March 19, 2024

Sambut Hari Lahir Isteri di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower

Sambut Hari Lahir Isteri di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower.

Setiap tahun, sambutan hari jadi untuk si anak pasti tidak dilupakan sama ada secara besar-besaran atau pun sederhana sahaja. Tetapi, untuk sambut hari lahir isteri, biasanya si suami akan terlupa atau buat endah tak endah sahaja.

Ini normal dalam masyarakat kita.

Mungkin ini juga akan menjadi punca kedinginan rasa sayang dan cinta dalam kehidupan berumahtangga. Dan ini juga menjadi asbab punca penceraian makin meningkat masa kini.

Eh..panjang lak muqadimmah aku. Tapi betulkan apa yang aku cakap? Sebab kehidupan berumahtangga ini bukan satu destinasi, tetapi it’s a journey!

Kembali kepada tajuk Sambut Hari Lahir Isteri di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower.

Alhamdulillah dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk meraikan hari lahir isteri a.k.a mommy kepada anak-anak aku. Kebetulan hari lahir isteri jatuh di hujung minggu pada tahun ini, senang sikit nak arrange tempat dan juga masa.

Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower

Walaupun ada yang menganggap sambutan hari lahir untuk isteri adalah tidak perlu dan lebih kepada membazir, tetapi pada aku, inilah masa untuk menyemarakkan lagi rasa cinta & sayang. Maksud aku, tidak semestinya sambutan secara besar-besaran & meriah gila.

Percayalah, isteri tidak perlukan semua itu, sekadar ingatan atau pun sambutan yang ringkas pun sudah lebih memadai. Lagi best, sekarang ni kan, pelbagai cara dan tempat yang korang boleh berbelanja dengan lebih berhemah untuk meraikan sesuatu sambutan. Isteri mana yang tidak bahagia apabila suami dan anak-anak berada di sisinya semasa hari yang penuh bermakna itu.

Itu cara aku sebagai rakyat marhaen.

Nak merasa lunch buffet di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower , tetapi aku merasakan harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Ambil sedikit masa untuk melayari beberapa laman ecommerce yang menawarkan tawaran yang jauh lebih menarik dengan harga yang lebih berpatutan, why not untuk jadi lebih bijak kan?

Tak percaya?

Boleh layari FAVE untuk dapatkan tawaran menarik yang tak masuk akal.

Tak susah pun untuk menjadi seorang suami yang sentiasa mampu membuatkan isteri tersenyum. Ini juga merupakan tips untuk menjadi seorang suami yang sentiasa dirindui oleh si isteri :-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

31 thoughts on “Sambut Hari Lahir Isteri di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower

  1. salam, nak tanya, klu book dekat fave, sy ada tgk rm 215 per , tambah 50 untuk request duduk tepi tingkap, n ada apa2 cas lain ke, takut da sronok smpai sana da bayar untuk buffet skali nak naik lift kena bayar ke hahahahahaha , air mmng bayar kn? ke ada air free?, nk buat suprise untuk suami

  2. Seronoknya sambut birthday di tempat yang glemer macam tu. Sesekali bagus juga bahagiakan hati isteri kan.

  3. Alhamdulillah dapat menyambut hari isteri tuan. Semoga beliau panjang umur & dimurahkan rezeki

    Kadang-kadang isteri tak minta pun yang mahal-mahal. Sekurang-kurang nya ingat dan wish pun cukup.

    Isteri hanya minta dihargai.

    1. hehe..tp suami ni biasanya terlupa/terlepas tarikh2 penting, tu pasal kalau suami berjaya ingat, sengih sampai ke telinga kan hehe

  4. Yang penting ingatan. Bila sudah ingat, sekecil-kecil penghargaan atau hadiah pun akan dianggap besar. Kerana tidak ada yang lebih besar hadiah melainkan kita tidak lupa!

  5. pernah cuba nak naik menara ni, tapi tetiba rasa gayat lak.., isteri ni dia nak “nampak dihargai” tak perlu yg mahal2 pon..

  6. Teringin juga nak makan di awangan macam ni

    Tapi bila di fikirkan balik

    Semua balik pada kemampuan sendiri kan

    Kami doakan rumah tangga tuan puan bahagia sampai ke syurga bersama sama

    amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *