burp@

Nasi bubur berlauk sedap di suraya Seafood Kg. Baru

Nasi bubur berlauk sedap memang dah sinonim dengan Kampung Baru bagi mereka yang teringin menjamu selera dengan masakan sebegini di area KL/Selangor. Menu ni sesuai untuk mereka yang nak lari dari menu nasi putih/goreng, tapi still nak amik karbo.

Minggu lepas, berpeluang menjamu selera dengan makcik&umi aku di Restoran Suraya Seafood Kg Baru selepas melawat sorang lagi makcik aku yang menjalani pembedahan di Hospital Pantai Bangsar & shopping sakan di SOGO di sebelah petangnya. Jadi, perut memang sedang kelaparan la kan nak tunggu waktu makan malam tu..

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Bermacam-macam jenis lauk disediakan untuk dipilih oleh pelanggan, memang sedap dimakan dengan nasi bubuk. Ni kalau kat kampung aku, orang panggil ‘Nasi Air’. Pergh, terus teringatkan ‘Nasi Air Pak Awi‘ di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu!

Lauk-pauk tu boleh pilih sendiri ikut kegemaran masing-masing.

 

Sambil menunggu, boleh la kopek dan telan kerang bakar tu. Selain bubur, banyak lagi menu lain cam goreng-goreng, rojak buah dan sebagainya.

 

Ada gak rojak buah, somtam dan pelbagai jenis kerabu style Siam. Boleh pilih yang berkenan ye. Aku tengok ada group mat salleh depan meja kitorang, bukan main syok lagi dok melayan rojak buah. Berkerut-kerut muka tahan masam+manis+pedas rojak buah tu kot. Memang syok dan segar buah tu, sepinggan untuk kami 5 orang pun, sekejap je licin.

 

Harus dipuji servis kat sini, even ramai pelanggan pun, order cepat diambil dan tak sampai 20minit, menu yang diorder dah sampai. Ada siakap stim limau, telur dadar untuk ibu mengandung. Siakap stim kat sini memang terbaik, aku ratah sampai ke otak ikan!

 

Lauk-pauk nasi bubur yang pilih tadi, akan dipotong kecil dan dihiaskan dengan sedikit lada dan potongan bawang+limau nipis. Perah limau tu untuk rasa lebih umpph! Ada paru goreng, lobak putih jeruk, telur asin, bilis sambal, sayur kailan dan ikan masin. Memang kena dengan selera aku bersama nasi bubur ni.

 

Ambil sikit-sikit lauk tu, then campur dalam satu mangkuk. Kasi tabur ikan masin, gaul-gaul hingga sebati. Pergh..laju je aku setelkan satu mangkuk ni. Ingat nak tambah lagi semangkuk, tapi tak larat kot sebab aku nak setelkan siakap stim limau tu.

 

..suka tengok umi happy menjamu selera dengan ipar-duai dia. Aku rasa harga kat sini berpatutan sebab untuk semua ni (5 orang maka) termasuk siakap+air buah extra gelas+rojak buah+kerang bakar, aku bayar RM95. Rasa memang ok, tempat agak selesa sebab banyak kerusi+meja, just parking free area kedai je susah nak dapat. Kalau nasib kurang baik, memang jauh la kena parking kan, dah namanya Kampung Baru kan…

Burpp alhamdulillah..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

14 thoughts on “Nasi bubur berlauk sedap di suraya Seafood Kg. Baru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam