Impak 20sen.

Impak 20sen.

Bermula petang semalam (1/10/2014), rakyat terkejut dengan kenaikan mengejut Petrol Ron95 sebanyak 20sen. Alasan mereka, RASIONALISASI dengan mengurangkan pemberian subsidi untuk petrol. Yang di ‘atas’ mungkin tak memahami impak kenaikan walaupun hanya 20sen seliter.

Ramai rakyat yang melatah sebab kenaikan ini. Termasuk aku. Kenapa? Sebab majoriti menggunakan petrol Ron95 untuk pergerakan seharian; pergi balik kerja hantar anak ke sekolah, pergi pasar, pergi masjid. termasuk aku. Tapi latah rakyat marhaen, apa la sangat kan. Dua tiga hari, pastu diam dan hari seterusnya, pasrah…termasukalah aku.

Tapi aku tak sanggup nak bazirkan masa melatah setiap masa sampai tiga empat hari. Sejam dua cukuplah. Seterusnya itu dah di luar kawalan aku. Yang dalam kawalan aku, hanyalah Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.

Pagi ni, aku taknak fikir dah benda semalam. Set minda, lepas ni petrol dah jadi RM2.30 / liter, penambahan 10%. Tekad, usaha harian aku perlu ada penambahan 10%, tak bermakna menjadi 110% sebab usaha sebelum ni pun mungkin sekadar 70%. hehe..jadi, bermula hari ni, usaha aku menjadi 80% untuk pastikan pendapatan aku juga meningkat sebanyak 10%.

Bagaimana nak tingkatkan pendapatan 10% tu?

Easy. Katakan pendapatan bulanan ko RM1000. Lepas ni ko kena pastikan pendapatan bulanan ko jadi RM1100, peningkatan sebanyak 10% daripada bulan sebelum.

Bagaimana nak cari penambahan RM100 tu?

Easy. Ada dua cara;

1) Kurangkan perbelanjaan.

2) Cari pendapatan tambahan/side-income.

Bagaimana nak kurangkan perbelanjaan?

Tepuk dada tanya selera. Perlu tahu bezakan mana satu keperluan, mana satu kehendak.

Bagaimana nak buat side income?

Tepuk dada tanya minat . Lain orang, lain caranya menjana pendapatan tambahan. Yang sama, MINAT.

Ada yang mampu menjana pendapatan secara Online:

1- Jual produk (kesihatan/kecantikan/gadjet/toys) menggunakan social media ie: Facebook, Instagram, Blog cam G-Shock by Fx Port.

2- Servis REVIEW/PENGIKLANAN kot Instagram/Facebook/Blog.

3- Affiliate- menjual ebook penulis lain seperti Mudahnya Perniagaan Internet.

Ada yang mampu menjana pendapatan secara OFFLINE:

1- Jual nasi lemak pagi-pagi/suratkhabar pun mampu tambahkan pendapatan.

2- Buat kelas coaching untuk bidang yang korang pakar ie: Seminar Hartanah, FB marketing, internet.

3- Servis. ie; Fotografi Perkahwinan, Cuci Kereta etc.

Ni antara contoh untuk bagi idea kat korang. Mungkin ada yang dah buat, mungkin ada yang baru berjinak-jinak kan. Tak kira berapa yang diperoleh asalkan ada penambahan. Mungkin mula-mula korang akan dapat RM10 sehari..kalau sebulan dah berapa kan? Tak perlu nak target juta-juta lagi, cukup sekadar mengejar 10% tu. Dan tak mustahil, bulan-bulan seterusnya akan dapat peningkatan berkali ganda, kan? Janji dah ada Usaha…yang selebihnya, tawakal dan berdoa selalu lebih-lebih lagi dikurangkan ‘nafsu berbelanja tanpa perlu’..hehehe..

Alhamdulillah, aku dan famili ke arah itu. Kurangkan perbelanjaan yang tak perlu dan ikhtiarkan pendapatan tambahan melalui cara alternatif kami; Jom Terjah : SUARA MATA PHOTOGRAPHY ||CUTIE PIE SHOPPE || IG: CUTIE PIE by DayyanHarith .

Jadi, terpulang kepada individu masing-masing untuk menentukan impak kenaikan 20sen untuk harga petrol RON95. Kalau kita ambil secara positif, maka positifkanlah hidup kita untuk hari-hari seterusnya. Kalau negatif manjang, takkan ke mana-mana pun.

Ini tak bermakna aku setuju tang kenaikan harga petrol Ron95 di Malaysia ni. Aku pun sangat TIDAK BERSETUJU dan MENENTANG KERAS atas kenaikan petrol Ron95 semalam. Mohon pihak berkenaan bagi satu kenyataan pencerahan walaupun ianya ‘sampah’….

 

“A truly rich man is one whose children run into his arms when his hands are empty.”~unknown.

Alah kalau tiap-tiap kali korang klik kat LUBUK DUIT ni, aku dapat 20sen, kalau 1000 klik dah jadi RM200 kan?

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

13 Comments

    1. Author

      jualla barang yg jadi keperluan org ramai..pasti ada permintaan.;_)

    1. Author

      ko sumber inspirasi ramai org bro..termasuk gua haha

    1. Author

      tapi bagi aku 20sen tu sgt bnilai..sebab skali isi bukan 3,4 liter ma hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam