March 19, 2024

Pengalaman Pertama Makan Mentarang Bakar di Restoran Faridah Mentarang Bakar

Pengalaman Pertama Makan Mentarang Bakar

Siapa pernah ke Sekinchan pasti akan menyedari kewujudan ‘MENTARANG’ . Setiap kali aku melalui jalan Sekinchan-Sg.Besar, pasti mata ini akan tertarik dengan gerai-gerai di tepi jalan yang menjual mentarang ini. Ada yang dijual mentah mentah, ada yang dijual selepas dibakar. Sebelum ini, tidak pernah terfikir untuk berhenti dan mencuba sendiri rasa mentarang ini. Kali ini, semasa perjalanan ke majlis akad nikah sepupu aku di Bagan Datuk, adik ipar mencadangkan kami makan tengah hari di Restoran Faridah Mentarang Bakar, antara kedai makan di Sekinchan yang menyediakan menu mentarang bakar.

Sebenarnya, mentarang ini sejenis siput yang bercengkerang, berkulit nipis dan hidup di kawasan pantai yang bersuhu dengan suhu air yang rendah. Nama saintifiknya ialah Pholas orientalis. Seingat aku, aku tidak pernah menjumpai mentarang ni di lain-lain tempat selain di kawasan ini.

Restoran Faridah Mentarang Bakar, Sekinchan

Mentarang bakar merupakan menu yang menjadi kegemaran ramai di Restoran Faridah Mentarang Bakar ini. Selain itu, banyak lagi menu berasaskan makanan laut yang disediakan di sini. Semasa kunjungan kami kali ini, semestinya mentarang bakar menjadi menu utama kami. Selain itu, belut sambal da pari bakar juga menjadi lauk sampingan kami kali ini.

Mengikut staf yang mengambil pesanan kami, untuk 4 orang makan, 1 KG mentarang sudah mencukupi. Aku ingatkan terlebih banyak, rupanya ngam-ngam untuk kami. Lagi pun, kali ini wife aku yang memang tak gemar makanan bercengkerang (kerang, oyster dll), tetiba boleh pula telan kali in. Berselera lak tu. Secara fizikalnya, isi mentarang yang boleh dimakan seakan-akan pepahat tetapi sedikit ‘kosong’ rasanya berbanding pepahat. Rasa hanyir pun tiada jika dibandingkan dengan kerang dll.

Cara Bakar Mentarang.

Sambil menunggu pesanan kami sampai, aku sempat meninjau cara membakar mentarang. Tiada yang istimewa. Dengan menggunakan arang, caranya sama sahaja seperti membakar kerang atau udang. Cuma kena cekap mengawal api supaya mentarang masak sempurna tanpa rasa hangit.

Restoran Faridah Mentarang Bakar

Selepas hampir 15 minit menunggu, pesanan mentarang bakar pertama kami sampai. 3 pinggan mentarang bakar untuk 1 KG. Mentarang bakar ini sedap dimakan dengan sos pedas yang disediakan oleh mereka. Kopak je cengkerang si mentarang tu, then tarik keluar isinya yang sedikit melekat. Kalau dipicit-picitnya isi tu, akan keluar ‘benda’ berwarna hijau (isi perut mentarang kata adik ipar aku) tetapi tiada bau yang kurang mengenyangkan. Oh ye, mungkin cara membersih mentarang sebelum dibakar memainkan peranan penting sama ada isinya berbau hanyir atau tidak selepas dibakar.

Sambil menunggu order lain sampai, habislah juga setengah kilo mentarang bakar kami telan.

Hampir setengah jam menunggu, barulah pesanan kami yang lain tiba. Sedikit kecewa apabila pari bakar tiba selepas nasi aku dan tinggal 2,3 biji. hahaha.. So far, rasa makanan kat sini memang OK. Cuma servis di sini agak lambat walaupun restoran tidak dipenuhi pelanggan semasa kunjungan kami kali ini. Kenapa dan mengapa? Itu aku tidak pasti, tetapi harapnya mereka dapat perbaiki isu ini pada masa akan datang.

Dari segi harga, RM80 untuk 1kg mentarang bakar, belut sambal 2 orang makan, pari bakar , sayur campur, nasi 5 pinggan dan 1 jug sirap, agak sedikit ‘keras’ tapi masih berbaloi. Lagi pun kat tempat lain memang aku tak pernah jumpa menu mentarang ni.

Alamat Restoran Faridah Mentarang Bakar:

Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

24 thoughts on “Pengalaman Pertama Makan Mentarang Bakar di Restoran Faridah Mentarang Bakar

  1. Wooo… This is so interesting. I used to hunt a lot Malay bbq stall when I was at my hometown and hardly doing that when I am now in kl. Hope I can get to know more this kind of food stall so u can go food hunting again

  2. pernah sekali makan mentarang ni, sedap juga. beli masa lalu kat sekinchan dulu. pernah makan di lumut, nasi 5 orang makan, seafood segar dengan beberapa jenis lauk, servis pun cepat, sedap pulak tu.. harganya dalam RM80 lebih je. mungkin kedai Faridah ni perlu perbaiki dari segi masa penyediaan makanan dan beberapa perkara lagi

  3. hari tu kami mencari dan membakar lokan memang sedap tapi mentarang bakar nie belum lagi try mesti sedap jugak kan.. teringin suatu hari nanti nak mencuba.

  4. Rawlins memahami perasaan JMR pabila nasi tinggal 2,3 butir dan lauk pauk baru sahaja tiba. Haha. Kekadang rasa macam nak masuk ke dapur je masak sendiri lauk pauk tersebut kan. Haha. Tapi apakan daya, Rawlins pun tak pandai masak maka redhoooooo.

  5. Mentarang ni kalau rebus cicah sambal belacan pun sodap. Itu dah ambil masa lama juga utk rebus sehingga betul-betul masak. Kalau bakar ni kena cari kedai yang betul-betul hidang yang masak dan bersih. Tengok macam best je. Nanti bleh cuba!!!! Masak dalam spaghetti spicy aglio olio pon sodap!

  6. huhu.. secara jujur TB baru 1st time dengar nama Mentarang bakar ni.. dan secara jujru baru 1st time juga tengok rupa mentarang ni.. haha.. sedihnya.. awat la TB baru tahu ni? hahaha.. tapi rupa dia macam kerang kan?

  7. Saya tak pernah makan mentarang. Sebenarnya ini juga kali pertama dengar rasanya. Hihi. Tapi nampak sedaplah! Macam nak try! Kalau dekat Sekinchan rasanya bolehlah nak try nanti. Ajak geng pun best jugak ni. Hihi

  8. Nampak menarik ni.. selalu je lalu area sekinchan tp tak pernah singgah mana2 utk makan. Malah restoran ni pun saya baru tau. Next time klu ke sekinchan boleh juga singgah makan di sini. Tq sharing info ni 🙂

  9. oh mentarang elok kalau makan raw letak lemon baru terasa kesegaran isinya kalau dah bakar rasa macama pelik sikit, apa pun nice experience lama rasanya tak makan mentarang sebenarnya tak pernah makan pun cuma teringat ianya macam ala-ala oyster heheh

  10. Service agak lambat tu dari dia start kuar dalam TV rancangan Hala Tiga hos Remy Ishak tu. Kami pegi tak lama lepas kuar kat rancangan ni. Ada la 2-3 family duduk pastu balik begitu saja. Tak tahan nak menunggu. Kami rasa mentarang masak kari. Sedap juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *