Bufet Ramadhan 2018.
Lebih kurang sebulan lagi, bulan Ramadhan akan menjelma tiba. Bulan penuh keberkatan. Bulan penuh rahmat. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Selain daripada fokus pada berpuasa siang hari diikuti ibadah sunat pada malam hari, saat-saat berbuka puasa juga ditunggu-tunggu. Ada yang suka berbuka puasa bersama keluarga di rumah, ada yang suka ke bazar Ramadhan untuk membeli menu berbuka puasa, tidak kurang juga yang suka mencari Bufet Ramadhan. Perhatian kepada mereka yang menetap di sekitar Shah Alam atau Lembah Klang, Laman Kayangan Shah Alam menawarkan pakej Bufet Ramadhan 2018 dengan variasi menu yang sedap dan enak.
Bufet Ramadhan Laman Kayangan.
Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.
Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.
Pengalaman Berbuka Puasa di Laman Kayangan Shah Alam
Aku pernah berbuka puasa bufet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam ini pada bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Setiap kali berbuka puasa di sini, memang aku dan isteri berpuas hati dengan kualiti menu-menu yang disediakan di sini.
Seingat aku, bufet Ramadhan di sini memang ada kelainan setiap tahun. Dan semestinya, menu kambing golek menjadi menu tetap dan menjadi tumpuan ramai.
Tak sabar rasanya untuk aku menikmati bufet Ramadhan di Laman Kayangan pada tahun ini. Aku pasti, pada tahun ini juga pelanggan akan berpuas hati dengan servis dan menu bufet Ramadhan.
Aku dah pun mencuba sendiri menu-menu yang bakal disajikan untuk bufet 2018 di Majlis Prebiu Bufet Ramadhan Laman Kayangan pada 6 April lepas. Memang terbaik!
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul.
Harga Bufet Ramadan 2018
Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas
Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas
Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector
Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa
Apa lagi, JOM BERBUKA PUASA di Laman Kayangan!
Untuk tempahan dan details, boleh hubungi:
019 2503090 / 012 2533973 (Pn Hasmal) / 019 2331351 (En Azahari)
Tergoda tengok menu-menu yang ada
Boleh lah saya singgah sini bawa isteri tersayang berbuka puasa
Bulan ramadhan seribu keberkatan dah menjelang tiba, elok kita berrusaha gandakan amal ibadat untuk pecut di bulan mulia ini
Yay to buffet. I like to try all them out hehe
lemah sikit tgk post pasal makanan ni.. insyaAllah ada rezeki boleh pergi buka puasa kt situ.. harga pun ok je
setiap tahun mesti ke sini tapi tahun ni sedihh takde rezeki. sini sedap! dan meriah
The set up of the buffet look good. Like visit Ramadhan pasar. Nice food been served at the Ramadhan and look tempting.
Alaaa rugi pulak tak gi hari tu…ada kacang pol le pulak. Tak apa lah..nanti kita gi lah masa ramadhan nanti
Laman kayangan ni dekat jer kat rumah. Tapi rasanya sekali jer pernah berbuka dekat sini. Memang best seleksi makanan kat sini
Wah murahnya harga dia. Memang berbaloi datang bawa family dan kawan2. Menu kambing memang pilihan time bulan posa ni.
Tak pernah pergi ke laman kayangan. Nampak meriah dengan makanan.jika datang berbuka di sini..mahu stay lama².
Harga dia menarik gak kan. Pastu senarai juadah pun dah kena kat tekak Rawlins dah nie. So, adakah Rawlins and friends akan berbuka kat Laman Kayangan kelak? Haha.
Murahnya harga dia boleh la berbuka dekat sini ramadhan nanti
meriahnya dengan menu2 hidangan istimewa..terliur tengok hihi..nasi kabuli tu macam mana masakannya..tak pernah lagi makan..
Wohoho sedapnya. Giler la makanan sebelum puasa dah camni. Masa bulan ramadan mesti lagi meriah. Nanti nak bg tau sedara mara di klang dan shah alam. Hehe
kap kun kap 🙂
Kacang pool is my feveret. Pantang jumpa, mesti beli.
Menyelerakan sajian yg disediakan.. Harga pon berbaloi.. Apa slhnya dlm sbulan skli try buffet ramadhan kat sini kan.
Wah untung org JB..makanan sedap2 ni…
Kena dapatkan early bird lagi murah kann…dapat jimat banyak jugak tu
Buffet ramadhan nanti banyak sekali makanan yangbtersaji dari chef profesuonal ya tentunya. Rasanya ramadhan nanti Abby nak melancong ke ke Kuala Lumpur nih. Inuti pasar malam juga
Macam2 hidangan yg ditawarkan di laman kayangan nie. Dan paling best adalah kacang pool lrkin tu. Sedap sgt ! Dekorasi dewan mcm majlis kahwin, nampak eksklusif
wahhhh banyak juga pilihan makanan di laman kayangan ni, tapi shah alam tu macma agak jauh dari tempat tinggal I, Prefer area hulu langat waktu berbuka puasa nanti.. apa pun kambing tu nampak enak sangat… baru je makan kambing tapi bila tengok balik rasa nak makan kambing huhuuu
Shah Alam bukan setakat lubuk ilmu, tapi lubuk makanan 🙂
Tinggal di lembah klang ni jangan risau tak ada tempat nak makan. Asalkan ada duit saja
Laman kayangan ni tak jauh dari rumah mama. satu jalan saja dari tempat kerja.
Balik kerja dah penat, malas nak masak. Habis nak pergi mana? Sesekali pergi buffet sedap juga
Tak nak la tgok video tu..kang ngences..hahaha..dah la x puas makan kambing panggang kat BGR..well semua makanan nampak sedap..sampai hati x ajak SA
Pejam celik masa pantas berlalu dan akhirnya ramadhan dah menghampiri.
Sajian yg cukup menyelerakan dan harganya pun berbaloi kan
Buffet ramadan merupakan tempat yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga..
bukan selalu.
sekali dalam setahun sudah amat memadai..