan semua dah ada system cashless hehehehe mudah dan selamat. Tapi betul juga tips yang dikongsikan tuan ni kita suka membaca kat sini banyak ilmu yang berguna…..

  9. Wang Tunai tu tetap duit kita kan…mesti la kita kena hati2 kalau nak deal ngan sesiapa tetapi kadang2 orang zaman sekarang ni pandai berlakon. Acah acah good. Kita pun terpedaya. Moga dijauhkan dengan orang gini.

  10. I agree with you on the Insurance part. I have always paid mine by using credit card. Most of the time when I am paying for something I go cashless as I will get points and extra discounts as well.

  11. Betul tu. Kalau bayar dalam amaun yang banyak, yang boleh transfer, elok transfer je.
    Macam kita dulu duit insuran bagi pada kakak sdra. Tp kdng dia byarkan lambat.
    Lepas tu taknk susahkan dia, kita buat potongan trus.
    Senang. Bukti transaksi pun ada.

  12. Setuju Sangat. Saya ada pengalaman dengan PTPTN. saja je terlalu pejabat tu, jadi rasa gatal nak g check balance. Sekali dia cakap saya tak pernah bayar dari tahun XXXX. Padahal saya bayar tiap bulan konsisten guna FPX. Nasib baik la ada simpan email bukti pembayaran tu. Print semua bukti pembayaran terus bawa pergi pejabat tu balik. Nasib baiklah semua nya OK. Lepas hari tu, saya bayar guna potongan gaji je.

  13. pe pun payment, cash or not, mesti ada resit (bukti pembayaran).
    tak ramai yg mampu atau suka guna kad kredit.
    tak ramai jugak yg suka guna kad debit, kan.
    tak ramai jugak yg prefer guna online transfer.
    masih ramai yg dlm kepompong ‘byr cash’. contohnya, adik aida sendiri. semua dlm cash.
    baru la dia rasa selesa membayar. so, wajib ada resit.

  14. nice sharing. memang betul tu, zaman sekarang ada perkara kita perlukan bukti. cash ni memang susah nk tunjukkan kita dah bayar, lagi2 kalau amount yang banyak.

  15. Terkejut baca tajuk ..pun x berurusan cash kalau part ni..online je senang x yah kuar cash banyak2..semua nak kena rekod kan..macam Bro Framstone ckp..ada lembaga memerhati ni..

  16. Yup, dah beberapa tahun berbelanja tak guna cash… Bil semua pun bayar online.. Takut ada pembelanjaan tak direkod.. Dah la LHDN memerhati je nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *