March 19, 2024

Hotel Wana Riverside Melaka..Berbaloi atau Tidak?

Melaka, antara tempat feveret kami untuk dikunjungi, tak kira masa. Lagi pun, jarak antara Selangor-Melaka takdelah terlalu jauh dan dekat. Ngam-ngam untuk habiskan masa bersama famili di hujung minggu atau cuti pendek.

Setiap tahun aku ambil peluang untuk bermalam di negeri yang penuh dengan sejarah Kesultanan Melayu ni. Seperti baru semalam kami berseronok di Pool Side Suite Hotel The Pines Melaka (2016) dan juga melayan telatah Dayyan di Holiday Inn (2015) sebelum bergelar ‘abang’.

Untuk tahun ini, sekali lagi kami berpeluang bermalam di Melaka tanpa dirancang. Kisah bermula semasa perjalanan pulang dari Segamat selepas majlis perkahwinan saudara di sana, akibat terlalu penat dan mengantuk, aku membuat keputusan untuk exit PLUS Highway menuju ke Bandar Hilir, Melaka. Memandangkan keadaan kesihatan aku yang tak berapa bagus dan dipendekkan cerita, aku meminta isteri untuk melakukan online booking di mana-mana bilik hotel yang available pada masa tu.

Tak sampai setengah mencari di booking.com, isteri memilih untuk menginap di Hotel Wana Riverside (sebelum ni Best Western Wana Riverside Hotel). Bila ditanya sebab memilih Hotel Wana Riverside ni, 2 jawapan yang diberikan. Pertama, tak pernah stay di hotel ini, Kedua, lokasinya di tepi Sungai Melaka, Ketiga, Ada karpet+Wifi+termasuk Breakfast. Aku iya kan sahaja.

Hotel Wana Riverside Melaka..Berbaloi atau Tidak?

Selepas selesai urusan check-in, kami terus ke bilik yang terletak di Tingkat 4. Impresi pertama, aku rasa berbaloi dengan harganya. Cuma aku tak berpuas hati sebab buat online booking untuk bilik Superior Double, bila nak check in, staff bagitau yang tinggal hanya bilik untuk 2 single bed. Ok fine. Bisa diaturrr.

Untuk harga RM146.23 satu malam termasuk breakfast, bagi aku, bilik ni sangat berbaloi dari segi kebersihan + keluasan bilik di Hotel Wana Riverside Melaka ini. Lagi pun, jam 5 petang lebih baru kami check in. Isu katil tu, aku just rapatkan. Jadilah katil bersaiz Queen. Setel. Barulah aku boleh baring dan lelap sejam dua untuk refresh balik tenaga yang hilang.

Memandangkan aku ada 2 orang anak yang masih kecil, aku lebih gemar memilih bilik yang mempunyai karpet/alas, tempat pemanas air dan juga saluran TV yang mempunyai siaran kartun seperti Disney Channel etc. Untuk aku, biarlah Wifi yang bagus dan laju. Yang ni aku kecewa dengan Hotel Wana Riverside Melaka ni. Tak tahu aku seorang jer yang ada masalah sambungan Wifi atau semua. Sepanjang malam aku kat sini, sambungan Wifi di tingkat bilik aku ada, tapi langsung tak boleh nak browse. Nak kata salah password, bila konfem balik dengan staff di lobby, dah betul dah..hmmm..

Ramai gak pelancong asing yang menginap di Hotel Wana Riverside Melaka ni. Masa sarapan pagi di kafe hotel, adalah seorang nenek dari Thailand kot, dok berkenan dengan adik Danish. Gigih dia nak bercakap Bahasa Melayu untuk tarik perhatian Danish..hehe..Danish lak dok mamai lagi, nak tak nak je layan. Oh ko dik, mentang-mentang nenek, kalau amoi bukan main lagi kan..hahaha..

Menu sarapan pagi kat sini npt bad. Banyak gak menu. Semestinya nasi lemak dan mi goreng tu menu wajib ada. Variasi roti kat sini pun aku suka. Omelette station pun ada. Aku ambilkan untuk anak isteri je sebab aku sedang berpantang telur..huh.

Menariknya, betul-betul di sebelah kafe ini, boleh nampak keindahan Sungai Melaka. Hotel ni merupakan satu perhentian untuk perkhidmatan River Cruise di Sungai Melaka. Korang nak naik River Cruise dari hotel ni, boleh je dapatkan tiket di lobi hotel. Aku tak pasti pula berapa harga terkini untuk river cruise. Tak berhajat naik pun untuk kali ini, sebab dah pernah naik tahun lepas. Jadi, lepas sarapan pagi, kami sekadar berjalan di tepi tebing Sungai Melaka untuk menikmati keindahan Sungai Melaka.

Berbaloi atau Tidak Menginap di Hotel Wana Riverside Melakaa ni?

Soalan ini agak subjektif.

Tapi kalau tanya aku, untuk bajet bawah RM200 + check-in lewat + ada pakej sarapan pagi, ada Free Parking + dekat dengan Jonker Street/Musical Fountain/Hang Tuah Mall, hotel ini memang berbaloi untuk dijadikan tempat penginapan di Melaka. Cuma, bila korang perlukan Wifi untuk sambungan internet untuk melakukan kerja mungkin, aku harap pihak pengurusan hotel akan meningkatkan lagi kualiti fasiliti ini.

InsyaAllah, ada masa ada rezeki, aku bercadang untuk ke Melaka lagi. Tapi yang pasti, dengan perancangan yang lebih teliti. Bukan main check-in je..hahaha..

Enjoice!

Nota: Ada di antara reader yang pernah menginap di Hotel Wana Riverside Melaka ini? Mungkin boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Hotel Wana Riverside Melaka..Berbaloi atau Tidak?

  1. pernah juga tp tak best. sbb tgh mlm, nk tido tetiba aircond padam. bila report kat kaunter, depa suruh tukar bilik, gila. tengah malam kena kemas beg berangkut naik next level. sekali tu je la sy check in sana. serik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *