April 19, 2024

Pengalaman 2 Bulan Buat Pelaburan Duit Baki atau Auto-bundar (Round-ups)

Dah nak masuk 2 bulan aku join Raiz. Tu pun selepas diperkenalkan oleh ofismate aku yang dah bermula lebih awal. Awal-awal dengar tentang Raiz ini, hati tertanya-tanya apa kelebihan labur dalam Raiz ni. Invest sen sen je, bila nak ‘kaya’nya?? Itu pemikiran awal aku, in fact sama je pemikiran kebanyakan orang bila dengar konsep pelaburan Raiz.

Dah tu kenapa aku buat juga pelaburan Raiz? Simple je jawapanan aku. Sebab aku simpan dan labur. Biasanya duit baki (syiling) selepas membeli something, aku letak ntah mana-mana. Aku tukar habit ni. Duit baki tu, aku simpan setempat dan labur. Tapi aku tak buat secara manual sebab lumrah manusia, kadang-kadang lupa. Jadi, Raiz ini akan bantu collect sikit-sikit. Kalau bahasa teknikal – Micro-Investing.

Sedar tak sedar, dalam masa 2 bulan ini, jumlah terkumpul yang aku dah ada sudah melebihi RM100 . Rasanya tak dapat aku kumpul jumlah ini dengan menyimpan baki syiling aku hari-hari. Pasti ada yang tercicir!

Apakah pelaburan Raiz yang lebih dikenali sebagai PELABURAN DUIT BAKI?

Pelaburan duit baki (selain pelaburan sekali gus dan pelaburan berulang) adalah ciri utama Raiz untuk membantu anda menyimpan dan melabur tanpa mengubah gaya hidup anda. Ianya automatik dan mudah! Raiz memberi tumpuan kepada duit baki kerana mereka ingin menanamkan tabiat menyimpan dan melabur supaya anda dapat mengekalkan momentum tersebut!

Bagaimanakah ia berfungsi?

Begitu mudah!

1. Pertama, pautkan kad debit Maybank anda ke Raiz.

buat masa ini, hanya kad debit Maybank boleh digunakan. Pihak Raiz sedang berusaha keras untuk memasukkan kad debit, kad kredit, e-dompet dan akaun simpanan bank lain dari semasa ke semasa.

2. Seterusnya, berbelanjalah seperti biasa dengan kad debit Maybank anda. Raiz kemudian akan membundarkan setiap pembelian anda ke Ringgit yg berikutnya dan melaburkan duit baki tersebut ke dalam akaun pelaburan Raiz anda.

Contohnya, anda membayar secawan kopi dengan harga RM8.90 menggunakan kad debit anda, Raiz akan bundarkan ke RM9.00 secara automatik – jadi duit baki anda ialah 10 sen.

Anda membeli barangan runcit sebanyak RM55.20 – duit baki anda ialah 80 sen.

Raiz akan terus membundarkan setiap pembelian anda. Raiz akan mengumpulkan duit baki tersebut terlebih dahulu (secara maya!), dan apabila duit baki terkumpul telah mencapai sekurang-kurangnya RM5, Raiz akan mengambil jumlah tersebut dari bank anda, dan melaburkannya! Mudah bukan! Tak payah kelam kabut nak melabur.

micro investing Raiz

3. Sekarang, duduk berehat dan lihatlah bagaimana ia meningkat dari semasa ke semasa. Sambil anda berbelanja, anda menyimpan dan melabur!

Potensi simpanan dan pulangan.

Jadi, siapa cakap nak melabur kena ada duit banyak. Sen sen pon boleh. Nak dengan tak nak sahaja.

Jika anda sertai Raiz dengan link ini, KITA akan sama-sama dapat RM5 : https://app.raiz.com.my/invite/XADJ4H

Menurut Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), hampir 2 daripada 10 orang (18%) orang dewasa yang bekerja di Malaysia tidak membuat simpanan.

Kenapa?

Bukan hanya mereka kekurangan pilihan tempat simpanan yang mudah, ada pelbagai halangan yang membantutkan keinginan mereka untuk memiliki portfolio pelaburan yang berkesan. Brokerage fee yang tinggi, jumlah minimum pelaburan yang tinggi dan kekurangan ilmu melabur menjadi punca mereka sukar untuk mula melabur terutama di pasaran saham tempatan.

Pakar kewangan mencadangkan untuk menjadi seorang yang berjaya membuat simpanan, sangat penting untuk menjadikannya amalan dalam kehidupan. Antara perkara rutin yang boleh dijadikan amalan adalah mengasingkan sejumlah wang terlebih dahulu untuk simpanan setiap kali mendapat gaji, menyimpan sejumlah wang sekerap mungkin dan sentiasa merekodkan jumlah perbelanjaan anda.

Jika perkara ini boleh dijadikan amalan, pasti tahap kewangan anda lebih baik setiap masa.

Pada aku, Raiz ini adalah platform terbaik untuk mula belajar menyimpan dan melabur.

Jika anda sertai Raiz dengan link ini, KITA akan sama-sama dapat RM5 : https://app.raiz.com.my/invite/XADJ4H

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Pengalaman 2 Bulan Buat Pelaburan Duit Baki atau Auto-bundar (Round-ups)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *