December 7, 2024

Kad Baru CIDB. Persoalan Terjawab!

Kali terakhir Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB (Kad CIDB) aku tamat tempoh adalah pada tahun 2016. Sejak itu, aku tak RENEW memandangkan kerja-kerja aku tidak memerlukannya lagi. Kad CIDB ni biasanya diperlukan untuk kerja di kawasan dalam pembinaan di darat. Kerja-kerja atau projek di laut (offshore) tidak perlukan kad ini.

Tiba-tiba, tahun ini aku diarahkan oleh pihak majikan untuk RENEW Kad CIDB ini kerana ada ianya termasuk dalam syarat untuk urusan pembaharuan lesen apa ntah. haha.. Dah dapat kad ini, aku kena attend pula kursus selama 4 hari. 4 hari dari pagi sampai ke petang..lama hoi!

Kad CIDB lama dah jadi sejarah.

Jadi, pada 16 Oktober lalu, aku ke Pejabat CIDB Negeri Selangor untuk memohon pembaharuan Kad CIDB ini. Sebelum itu, aku dah pun memohon secara atas talian. Sekarang ini semua nak online. Ops online separuh, separuh lagi kena manual haha. Tu yang aku ke sana.

Tapi..bila aku tiba di Pejabat CIDB tu, permohonan atas talian aku sebelum itu tak dikira. Sebabnya, diorang dah upgrade sistem. Aik, 2,3 hari sebelum tu je aku memohon. Dah ada sistem baru. Sistem baru ini bersempena dengan kad terbaru yang dikeluarkan oleh CIDB. Bukan kad biasa seperti sebelum ini, sejenis kad pintar, siap ada prepaid untuk MASTERCAARD. Dah tu, kenapa la tak letak memo awal-awal kan?

Harga tahunan untuk Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB masa sama. Cuma, ada fi tambahan sebanyak RM10. Tapi makan masa gak nak siap. Mujurlah, kali ini CIDB terus hantar ke depan pintu ofis aku.

Mujur tu mujur juga, sampai ke hari ini, 26/11/2019 aku belum menerima Kad CIDB baru tu lagi! Tiada khabar berita. Entah hidup entah meninggal kad aku tu. Setidak-tidak, someone dari CIDB bagilah tarikh bila kad aku tu dijangka siap..

Design Kad CIDB Baru.

Aku call Careline, tak de siapa angkat. Aku call Pejabat CIDB Shah Alam pun tiada orang angkat. Usaha aku terakhir, aku email ke Careline. Call pun tak berangkat, bila aku hantar emel ni pun aku tak berharap sangat untuk mereka balas. Faham-faham je la bila berurusan dengan organisasi sebegini hahaha…

Sangkaan aku meleset. Semalam hantar, hari ini CIDB Careline Support Department balas! Wow!

Wow tu Wow juga. Katanya kad masih belum siapppp…hahaha..tak pelah, at least aku ada something nak tunjukkan kenapa aku tak pergi lagi kursus 4 hari tu..hahaha..

Eh..jangan tanya aku cara buat Kad Personel Binaan CIDB kat sini. Terus cari website official CIDB ok.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Kad Baru CIDB. Persoalan Terjawab!

  1. mereka memang nak kita email je kot, itu call tak di angkat apa semua tu, tapi yelah atleast bagitaulah bila agaknya akan siap kad tu, bagi masa kan kot sebulan ke baru siap. Idak la kita ni tertunggu-tunggu.
    suami saya pun ada kad ini, dan katanya kad ni ada yang panggil greed card

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *