December 7, 2024

Ramai Masih Belum Tahu Potensi Buat Duit USD dengan Tulis Blog

Dari awal aku memblog sampailah sekarang, ada sahaja kawan-kawan aku yang bukan blogger bertanyakan tentang bagaimana dengan hanya menulis di blog, boleh jana duit. Boleh percaya ke? Rakan blogger biasanya dah sedia maklum cara buat duit ini. Soalan yang sama aku perlu jawab sejak tahun 2008, tahun pertama aku mula menulis di personal blog aku ini.

Aku ringkaskan jawapan daripada persoalan itu.

Betul ke Boleh Buat Duit Dengan Blog?

Ya, buat duit daripada blog bukan omongan kosong. Ramai blogger yang sudah berjaya buktikan dengan hanya menulis di blog, mampu memberi pulangan lumayan. Termasuklah aku. Ada yang menulis secara separuh masa, ada juga yang mampu menyara hidup dengan menjadi blogger sepenuh masa.

Seingat aku, masa awal-awal industri blog meningkat naik, ramai blogger yang yang berjaya buat duit daripada blog mereka dengan menyertai syarikat pengiklanan digital seperti Nuffang, Komli etc. Blogger hanya perlu menyediakan ‘tapak’ di laman blog dan memuatnaik koding daripada syarikat tersebut. Bayaran dibuat berdasarkan trafik & kos per klik iklan yang ‘bermain’ di blog mereka. Ada yang berjaya menjana hingga melebihi RM10 ribu sebulan.

Tahun berubah, strategi buat duit di blog juga berubah.

Pengiklan sudah mula berani berbincang secara terus dengan blogger untuk membantu mereka memasarkan produk. Setiap perbincangan dan persetujuan sama ada method & payment dibuat secara terus dengan blogger tanpa melalui syarikat periklanan. Situasi menang-menang menjadi keutamaan, yang penting, hasilnya  memuaskan hati kedua-dua pihak, blogger & pengiklan.

Alhamdulillah, aku juga pernah terlibat dalam melakukan ‘deal’ dengan pihak pengiklan secara terus.

Semua perbincangan dan urusniaga dilakukan menggunakan Ringgit Malaysia.

Tahun ini dan seterusnya akan lebih mencabar. Dengan perbezaan US Dollar VS Ringgit yang makin ketara, menjadikan blogger mula mencari peluang menjana pendapatan dalam US Dollar. Dengan nilai USD1 bersama dengan MYR4.5 atau mungkin lebih selepas ini, siapa yang tidak mahu menjana pendapatan dalam USD kan?

Buat Duit USD dengan Google Adsense.

Aku pasti, ramai yang bukan blogger masih tidak tahu bahawa di Malaysia ini, ramai blogger yang sudah berjaya buat duit USD dengan tulis blog atau lebih tepat lagi dapat duit USD daripada Google Adsense, walaupun hanya menulis sekadar suka-suka.

Mungkin ada yang pertama kali mendengar Google Adsense ini?

Ia sebenarnya ia adalah program buat duit yang diuruskan oleh enjin carian terbesar di dunia ni. Siapa tak kenal Google kan? Ia merupakan salah satu produk utama yang membantu Google mencapai apa yang mereka ada sekarang.

Bunyi macam senang. Bagi aku, sangat senang, sebab aku sudah pun berjaya menjana USD dengan hanya menulis tentang aktiviti kami sekeluarga. Santai.

Tetapi mungkin ada yang tidak tahu, ramai blogger cuba memohon membuka akaun Google Adsense tetapi gagal. Sebab GAGAL? Ada bermacam sebab yang menyebabkan pihak Google Adsense tidak meluluskan permohonan mereka.

Alhamdulillah, aku sudah berjaya membuka beberapa akaun Google Adsense tanpa gagal sejak 3 tahun lepas. hehehe..bunyi macam riak, tetapi itulah hakikatnya. Cuma masa pertama kali memohon, permohonan aku agak diragui sehinggalah aku terpaksa comply&verifykan apa yang mereka mahu.

Series. Bagi aku, ini cara buat duit dengan blog yang paling best pernah aku engage. Boleh aku katakan, ini adalah punca pendapatan pasif aku sejak dua menjak ini. Bolehlah untuk topup duit petrol setiap bulan dan duit tambah sikit-sikit untuk duit aktiviti setiap hujung minggu kami sekeluarga.

Ada akaun yang menjana duit sangat laju, ada akaun yang menjana duit dengan perlahan. Tak kisah.

Pada aku, ‘Sikit sikit lama lama jadi bukit…”

 

Cara & Strategi Buat Duit USD daripada Google Adsense.

Banyak cara dan strategi yang perlu dilakukan sebelum boleh menjana USD daripada Google Adsense. Ada yang PM aku minta diajar cara dan bagaimana.

  • Jawapan aku simple sahaja, ko kena ada blog dan kena rajin menulis. Takde dua elemen ini, insyaAllah tak dapat apa-apa pun.
  • Kedua, korang kena baca Panduan Raja Adsense Revive – Buat Duit USD dengan Google Adsense. Penulis panduan ini ialah Tuan Mohd Shamsuriyadi, seorang penulis buku dan IM yang tidak asing lagi. Dalam panduan ini, ada 10 Modul sebagai panduan membangunkan sebuah blog dan memaksimakan peluang untuk mendapat duit daripada Google Adsense.

Serius, aku sangat rekemenkan panduan ini untuk korang baca dan hadam. Kalau korang hadam dan amalkan, tak mustahil, hasilnya akan lebih lagi daripada amaun seperti di bawah ini setiap bulan.

Link Panduan Raja Adsense Revive: https://buy.onpay.my/order/form/revive/182

Nota: Panduan Raja Adsense sudah berada di pasaran sejak 11 tahun yang lalu. Panduan Raja Adsense Revive ini adalah panduan terkini dengn update dan strategi terkini.

Jom mula Jana Duit USD daripada Google Adsense! Ini masanya untuk anda berusaha melawan ketidakstabilan ekonomi negara. Lebih baik daripada dengan hanya merungut tentang kejatuhan Ringgit Malaysia di Facebook, kan?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

19 thoughts on “Ramai Masih Belum Tahu Potensi Buat Duit USD dengan Tulis Blog

  1. Dalam akaun Google Adsense baru ada USD 10++

    Nak kena tingkatkan usaha nak gandakannya tahun 2017 ni…hehe

  2. nasib la akaun aku tahun 2006 tu masih steady lagi..dah berpuluh kali withdraw dengan selamat..baru je buka akaun kedua.aku ingatkan tak boleh dah.ahaha

  3. Selalu dengar jugak pasal google adsense tapi tak pernah try lagi…nak try jugak lahhh..tapi kena resign dgn nuffnang dulu ke camne?hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *