November 5, 2024

Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban

Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban

InsyaAllah, tidak lama lagi Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban akan menjelang tiba.

Selamat mengerjakan ibadah Haji kepada muslimin&muslimat yang kini mula berkumpul di Tanah Haram Mekah. Doakan supaya rezeki kami di sini juga berpeluang menunaikan ibadah haji, Rukun Islam yang Ke-5. Kepada mereka yang akan menyambut Aidiladha di Malaysia, pastinya sedang mencari lembu korban untuk laksana ibadah korban yang mempunyai banyak hikmahnya.

Ada yang pernah buat ibadah korban secara online ?

Hukum melaksanakan ibadah korban?

Hukum melaksanakan Korban adalah Sunat Muakkad iaitu Sunat yang amat dituntut. Rugi jika tidak melaksanakannya.

“Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu“. (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Aku ada survey harga lembu korban di Selangor, rata-rata harga bermula dengan RM600 untuk satu bahagian. Tidak jauh berbeza dengan harga purata lembu korban di kampung aku di Terengganu. Ada yang menawarkan harga rendah ialah RM450, tetapi rasanya saiz lembu agak kecil.

InsyaAllah, ada rezeki, ada peluang, kami sekeluarga akan menunaikan ibadah korban di kampung halaman. Sedia maklum, kemeriahan menyambut Aidiladha di belah Pantai Timur disebabkan kemeriahan melakukan ibada korban. Biasanya, lembu korban akan disediakan oleh penternak pensendirian, dan disembelih oleh tukang sembelih yang bertauliah dan mempunyai pengalaman. Lembu korban akan disembelih pada awal pagi, dan dilapah kulit daging secara bergotong-royong oleh orang-orang kampung. Kemudian, daging lembu akan diagih-agihkan kepada mereka yang berhak dan sebahagian lagi akan dimasak untuk dijamu kepada orang kampung.

“Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

Hikmat Melakukan Ibadah Korban 

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :

“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

[kredit: islamituindah.my ]

Ada yang mampu dari segi kewangan tetapi tidak sempat cari lembu korban , mungkin dah terlambat melakukan tempahan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Jangan risau. Masih belum terlambat untuk korang menempah lembu korban dengan pihak eQurban. Menariknya, eQurban bukan hanya menyediakan lembu/kambing untuk ibadah korban tetapi juga untuk aqiqah. Dengan Buat Ibadah Korban secara online , tiada alasan lagi untuk korang yang mampu menunaikan ibadah korban ini.

Buat Ibadah Korban secara online

Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban?

Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama kami akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha).

Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.

Bagaimana untuk Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban?

Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini

✓ Klik dan pergi ke halaman eQurban .
✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.

Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.

Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.

Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:

1 Ekor Kambing Luar Negara = RM650 seekor
1 Ekor Kambing Malaysia = RM800
1 Bahagian Lembu Kemboja = RM400 satu bahagian
1 Bahagian Lembu Malaysia = RM570 satu bahagian

INFO eQurban

eQurban Ihsan Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.

eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.

Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.

BORANG TEMPAHAN LEMBU 
BORANG TEMPAHAN KAMBING

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

22 thoughts on “Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban

  1. Sekarang nak laksanakan ibadah qurban setiap tahun dah semakin mudah. Harga pun berpatutan, masih dlm kemampuan ramai org kalau laksanakan dgn eQurban ni.

  2. tiada lagi alasan untuk tak buat korban setiap tahun sebenarnya..kalau pun RM400, dalam sebulan hanya perlu simpan RM40 je untuk dapat korban satu bahagian..

    Yang penting, niat untuk berkorban untuk berqurban tu ade 😉

  3. EQurban terbukti selamat tempat untuk buat ibadat qurban sempena hari raya aidiladha tidak lama lagi.

    Semuanya dorang lakukan mengikut syariat Islam.

    Senang dan menyakinkan.

  4. ramai komplen juga bab pengurusan korban di masjid / surat area rumah saya ni. saya pun jadi tawar hati nak buat. alternatif blh suruh diorang buat di kemboja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *