March 19, 2024

8 Ayat Yang Pantang Diucapkan Kepada Anak-anak. Jom Semak Senarai Ini!

Assalalaikum wbt & Salam 7 sen 🙂

Sebelum ini aku ada kongsikan 5 Ayat Keramat Untuk Mengawal Emosi Anak Sulung Terhadap Adik-adik. Sudah baca ke belum? Kalau belum, pergi baca sekarang 🙂

Kali ini, aku ingin berkongsikan ayat-ayat yang tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang ibu atau bapa. Aku tak nafikan, ayat-ayat ini semua pernah juga aku dan isteri ungkapkan. Tak tahu pula perkataan tu bersifat “tajam” dan “deep” , mampu mengguris lubuk hati anak-anak dan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.

Tapi, kadang-kadang… ibu bapa juga membuat kesilapan. Biasalah. Dah tahu ini, kalau boleh cuba elakkan selepas ini ya..

Antaranya ialah dengan menyebut beberapa perkataan yang tidak seharusnya disebut oleh mereka.

8 Ayat Yang Pantang Diucapkan Kepada Anak

#1 “Berhenti menangis sekarang!”

Memanglah anda berang sebab anak menangis tanpa sebab. Tapi, jika anda sebut perkataan ini pada mereka, mereka akan rasa yang diri mereka terlalu bodoh kerana tak dapat berhenti menangis.

Kadangkala, mereka tak dapat kawal apa yang mereka rasa. Apabila anda sebut ayat ini, mereka fikir anda tak benarkan mereka ada “emosi“.

Cuba pujuk dengan ayat yang lebih positif seperti –

“Tak mengapa kamu menangis. Tapi… kamu kena faham, apa yang kamu buat ini salah.“

#2 “Ibu/Abah kecewa dengan kamu!”

Biasanya, ayat ini akan diungkap mana-mana ibu bapa yang kecewa dengan anak masing-masing.

Semuanya mungkin sebab tingkah laku anak tersebut atau kerana ibu bapa terlampau dibuai kesedihan dan kekecewaan.

Apabila anak anda melakukan kesalahan, jangan terus kecam mereka. Beri mereka masa untuk memikirkan “apa tindakan yang betul“.

Anda boleh saja sebut –

“Tindakan kamu tadi salah. Jom kita bincang, okay?”

Kan lebih lembut?

#3 “Kamu tak cukup bagus!”

Apabila anda mengatakan yang anak anda kekurangan sesuatu atau tak cukup bagus, mereka akan mula meragui diri sendiri.

Maka, hilang semua keyakinan mereka. Tumbesaran mereka juga terganggu, kerana menganggap mereka tak cukup bagus dalam hidup ini.

Ibu bapa yang bijak boleh saja menyebut –

“Kamu sudah cukup bagus. Nanti kita cuba dengan lebih baik, okay?”

Sejuk sikit hati anak itu.

#4 “Kamu ini tak berguna, lah!”

Jangan sesekali sebut ayat ini pada anak anda. Jika anak anda mendengar kata-kata ini, mereka akan hilang keyakinan diri dan tak mahu mencuba lagi.

Kasihan mereka! Anda boleh saja sebut –

“Tak semua orang sempurna, sayang. Tapi kamu boleh buat dengan lebih baik lain kali. Jangan risau, okay?“

#5 “Budak besar tak akan takut.”

Semua budak akan merasai ketakutan. Dan tugas anda adalah untuk melindungi mereka!

Ajar anak anda untuk berhadapan dengan ketakutan mereka, bukan dengan melarikan diri!

Cuba sebut –

“Tak apa kalau takut. Semua orang takut kadang-kadang. Tapi ibu ada sesuatu yang boleh membantu.“

#6 “Kamu anak yang jahat!”

Anda tak sepatutnya membuatkan anak-anak merasa diri mereka jahat, walaupun tindakan yang mereka lakukan terbukti salah.

Cuba guna frasa yang lebih positif untuk menerangkan pada mereka yang perbuatan tersebut salah dan tidak bagus. Cuba –

“Apa yang kamu buat ini tak baik. Jangan buat lagi, ya?”

#7 “Ibu buat semua perkara demi kamu!”

Aduh! Dia kan anak anda? Memang patut pun anda buat semua perkara demi mereka.

Malunya jika anda sebut ayat ini pada anak-anak. Mereka tak diminta untuk dilahirkan. Anda yang sepatutnya menjaga mereka.

#8 “Kamu gemuk!”

Anda tak seharusnya melukakan hati anak-anak dengan ayat ini. Mereka sudah tahu yang mereka gemuk, jadi tak payah ingatkan mereka.

Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat anak-anak. Jangan biar mereka rasa mereka dibuli.

Jika anda melabel anak-anak dengan perkataan negatif ini, mereka akan mengalami masalah pemakanan dan memahami imej badan yang tak sihat.

Cuba guna ayat seperti –

“Ibu cuba nak jadi sihat. Kamu nak cuba juga? Jom lah cuba sekali. Ibu tak mahu cuba seorang-seorang!“

Ha, kan lebih bijak?

Nota: Terima kasih https://my.theasianparent.com untuk perkongsian ini.

Hati-hati dengan apa yang diucapkan pada anak-anak anda. Jangan biarkan mereka membesar dengan “perasaan benci” terhadap diri sendiri malah juga pada anda. Benda itu tidak sihat!

 

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

39 thoughts on “8 Ayat Yang Pantang Diucapkan Kepada Anak-anak. Jom Semak Senarai Ini!

  1. Dah melaluinya. “Sepanjang hidup tk pernah buat apa untuk mak. Anak tk berguna”. Padahal dari kecil sampai ke besar nawaitu kerana allah,kerana mak abah. Segala usaha untuk mereka. Hujung hujung dikata anak tak berguna. Terima kasih mak abah.

  2. well… this indeed a good write up but how many people would follow. nowadays adult also need to learn manners from children.. kannn… hope more adults could help this children with good and positive words

  3. Terima kaish berkongsi tips parenting. Sangat berguna. Tapi serius lah mommy tak suka bunyi budak menangis. Alhamdullilah la masa baby semua jenis kuat tidur. Besar-besar ni menangis sebab bergaduh sesama depa ja.. terus sakit kepala kalah dengar bunyi budak teriak ni

  4. Hahahhaha gua xkan sesekali cakap macam tue dekat dorang…

    Paling terus gua cakap pun

    “Asik daddy je dengar cakap korang, bila korang nak dengat cakap daddy nie?”

  5. Bagus perkongsian ni bro. Walaupon tak ada anak lagi. Tak salah nak belajar in advance kan. Memang penting kot untuk sape2 yang ada anak. Btw tq for sharing.

  6. Fuhhh bukan senang nak jadi parent. Tapi tak mustahil ayat negative terkeluar juga dari mulut. Di saat kita penat balik dari kerja tiba-tiba mereka bergaduh adik beradik. Bingitnya tellinga. DIAM!!!!. Mereka terdiam dan melarikan diri. Bukan mudah nak berkomunikasi dengan anak-anak. Tapi bila mereka bersembang dan ingin katakan sesuatu. Dengarlah. Bila kita tak beri perhatian, maka macam-macam lah yang berlaku tanpa pengetahuan kita. Semoga kita semua terus bersabar mendidik khalifah Comel ni. Hehe

  7. Sebagai parent memang kena jaga perkataan yang jeluar dari mulut. Anak anak adakalanya memang menguji kesabaran sungguh. Tuh yang bila naik darah, habis kita marah diorang tanpa pedulikan emosi anak anak. Bagus share tips berguna nih

  8. ayat biasa peenah dge no 12345..
    kemudian peeba dengan antara
    anak2.. itu sgt membuatkan mereka
    down dan berdendam. mau ada yang
    merajuk x bertegur dan membanding
    kau anak ayah ibu dan sebagainya..

    good sharing

  9. Tips yang berguna.kdang2 ibu bapa terlepas pndang perasaan anak2 ni.kena banyak belajar dan update tips agar ibu bapa pun ada ilmu untuk jaga anak

  10. Bagusnya perkongsian begini. Iyalah, selaku orang paling rapat dengan anak-anak, pastilah anak-anak akan lebih terasa hati jika ditegur dengan ayat-ayat yang kurang enak. Sewajarnya mereka diberi ayat-ayat nasihat yang lembut dan kata-kata semangat supaya sentiasa happy dan lebih positif. 🙂

  11. Susah nk buat semua sempurna, yg penting buat yg terbaik..kalau ada salah tersilap dibetulkan. Baik tips2 ni .walaupun sy ada ank kucing je..kalau marah macam marah orang pula kt dorang. Hehe

  12. Masih cuba yang terbaik untuk mendidik anak. Bukan senang. Setiap peringkat umur tu ada je benda baru. Kena tangani dengan berhemah. Cakap memang le berhemah tapi kalau dah marah…….errr….masih banyak kena belajar lagi ni….

  13. Yang akhir sekali tu kita sentap orang update status lemak melimpah pun kita terasa apatah lagi kanak-kanak. Kena selalu bagi kata-kata positif buat anak-anak kan….

  14. Kadang2, ibu bapa tak sengaja cakap camtu. Tapi menyinggung hati anak2 mereka. Ibubapa perlu bercakap dengan bahasa yang lebih positif sikit agar anak2 tidak rasa rendah diri 🙂

  15. Kadang-kadang ibubapa rasa pelik anak tidak menjadi seperti yang mereka inginkan bila meningkat besar. Ini disebabkan kata-kata dan tindakan ibubapa yang tanpa sedar telah membentuk anak itu.

    Ilmu keibubapaan perlu dipelajari sepanjang hayat.

  16. setiap apa yang kita ucapkan adalah doa.. sebaiknya tapis.. ucaplah kata2 yang baik untuk meransang positiviti minda dan pemikiran yang baik untuk anak2.. hee~ dah macam pakai kaunseling kanak2 plak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *