Kacau mood, jiwa kacau lak hari ni bila awal pagi tadi dah terbaca kisah bayi yang meninggal di sebuah taska di Putrajaya. Aku ayah, dia pun ayah, jadi aku memahami perasaan excited selepas ‘office hour’ untuk pulang berjumpa dengan anak. Tak boleh aku bayangkan perasaan ayah mangsa, pagi hantar anak elok-elok sihat je, then bila petang nak ambil anak balik, hanya mampu meratap bila melihat si kecil kaku tidak bernyawa..Allahu..
Salam takziah dari kaum untuk keluarga mangsa. -JMR
Mungkin ada yang berkata, ‘dah ajal, mana-mana pun boleh meninggal’. Ye betul..tapi mungkin masa itu boleh tertangguh sekiranya tidak melibatkan kecuaian manusia atau pun faktor-faktor teknikal yang berkaitan. Sampai bila aku nak kena baca berita sebegini? Adakah negara lain pun sama situasinya? Dan apa kesudahannya selepas ini?
Paling penting, siapa yang perlu bertanggungjawab? Ya, SEMUA pihak, aku, engkau, engkau ,engkau dan engkau..
Setiap kali menerima berita sebegini, pasti terdetik rasa risau tentang si Dayyan Harith walaupun aku tahu sekarang ni dia berada di tempat paling selamat, dengan orang yang paling selamat dan paling menyayangi dia. Terima kasih MamaWan & Tok Papa…
Dayyan Harith, penghibur hati kami, siang dan malam. Dia kentut pun kami boleh ketawa.
Memang menakutkan bila dengar berita macam ni..Alhamdulillah saya dapat jaga anak sendiri
menakutkan….sebab tu adik beradik SA memang transit anak2 kat umah SA…at least atuk ngan uwan diorang boleh tgok2kan….
kan..wlaupun ada yang cakap kesian kat atuk & uwan, im sure atuk&uwan lagi happy cucu mereka dengan mereka.
sakit hati gak bila baca kes ni kat surat khabar.
kan..takleh bygkan kalo kena kat anak sndr..
Sedihnye.. xdpt bygkn mcm mna ibu bapa bby ni rasa.. :'(
takut risau semua ada saya masa mula hantar anak dekat orang pasrah dan doa sahaja.masuk sudah 6 orang tukang jaga anak saya satu darinya sungguh terkesan dari hati. yang lain ok sahaja
tu la…selalunya kes macam ni berlaku sebab kecuaian…bila nak berkesudahan agaknya…