Seksanya Ada Ulser Dalam Mulut!
Bagi seorang muslim, “Sakit itu Penghapus Dosa”.
Alhamdulillah, minggu ini baru aku terasa seperti manusia normal. Maksud aku, menjalani kehidupan normal ; makan,minum,tidur dsb. Lebih kurang dua minggu jugalah menahan ketidakselesaan.
Kepala berdenyut-denyut dan asyik terjaga di waktu malam. Kadang-kadang rasa seram sejuk seperti nak demam. Kemudian, mata pedih dan mengeluarkan tahi mata yang agak banyak. Dan paling mencabar, ulser mula merebak dengan subur di dalam mulut. Bukan sebiji dua, tapi berbiji-biji di bahagian anak tekak, pipi, dan bibir. Seksa gilerrr waktu makan. Boleh bayangkan tak?
2 hari pertama bila demam, aku ke Klinik Selesa untuk dapatkan rawatan segera. Doktor di sini dah macam doktor peribadi aku, ada rekod kesihatan aku sejak beberapa tahun yang lepas. MC takyah cakaplah..haha
Since demam aku masih di peringkat awal, doktor hanya berikan Paracetamol dan vitamin C. Ubat tahan sakit tidak dibenarkan memandangkan tiada pengesahan yang darah aku bebas daripada jangkitan lain seperti denggi dsb. Selepas 4 hari seram sejuk aku masih tidak baik baik juga, terpaksa aku ke Hospital Pantai Klang untuk dapatkan rawatan lanjut. Kot-kot terkena denggi ke darah tinggi ke atau penyakit lain.
Dekat waktu Maghrib aku sampai, selepas Isyak baru selesai semua. Ambil darah, check platlet, buat imbasan x-ray untuk periksa keadaan paru-paru & check tekanan darah. Alhamdulillah, darah ok, platlet ok, sel darah putih ok, bacaan tekanan darah ok, paru-paru ok. Sebagai rumusan, doktor mengatakan tubuh aku kekurangan air, tak cukup rehat/tidur, dan berikan aku antibiotik & ubat tahan sakit. Sepatutnya aku ditahan di wad, tetapi aku tolak secara baik. Tidur di rumah lebih selesa bagi aku..hehe
Hari ke-5, demam aku semakin kebah. Alhamdulillah..lenguh-lenguh sendi badan makin hilang.
Tetapi, aku mula rasa tidak selesa di bahagian anak tekak dan sekitar lidah.
Hari ke-6, aku terpaksa cuti sakit sekali lagi. Tak tahan woo bila ulser mulai subur di bahagian anak tekak, lidah dan bahagian pipi. Aku ke Klinik Selesa untuk pemeriksaan lanjut. Doktor siap minta aku bawakan keputusan ujian darah dan bawa semua ubat-ubatan yang aku sedang consume. Nak review katanya.
Kesimpulan daripada doktor ini pula, kalau ikutkan keputusan ujian darah, sepatutnya aku tidak diberikan sebarang antibiotik sebab tiada sebarang jangkitan. Mungkin juga disebabkan antiotik itu, mulut aku dijangkiti ulser dan juga sentiasa sendawa. Angin dari perut tolak ke atas. Persamaan kesimpulan pula dengan doktor sebelum ini, berdasarkan paras hemoglobin, badan aku memang kekurangan air. Kesannya, kepala aku sakit berdenyut-denyut, mata mengeluarkan tahi dan ulser di dalam mulut. Doktor cadangkan aku untuk minum air masak mengikut keperluan badan aku seharian dan paksa tidur supaya dapat rehat yang secukupnya.
Berapa Banyak Air Yang Perlu diMinum Dalam Satu Hari?
Fuhh, baru aku tahu berapa liter air yang patut aku minum setiap hari. 3.9 liter tu.. patutlah tak cukup. Biasa aku minum 4,5 gelas je dari pagi sampai ke malam. Memang sah tak cukup.
Selepas seminggu, badan aku dah takde seram sejuk dan sakit-sakit sendi. Cuma, ulser dalam mulut ni memang lebat. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada juga aku Google dan baca pengalaman orang lain yang pernah hadap masalah ulser ni.
Katanya, ulser di dalam mulut boleh disebabkan oleh beberapa sebab;
- Jangkitan kuman di dalam mulut (ulser sejenis fungus!)
- Kekurangan air dalam badan & panas dalam badan
- Kekurangan nutrisi penting seperti Vitamin C, vitamin B, Zat besi
- Keletihan atau stress (ya doktor ada inform, nama ulser yang aku hidapi ialah ‘stress ulcer’!!)
- Keturunan (uish penyakit genetik rupanya..)
Seminggu juga aku terpaksa makan bubur je. Ingatkan ulser ni boleh baik dalam masa 2,3 hari. Rupanya makan masa yang boleh tahan lama juga, 7-14 hari untuk ulser sembuh sepenuhnya. Nak tahu pengalaman aku rawat ulser dalam mulut ni?
Cara Rawat Ulser Dalam Mulut.
- Jaga kebersihan mulut. Sakit ke pedih, terpaksa gak gosok gigi.
- Berkumur dengan air garam. Yang ni syok. Memang pedih gila. Tetapi air garam ni bersifat antibakteria. Aku layankan saje berkumur dengan air garam ni. Sekali sebelum gi ofis, sekali selepas makan malam. Syok!
- Minum banyak air sejuk. Nak minum air panas boleh, tapi sanggup ke nak tahan pedih dia?
- Hisap/kemam ubat anti-inflammatory lozenges (Difflam etc). Seakan gula-gula, mengandungi antiobik. Lepas hisap, ko rasa cam kebas-kebas mulut. Masa ni bantai la makan apa yang boleh makan.
- Bonjela. 4,5 hari gak la aku sapu Bonjela di ulser-ulser dalam mulut. Ya, seksa gila kot sebab dia memedihkan sebelum ko rasa lega/kebas mulut. Aku consume Bonjela sebab aku lambat tahu yang Oral Aid lagi best guna!
- Sapu Oral Air di ulser tanpa rasa pedih. Kalau aku tahu awal, dari awal lagi aku guna ubat ni. Aku beli di farmasi, RM7.90 sebotol. Bos aku siap belikan aku lagi sebotol kot-kot lambat sembuh. Aku tengok harga di Caring Pharmacy hanya RM5! hahaha..Alhamdulillah, lepas consume Oral Aid 2,3 hari, ulser makin surut. Bolehlah aku makan roti canai double, kuah dal+kari sambal lebih…!
Inilah Oral Aid..kot kot korang pun tak pernah kenal. Jadi, lepas ini, rasa-rasa nak kena serang dengan ulser, terus dapatkan sebotol Oral Aid untuk rawat/cegah ulser korang! :-p
Sekian perkongsian pengalaman aku dijangkiti ulser mulut. Terima kasih sebab baca sampai habis..hehe
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
amalkan b complex, yang ni doktor sarankan
Yup memang seksa, lebih2 lagi time bulan pose… ulser penuh je dalam mulut…
Kalau ada madu boleh makan sebab madu kan bagus untuk elak jangkitan kuman
sakit kalau ulser dah pecah, saya kalau perasaan ada bonjol dalam mulut terus saya pecahkan. Bila dah keluar darah tu, tak sakit dah.
kasihan juga bro.
semoga kembali pulih 100%.
ujian kesihatan perlu redha dan sabar.
kalau tak keberatan..
bersedekah la banyak-banyak untuk usaha sembuh dari penyakit yang dihidapi
memang kalau ada ulser pakai oral aid macam gambar kat atas.. hehe.. kebas sikit mulut bila makan..
biasa aku letak garam je.
kalau tak, aku letak bonjela.
tak jadi gak..aku gigit ulser tu.
haha..
sekarang mmg dah kira berapa byk dah minum air..hehe..serik gak kena sakit mcm tu..
Alhamdulillah dah sihat kembali ya..
Tak tahu pun pasal oral aid tu biasa guna bonjela lepas sapu pedih giler…
thanks for sharing next time boleh guna kalau boleh dijauhkanlah huhuhu..
amalkan banyak minum air, dan ambik vitamin c jugak
sekarang mmg dah kira berapa byk dah minum air..hehe..serik gak kena sakit mcm tu..vit B & Vit B complex mmg jadi amalan seharian..
Memang seksa bila ada ulser, nak makan minum pun susah.
Semoga cepat sembuh, minum air banyak.
5,6 hari gak la boleh telan bubur je..turun 3 kilo..haha alhamdulillah skang dah kembali normal..
Klu ulser memang kna pantang makan pedas….klu dak cari nahas ja.
hehe..betul tu..ada sekali termakan tempe berlado..mak aii dia punya pedih sampai mengalir air mata tu.
Ulser dalam mulut memang menyeksakan.. lebih-lebih lagi kalau lambat baik.. sambil berubat kena minum air masak banyak2.. lebih2 lagi waktu musim panas ni..
ya, seksa woo..seminggu gak nak clearkan semua. air masak mmg kena minum lebih 4liter sehari gak..