September 24, 2020

Bisnes burger sedap mampu jana pendapatan.

Masa ke Segamat untuk majlis pertunangan pakcik Dayyan, sempat singgah di rumah mak sedara Puan Nunu. Sebelum bertolak balik, makcik ani ada sediakan burger yang dimasak sendiri oleh sepupu Puan Nunu, Kak Lala. Since perut aku pun masih penuh, kalau nasi memang takleh nak masuk dah. Burger boleh lagi la kan.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Ada burger ayam dan daging + naget. Feveret aku untuk snack time ni. Kak Lala ni berniaga kedai makan kat area stesen bas Segamat. Bisnes burger ni, kalau kena dengan caranya, memang boleh menjana pendapatan lumayan. Daging dimasak sempurna, roti burger yang dimasak garing, ditambah lak dengan campuran sos+mayonis dan juga sayur-sayuran yang mencukupi, pasti ramai yang akan repeat order.

Aku pasti, even berniaga di bandar kecil pun, bisnes burger ni mampu menjana pendapatan lumayan. Dalam pada perut masih kenyang, aku terpaksa makan burger ayam & burger daging sebab sedap sangat ok.

Teringat aku dengan sorang brada arkitek masa aku menyewa di Apartment TTDI Jaya, Shah Alam tahun 2005. Even mempunyai karier yang terjamin di siang hari, di sebelah malam, dia tetap run bisnes burger di depan pintu masuk apartmen. Setiap malam memang ramai customer. Masa borak-borak, katanya dengan bisnes burger dia tu, mampu mendapat pendapatan tambah RM4000, untung bersih setiap bulan..siapa sangkakan…

Yang penting, jangan malu untuk berniaga, even apa jenis perniagaan pun, janji ianya halal dan diberkati. Betul tak?

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

19 thoughts on “Bisnes burger sedap mampu jana pendapatan.

  1. Pingback: Cara Berunding Kontrak Apartment Anda. | |
  2. Bisnes burger, kalau kena gaya memang jana duit. Kwna pandai tahu mana nak cari supplier bahan yang murah dan juga spot2 bagus tempat org bertumpu. Janji masyuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *