Orang kata, nak kawal aliran wang tunai daripada sumber pendapatan setiap bulan, bukanlah perkara mudah. Silap langkah, jumlah perbelanjaan akan asyik melebihi sumber pendapatan yang diperolehi. Belum lagi sampai hujung bulan, simpanan tunai sudah tiada. Kepala mula pening. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Satu cara yang paling penting untuk elak masalah ini adalah dengan berbelanja secara berhemah. Ye, cakap senang tapi nak amalkannya bukan main susah. Apa kata kita cuba 10 tips berbelanja secara berhemah di bawah ini terlebih dahulu.
Tips Berbelanja Secara Berhemah.
1# Buka satu akaun simpanan berasingan. Setiap kali dapat gaji, simpan 10 – 15% siap-siap dalam akaun tersebut. Kalau boleh bukalah akaun yang takde kad bank untuk menyukarkan cara pengeluaran.
2# Strictly no kad kredit. Sentiasa membeli belah dengan CASH.
3# Simpan segala resit perbelanjaan dan audit pada hujung bulan nanti. Kau orang mungkin akan terkejut melihat perbelanjaan tidak perlu yang dah dilakukan.
4# List senarai barang yang ingin dibeli. Buat perbandingan harga.
5# Elakkan makan di luar. Sekali sekala tu ok. Tapi kalau hari hari bengkoklah jadinya.
6# Beli apa yang perlu sahaja. Maknanya hanya yang betul-betul keperluan. Jangan diturut nafsu dan kemahuan.
7# Letakkan sasaran penjimatan. Dan struggle untuk achieve target tu.
8# Beli ketika sales. Waktu harga runtuh. Tetapi perlu juga berpada-pada. Beli barang yang diperlukan, bukannya membeli mengikut kehendak.
9# Cut perbelanjaan yang tak perlu. Contohnya kat rumah ada dua account astro. Potong satu. Tapi kalau dapat potong langganan Astro pun ok. Pakai unifi sahaja dengan data kelajuan maximum. Boleh juga streaming untuk menonton racangan best di siaran lain.
10# DISIPLIN. 1001 cara pon kalau kau sejenis tak berdisiplin tak guna jugak!!
Tambah Pendapatan.
Apabila 10 perkara di atas ini sudah berjaya diamalkan, bolehlah mula mencari sumber pendapatan lebih. Walaupun kau orang berasa pendapatan sekarang sudah mencukupi, tak salah pun untuk tambah pendapatan bagi ‘top up’ simpanan yang ada sekarang. Lagi pun, hari ini sangat mudah untuk berniaga terutamanya bisnes online.
Contohnya dengan menjual e-book Zero To Hero ini secara online. Setiap jualan, kau orang akan mendapat komisyen sebanyak RM42.50, which is sangat berbaloi atau boleh dikatakan satu pendapatan pasif. Boleh lakukannya hanya dengan menggunakan telefon pintar yang sentiasa ada di tangan kau orang.
Selamat berusaha!
disiplin yang paling utama…
ramai yang sangkut dalam bab disiplin
aku dah rajin simpan resit.
lhdn punya pasal. haha