Apabila bercakap tentang Korea Selatan, secara otomatik, mesti akan teringat makanan tradisi masyarakat Korea Selatan iaitu kimchi. Pengalaman ke Korea Selatan sebelum ini menjadi detik pertama kami mencuba menu ini dan seterusnya menjadi makanan kegemaran sehingga ke hari ini.
Kimchi ini sesuai dijadikan pembuka selera sepertimana orang Kelantan dengan budu dan Melaku terkenal dengan cencaluk.
Bukan sahaja di negara asal Kimchi menjadi kegemaranan ramai, rakyat Malaysia yang selalu berkunjung ke restoran makanan Korea di Malaysia pasti akan mencari menu ini selain menu masakan Korea yang lain.
Kimchi, a staple in Korean cuisine, is a traditional side dish of salted and fermented vegetables, such as napa cabbage and Korean radish, made with a widely varying selection of seasonings including gochugaru, spring onions, garlic, ginger, and jeotgal, etc. It is also used in a variety of soups– Wikipedia
Mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat kimchi ni. Hanya tahu makan sahaja. Kimchi merupakan satu jenis makan probiotik. Probiotik?? Yang baik untuk penghadaman seperti Vitagen atau minuman kultur lain tu ke? Ya.
Untuk makluman, kimchi mengandungi bakteria asid laktik (LAB) hasil daripada proses fermentasi atau penapaian semasa proses pembuatannya.
Walaupun kimchi berasal daripada negara sana, tetapi cara penyediaan kimchi ini sangat mudah untuk disediakan. Bukan takat orang Korea sahaja boleh menyediakan kimchi yang sedap, orang Malaysia pun boleh.
Lagi best, anda juga boleh mengubahsuai rasa kimchi mengikut kesesuaian ‘lidah’ keluarga sendiri. Nak pedas ke, nak kurang pedas ke, boleh sahaja.
Jom kami kongsikan resipi mudah untuk menyediakan kimchi di rumah. Pastinya sangat lazat dan menarik.
Cara Mudah Membuat Kimchi.
Bahan-bahan Yang Diperlukan:
- 1 biji sederhana kobis panjang (a.k.a kobis cina / napa cabbage)
- 1 biji lobak merah – dipotong mancis
- 2 pokok daun bawang – potong 1 inci
- 1 inci halia – hiris panjang
- 3 ulas bawang putih – dicincang
- 2 sudu besar serbuk cili. Jenama apa sahaja pun boleh (boleh tambah atau kurangkan ikut kesukaan)
- 3 sudu besar cili flake
- 3 sudu besar sos ikan (kena tahu tahap kemasinan sos ikan. Kalau tak, tersangatlah masin)
Bahan di atas mungkin berbeza dengan resepi asal, tapi hasilnya tetap sama.
Seterusnya, cara-cara untuk membuat kimchi menggunakan bahan di atas seperti berikut:
Cara 1:
Guna sebiji kobis Cina. Belah dua, basuh celah-celah kelopak. Bukan apa, kadang-kadang ada ulat sayur yang dok berehat di situ. Kemudian perlahan-lahan tarik kobis menggunakan tangan. Bilas setiap kepingan kobis itu dengan menggunakan air sehingga bersih.
Cara 2:
Sapukan garam pada setiap kepingan kobis itu. Sehelai demi sehelai ye, supaya sekata. Kemudian, simpan kobis tersebut di bekas tertutup dan biarkan selama 6-8 jam di dalam peti ais.
Cara 3:
Selepas cukup masa berkurung, bilas kobis untuk kurangkan masin. Perah kobis sehingga kering. Selepas itu, potong-potong untuk menjadi lebih kecil. Kalau tak nak potong kecil pun boleh.
Cara 4:
Kemudian, kisar semua bawang merah atau bawang besar, bawang putih, halia, epal.
Tambah sos ikan tiga, empat sudu. Masukkan serbuk lada. Kauntiti serbuk lada ini terpulang kepada selera masing-masing. Kalau mahu pedas, letak lebih. Kalau tak tahan pedas, kurangkan bilangan sudu.
Tambah gula dan letakkan sedikit garam sekiranya kobis dah tak masin. Gaul sehingga sebati seia sekata. Maka siaplah pes sambal untuk ditapai bersama kobis tadi.
Cara 5:
Sagat atau potong memanjang bahan lain iaitu lobak merah dan buah epal. Daun bawang dipotong dengan panjang lebih kurang 2 inci. Kalau sukakan lobak, potonglah lobak itu dengan lebih banyak.
Cara 6:
Last but not least, gaul semua bahan yang dipotong atau disagat dengan pes sambal yang telah disiapkan lebih awal. Gaul hingga sebati lagi. Biarkan sehingga 30 minit untuk bagi ruang pes sambal itu meresap ke dalam bahan-bahan tersebut. Siap!
Cara 7:
Cara di atas untuk kimchi yang menggunakan kobis dipotong kecil. Untuk kobis yang tidak dipotong kecil, ikut proses seterusnya seperti di bawah.
Ambil satu keping kobis dan sapukan sambal di setiap sudut kobis. Bagi rata semua ye. Ulang langkah ini sehingga pes sambal disapu pada semua kepingan kobis. Kemudian masukkan kobis ke dalam bekas tertutup.
Cara 8:
Simpan kimchi ini di dalam peti sejuk selama 1-2 hari. Boleh juga simpan di dalam ruang bersuhu bilik untuk proses penapaian yang lebih cepat.
Cara 8:
Siap..Sedia dimakan bersama nasi goreng, daging bakar dan telur! Walla!
Mudahnya Sediakan Bahan Dengan Bantuan Grocery Delivery Ini
Kalau anda perasan, senang je nak sediakan kimchi ni kan? Cuma bahannya agak banyak. Kobis Cina ni pun tak semua tempat atau pasar basah ada menjualnya.
Tapi, itu semua bukan alasan untuk tidak menyediakannya dengan air tangan sendiri. Kini, dengan kemudahan grocery delivery seperti yang disediakan oleh FoodPanda Grocery Delivery, tiada masalah untuk anda dapatkan bahan-bahan membuat kimchi di rumah.
Terus sahaja ke website tersebut dan membeli belah tanpa perlu keluar dari rumah. Masa penghantaran pun cepat. Lagi best, tiada kuantiti minimum diperlukan. Makna kata, kami nak buat kimchi di rumah, semua bahan dah tersedia kecuali kobis cina. Tiada masalah. Kami boleh dapatkan bantuan FoodPanda Grocery Delivery ini juga!
Thanks for this recipe to make kimchi. Looks delicious. Will try this. 😀
Nanti try bro. Senang saja.