March 19, 2024

Cara Keluarkan Duit Google Adsense melalui Western Union

Blogger dan Iklan memang tidak dapat dipisahkan. Majoriti blogger akan cuba sedaya upada untuk melengkapkan blog mereka dengan spesifikasi-spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak pengiklanan supaya laman blog mereka layak untuk dijadikan tapak pengiklanan. Google Adsense antara pihak pengiklanan popular yang menjadi pilihan blogger buat masa sekarang.

Antara sebab Google Adsense menjadi pilihan blogger ialah pembayarannya menggunakan matawang US Dollar. Pengeluaran boleh dilakukan apabila akaun Google Adsense mempunyai jumlah terkumpul USD100.

Lagi best, pembayaran daripada Google Adsense boleh diterima melalui tiga cara;

  1. Western Union
  2. Melalui Cek
  3. Transaksi ke bank-bank tempatan

Walaupun ramai blogger lebih suka memilih cara keluarkan duit Google Adsense menggunakan transaksi ke bank-bank tempatan, tetapi aku lebih gemar menerima pembayaran melalui Western Union atas sebab-sebab tertentu;

1.Pembayaran Melalui Cek Mengambil Masa Lebih Lama

2.Transaksi ke bank-bank tempatan akan memberi kesan kepada pengisytiharan pendapatan(income declaration).

Sudah beberapa kali aku cashout duit daripada Google Adsense menggunakan Western Union.

Senang je.

Sekejap je.

Tidak dikenakan sebarang cas dan tidak memerlukan masa yang lama.

Jadi, kalau korang yang ingin mengetahui cara keluarkan duit Google Adsense melalui Western Union, aku boleh ajarkan. Baca sehingga habis.

Mula-mula sekali, pastikan korang ubah payment setting di akaun Google Adsense. Sila pilih ‘Western Union‘ sebagai ‘Primary‘ untuk Payment Method. Pastikan juga korang letak nama seperti nama di dalam Kad Pengenalan (MyKad). Alamat pun kalau boleh, letak sama sebijik dengan MyKad korang.

 

Eh mungkin ada yang tak tahu apa itu Western Union?

Ada yang pernah dengar atau mungkin yang pernah tahu kewujudan Western Union tetapi tidak pernah menggunakan servis mereka. Western Union adalah service provider untuk menguruskan penghantaran kiriman wang dan penerimaan kiriman wang dari/ke serata dunia. WU biasanya ada disediakan di bank-bank tempatan seperti CIMB,BSN,Maybank etc. Selai, itu, outlet-outlet untuk Western Union juga boleh didapati di mana-mana lokasi yang disediakan.

Semak lokasi outlet Western Union yang berdekatan dengan korang di Find Location WU.

Bila korang boleh keluarkan duit Google Adsense di Western Union?

Biasanya, setiap 21hb pihak Google akan hantar email menyatakan pembayaran sudah dibuat di akaun korang sekiranya threshold USD100 sudah dicapai.

Sebaik sahaja mendapat email seperti ini daripada pihak Google, sila ke akaun Google Adsense korang untuk dapatkan Payment Receipt/details. Print out statement receipt ini untuk dibawa ke Western Union.

Hmm tak bawa print out pun takpe, janji save dalam smartphone korang.

Sebabnya, korang akan perlukan details seperti Western Union Money Transfer Control Number (MTCN), nama pembayar dan jumlah pembayaran yang tepat.

 

Dah sampai di Western Union outlet, dapatkan borang Penerimaan Wang (kuning). Aku akan isi details yang diperlukan siap-siap di rumah. Senang.

Biasanya, aku akan ke WU Outlet di Sunway Pyramid pada sebelah petang. Tak ramai orang. Kadang-kadang takde orang langsung. Tak sampai 10 minit, dah setel semua transaksi.

Mungkin sebab diorang dah biasa dengan transaksi pembayaran daripada Google. Diorang dah faham bagaimana kita buat duit dengan Google. So, urusan di kaunter lebih mudah dan pantas.

Kat bawah ini, cara aku isi details Borang Penerimaan Wang. Pastikan lengkap. Nak senang, pastikan details korang sama dengan MyKad. Di ruangan pekerjaan, letak sahaja Usahawan Internet walaupun di dunia sebenar, korang adalah seorang guru. Tujuan transaksi pun penting, letak sahaja untuk Bayaran Pengiklanan .

borang penerimaan wang western union

Apa lagi, ikut je details yang sepatutnya seperti contoh aku bagi di atas ini. Eh jangan nama aku pula yang korang isikan.

Paling penting, no MTCN tu pastikan betul. Walaupun korang mendapat jumlah pembayaran di dalam US Dollar, pihak Western Union akan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia mengikut tukaran semasa.

Setel. Jangan lupa simpan Customer Receipt di dalam fail ‘pendapatan bulanan’ korang ye. Mungkin korang perlukannya pada masa depan.

Sebenarnya, majoriti urusan di Western Union adalah untuk pembayaran kiriman wang ke luar negara. Tu pasal di WU outlet, kebanyakan pelanggan adalah orang asing. Jarang urusan dilakukan untuk penerimaan wang daripada luar negara. Kalau orang kaunter tanya macam mana korang dapat duit daripada Google, beritahu sahaja mereka cara korang buat duit online dengan bangganya 🙂

Selamat maju jaya.

Jika korang suka dengan cara keluarkan duit Google Adsense ini, boleh SHARE di media sosial korang dengan gembiranya..

UPDATE 2020: Google tidak lagi menggunakan perkhidmatan Western Union untuk sebarang pembayaran. Boleh rujuk artikel Cara Tukar Setting Untuk Wire Transfer atau Cek Untuk akaun Google Adsense.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

38 thoughts on “Cara Keluarkan Duit Google Adsense melalui Western Union

  1. Saya ada masalah sht. Saya dah tekan link biru tapi resit payment tak keluar. Skg dah berapa hari ni.. pegi western union cek nama mmg ada tapi tetap tak boleh keluarkan duit sbb diorg nak respit pembayaran tu. saya dah cuba tekan banyak kali tapi tak boleh. Saya harap sgt dapat tlg. Urgetn sanga.

  2. Saya ada masalah perlukan bantuan. Saya baru je terima email pembayaran. Bila saya ke google adsense bhagian payment tu, saya dah click dah status pembayaran link yang warna biru tu. bila klik tak keluapun resit yang western union tu.. macamana ya! Aduh atau saya kena tgu sehari dua lagi..

  3. Alhamdulillah rezeki berblogging ni ada je kan. Sekurang kurangnya dapat pendapatan pasif dari google adsense kan. Tak perlu tunggu job dari pengiklan yang belum tahu datang bila.

  4. Macamana sekiranya nama dalam maklumat wu trtinggal bin atau binti…ada solution tak..
    Sy 1st payout google bulan ni tp silap trtggl binti…camner ek status duit tu..boley kuarkan atau tak

  5. Pingback: Pengalaman Keluar Duit Adsense Melalui Western Union - adarain
  6. Kawan-kawan blogger sekarang ni banyak yang suggest guna bank transfer, sebab mudah.

    Tapi macam tak berapa syok pulak, sebabnya kena juga ambik kira rate tukaran matawang, pastu duit akan masuk dalam akaun. Btw, kalau pakai WU ni, duit dapat cash kan 🙂

    1. bergantung kepada individu..

      mcm saya sebab kiosk WU dekat dengan ofis je. Jalan kaki dah setel.

      Bank transfer cepat, tp of koslah rate akan lebih mahal.

  7. Kalau WU biasa berapa rate tukar dia bagi bro? Bank transfer rendah je dia kasi. Sakit hati pulak. Kalau WU bagi tinggi, cadang nak try guna WU plak.

  8. Dengar ceritanya, bila duit USD kerap masuk dalam akaun bank bukan saja kena ‘intip’ dengan LHDN, juga kena panggil oleh pihak bank. Kerana pihak bank bekerjasama dengan polis anti keganasan untuk mengetahui mungkin ada sumbangan atau pendapatan ‘tidak sah’ duit dari luar negara untuk biayai keganasan.

    Jadi kena panggil beri keterangan sumber duit. Satu kerja pula tu…

    1. kena intip takpe tuan, janji apa yg LHDN nak tu ada..hehe..tu pasal filing kena jaga, supporting docs utk setiap income kita filekan elok2..kalau dah terkena bayar tax, bayar je la, drp dok hadap masalah pd masa hadapan..yg penting jgn langgar AMLA.;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *