March 19, 2024

6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki.

Assalamualaikum wbt & Apa khabar?

Semalam aku & isteri sempat meluangkan masa bersama di depan TV, menonton filem Bisik Pada Langit. Lakonan mantap Jalil Hamid. Sedih! Tak tipu. Kisah seorang ayah! Aku tertarik dengan satu dialog di dalam filem ini, ” Menjaga seorang anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu!”

Setuju dengan kata-kata itu. Aku juga seorang ayah, bezanya anak-anak aku adalah lelaki dan masih belum rezeki mempunyai anak perempuan. Ini tidak bermakna menjaga dan mendidik anak lelaki tidak mencabar. Bagi aku, jaga anak perempuan ke, jaga anak lelaki ke, setiap satu ada cabarannya tersendiri. Sebenarnya, banyak perkara penting dalam mendidik anak lelaki yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa.

Perlu diingat, cabaran utama dalam menjaga dan mendidik anak lelaki ialah untuk memastikan anak lelaki bakal menjadi pemimpin di dalam organisasi sekurang-kuranya di dalam sebuah keluarga kelak.

Jom aku kongsikan bacaan yang pernah aku baca tentang perkara penting dalam mendidik anak lelaki.

6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki

#1 Anak Lelaki Perlu Lebih Bertanggungjawab.

Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga. Bertanggungjawab ialah karakteristik utama menjadi pemimpin yang hebat.

Ini bukan bermakna mereka ada kuasa dan boleh melakukan apa sahaja. Apatah lagi dengan alasan “Anak lelaki memang nakal”..jauhi daripada menggunakan frasa ini sebagai alasan.

Anak lelaki seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.

Juga, jangan lupa untuk didik setiap anak lelaki bertanggungjawab kepada adik atau saudara perempuan, ibu ayah, keluarga, komuniti dan alam sekitar. InsyaAllah, besar kelak mereka akan menjadi seorang insan yang hebat.

Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki

#2 Anak Lelaki vs Anak Perempuan Tidak Sama Pendapat.

Ramai ibu ayah melakukan kesilapan dengan menganggap anak lelaki & anak perempuan mempunyai pendapat yang sama.

Dalam mendidik anak lelaki, harus diingat yang pendapat mereka sangat jauh berbeza dengan pendapat anak perempuan. Ini menjadi lebih ketara apa mereka meningkat ke usia remaja.

Ketidaksamaan pendapat ini membuatkan mereka mempunyai masalah yang berbeza.

Berikan mereka kebebasan untuk memilih jalan hidup mereka yang pastinya berbeza, asalkan mereka sentiasa berada di jalan yang betul. Yang pasti, anak lelaki akan lebih agresif dalam memilih hala tuju hidup yang pastinya mencabar.

#3 Anak Lelaki Perlukan Batasan.

Apabila mendidik anak lelaki, jangan ingat mereka tidak memerlukan batasan. Semua anak lelaki memerlukan batasan.

Tapi mereka suka mencabar kesabaran ibu bapa dengan tidak mendengar kata. Meskipun begitu, ini tidak bermakna ibu bapa perlu sentiasa bersikap tegas ketika mendisiplinkan anak.

Mereka boleh diberi kelonggaran yang munasabah – namun jangan sampai mereka melampaui batas.

Mendidik anak biarlah ketika mereka masih kecil.

Ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak untuk meneroka dunia sendiri supaya mereka boleh belajar cara bijak untuk menilai dan mengendali risiko.

#4 Elak Anak Lelaki Bosan.

Sifat setiap anak lelaki berbeza. Ada yang cepat berasa bosan dengan sesuatu perkara. Ada yang tak kisah untuk melakukan perkara yang sama berulangkali. Ini pengalaman aku semasa membesarkan Dayyan & Danish.

Dayyan seorang anak lelaki yang lebih fleksibel & bertoleransi dalam banyak perkara. Sikapnya juga lebih lemah-lembut berbanding adiknya. Mungkin sebab dia ialah abang.

Danish pula agak mencabar untuk menjaganya. Seorang yang cepat bosan, terutamanya apabila tidak buat apa-apa seharian di rumah. Lebih aktif. Untuk melihatnya berhenti dan duduk 10 minit memang jarang-jarang berlaku, terutamanya bila tiba waktu tidurnya.

Apabila dia terlalu bosan, lebih suka bermain dengan iPad/smartphone which is tak berapa elok baginya. Jadi, aku lebih suka dia bergerak aktif, sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Penat memang penat nak monitor dan menjaga, tetapi itu lebih baik untuk kecergasan dan kecerdasannya.

#5 Didik Jadi Serba Boleh.

Lumrah anak lelaki, mereka lebih sukakan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak dan mendaki gunung. Tetapi tidak salah untuk menggalakkan mereka melakukan aktiviti yang lebih lembut seperti memasak atau pun melakukan dekorasi rumah.

MASTERCHEF JUNIOR

Aku lebih suka galakkan mereka melakukan pelbagai aktiviti. Biar mereka terdedah dengan banyak kemahiran.

Ini lebih baik supaya mereka sedar potensi mereka. Untuk masa depan yang lebih mencabar, ianya lebih baik sekiranya mereka mempunyai kebolehan dalam melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.

“Multitasking!!”

#6 Biar Mereka Buat Sendiri

Aku biarkan Dayyan pakaikan seluar sendiri.

Aku biarkan Danish turun tangga sendiri.

Aku biarkan Dayyan butangkan bajunya sendiri.

Aku biarkan Danish pakai seliparnya sendiri.

Aku biarkan Dayyan & Danish panjat kerusi, naik atas meja.

Aku biarkan mereka bermain dengan pasir atau lumpur.

Nampak macam aku ni bukan ayah yang penyayang kan? Nampak macam ayah yang kejam? Aku saje buat macam tu. Aku taknak jadi seorang ayah yang paranoid. Aku tak nak menyekat potensi yang ada dalam diri anak-anak.

Sebenarnya, apabila ibu bapa terlampau menolong dalam gerak-geri atau tindak-tanduk anak-anak, kita sedang sabotaj kemampuan mereka. Tapi bukanlah bermakna aku biarkan mereka lakukan sepenuhnya.

Kalau dah beberapa kali Dayyan gagal butangkan bajunya, aku tolong ajarkan cara yang mudah dan betul.

Kalau Danish terjatuh semasa berlari, aku akan bisikkan kata-kata semangat untuk bangun. Jarang sekali aku tolong bangunkan. Ini yang isteri aku asyik membebel tak tolong angkat anak. hehe..

Sebenarnya, inilah cara yang terhebat untuk melatih mereka menjadi seorang yang kuat, tidak mudah mengalah dan yakin yang mereka mampu menakluk dunia. Barulah mereka tahu potensi mereka dan kuat berdikari dalam menghadapi cabaran hidup nanti, terutama apabila kita tiada lagi di dunia ini…

Aku pasti bukan hanya 6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki ini sahaja yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Ada banyak lagi perkara lain yang perlu dijaga dan dipraktikkan.

Kalau korang ada idea lain, boleh cadangkan di ruang komen ye:-)

::Sebaran::

Hospital Pakar DEMC Shah Alam akan meraikan Hari Kanak-kanak pada hari Sabtu, 25 November 2017. Dijemput ibu bapa & anak-anak di sekitar Shah alam, Klang, Damansara dll untuk sertai sambutan ini. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah-hadiah best disediakan untuk anak-anak!

Ibu bapa boleh register kehadiran dengan email detail kepada amirah@demc.com.my hari ini.

Detail:

Parent’s Name :

Contact No :

Name of Child:

Child’s Age:

Terima kasih.

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

33 thoughts on “6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki.

  1. Ana agak lambat ajar anak berdikari sebab takde pengalaman sebelum ni. Tp walau lambat alhamdulillah syafi cpt tangkap dan boleh absorb dgn setiap arahan yg kita beri. Kerja rumah wajib kena buat sama2 supaya dia lebih bertanggungjawab.

    Bab cepat bosan tu ana perasan bila kita suruh dia buka buku dan belajar. Kalau dia main koleksi kereta dia lama pun xpe. Tak dpt HP pun xde masalah. So ana kena pandai cr masa yg sesuai yg boleh bg dia rasa tenang utk belajar. Biar sekejap tp yg penting kualiti yg dia dpt tu.

  2. Alamak… anak kita semuanya perempuan…

    Tapi gua ajar dorang macam anak lelaki, cuma diselitkan dengan kelembutan hahaha

  3. Terima kasih tips.Alhamdulillah.direzkikan anak lelaki awal tahun haritu. Sudah nampak cabarannya dari segi aktiviti fizikal. Tak larat mak kejar compare kakak-kakaknya

  4. Nice tips! Boleh praktis bila dapat anak lelaki nanti hihi. Anak lelaki main peranan besar juga bila dah dewasa selain dari berdikari diorang juga harapan Ibu ayah :’)

  5. Kata org lebih senang jaga anak lelaki dari anak perempuan tp skg ni dua dua jantina perlu jaga sbb masalah sosial begitu bnyak … anak lelaki dan perempuan bole terpengaruh…

  6. Buat masa ni takde lagi anak lelaki. In sya Allah dengan perkongsian daripada JMR ni kinah akan apply bila ada anak lelaki pulak. Ada juga sesetengah perkara yg JMR kongsikan kinah apply pada anak dara kinah ni. Bukanlah nak dia jadi lelaki tapi nak dia lebih berdikari.

  7. Bagus tips penjagaan anak lelaki oleh seorang ayah yang bertanggungjawab kita belum peluang nak ada anak isteri pun belum lagi wakakak doakan kita ok.. Nak anak comel macam anak Jmr ni hehehehe..

  8. Setuju. Anak lelaki perlu jugak diajar membuat kerja-kerja yg biasa dilakukan oleh wanita. Biar mereka tahu dah faham sekurang-kurangnya.
    *dah tengok jugak cerita bisik pada langit..memang sedih…

  9. Memang banyak beza dalam mendidik anak² ni. Anak² kami pula perempuan, so banyak kena explain kenapa tak boleh kawan rapat sangat dengan budak lelaki, kenapa tak boleh pegang tangan budak lelaki, kenapa tak boleh layan orang lelaki dewasa yang bukan kita kenal and so on. Semua kena ada sebab dan musabab bila kita explain.

    Sungguh banyak cabaran kan didik anak lelaki atau perempuan zaman sekarang

  10. Betul apa yang dikatakan. Terdapat perbezaan dalam mendidik anak lelaki dan perempuan. Kena kawal juga anak dalam masa mereka kenal potensi diri explore itu dan ini.

  11. Anak lelaki zaman sekarang kena ajar semua benda, baik bab masak memasak, bab berdikari dan segalanya la..SA ada 3 orang anak lelaki..walaupun anak buah memang ajar macam anak sendiri..ajar benda2 yang lasak agar cenderung menjadi lelaki…hehehe

  12. Kebanyakan parents sekarang lebih prefer bagi phone atau tab untuk anak-anak. Tapi bila baca tips ni, memang salute! Tak galakkan anak main dgn alat elektronik.

    Bagus tips ni sebab bagi kebebasan utk anak kecil explore buat itu ini. Sekaligus dapat bantu tingkatkan motor skill dorang. Terbaiklah daddy dayyan dan danish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *