March 19, 2024

Tak Rugi Baca: Ramai Orang Mahu Melihat Negara Kita Hancur.

Saat ini, aku pasti rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah kesudahan dan jawapan kepada situasi politik Malaysia. Siapakah Perdana Mentaeri ke-8 Malaysia selepas Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri semalam? Siapa pula barisan kabinet terbaru yang bakal memikul tanggungjawab yang lebih besar?

Banyak analisis dan andaian yang dikongsi oleh rakyat Malaysia. Dalam banyak banyak info tu, aku tertarik kepada perkongsian oleh tuan Norizan Sharif yang cukup dikenali oleh anak muda hari ini. Di bawah ini perkongsian tanpa aku edit untuk kita fikirkan bersama.

6 Fakta Politik Malaysia Hari Ini.

Fakta pertama: Presiden PKR, Presiden Amanah, Presiden Bersatu, Presiden Parti Warisan Sabah dan Setiausaha Agung DAP secara terbuka mahukan dan menyatakan sokongan untuk YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Fakta kedua: Pemimpin-pemimpin PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan parti-parti komponen Barisan Nasional secara umumnya mahukan YAB Tun kekal di jawatan tersebut.

Fakta ketiga: Dari kenyataan-kenyataan itu, kita boleh merumuskan bahawa parti-parti komponen di kedua-dua belah pagar politik mahukan YAB Tun menerajui negara untuk sementara waktu sehinggalah sampai masa untuk peralihan kuasa.

Fakta keempat: Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk YAB Tun terus berada di jawatan itu. Dalam perlembagaan, tidak ada jawatan “interim.” Peguam Negara juga sudah menjelaskan Perdana Menteri “interim” mempunyai kuasa penuh dan tidak ada tempoh masa.

Fakta kelima: Bursa Malaysia kehilangan lebih RM40 bilion semalam. Begitu juga dengan matawang kita menjadi lemah apabila US$1 kini bernilai RM4.22.

Fakta keenam: Rakyat semakin meluat dengan pertelingkahan intra- dan inter-parti yang tak berkesudahan.

Dalam beberapa tahun sebelum dan selepas pilihanraya ke-14, politikus kita tak habis-habis bercakaran. Sedangkan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Vietnam semakin meningkat prestasi ekonomi masing-masing.

Dengan mengambilkira kesemua fakta-fakta di atas, saya mencadangkan eloklah YAB Tun memulakan insiatif penyatuan nasional atau “national reconciliation” dengan membawa semua pihak bersama-sama membangunkan negara.

Sebagai langkah permulaan, YAB Tun bolehlah membentuk kabinet yang mewakili semua parti-parti politik utama — termasuklah dari kalangan parti-parti pembangkang. Biar semua parti politik diwakili dalam kabinet.

Oleh kerana semua parti-parti politik setuju YAB Tun menjadi Perdana Menteri (lihat nombor 1, 2 dan 3 di atas), sepatutnya mereka menyokong kabinet penyatuan nasional ini.

Dalam perlembagaan, Perdana Menteri boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara untuk menjadi anggota kabinet, tanpa terikat kepada sama ada mereka “parti kerajaan” atau “parti pembangkang.”

Saya cadang cukuplah 10 anggota kabinet (lihat artikel saya di laman web Astro Awani, “10 Kementerian Cukuplah” yang disiarkan pada tahun 2013). Tak perlu sampai 20 atau 30 orang menteri.

Carilah pemimpin politik muda yang rajin bekerja, tidak ada kontroversi dan tidak terpalit dengan isu integriti. Tak perlu lantik pemimpin kanan parti jadi menteri.

Biarkan pemimpin parti uruskan parti, lantik menteri untuk uruskan negara. Elok ada pemisahan antara parti dan kerajaan. YAB Tun pun tidak lagi memimpin mana-mana parti politik sekarang.

Kabinet ini harus fokus kepada tiga perkara. Pertama, penyatuan nasional. Kedua, pemulihan ekonomi negara. Ketiga, meringankan beban kehidupan rakyat.

Apabila ketiga-tiga perkara ini dicapai dan terdapat pemimpin-pemimpin politik lain yang mendapat sokongan penuh rakyat (broad-based support) untuk menerajui negara, lepaskanlah jawatan tersebut kepada beliau – lagi cepat, lagi bagus.

Saya fikir itulah mandat yang diberikan oleh Yang Dipertuan Agong kepada Perdana Menteri “interim.”

Cukuplah kita berprasangka buruk sesama sendiri. Cukuplah kita melihat politik sebagai satu permainan di mana “the winners take all.”

Bak kata Gandi, “the world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’s greed.”

Ramai orang mahu melihat negara kita hancur. Usah terperangkap dengan permainan tersebut.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Tak Rugi Baca: Ramai Orang Mahu Melihat Negara Kita Hancur.

  1. bila dah macamni, semua menyokong Tun jadi PM termasuk parti pembangkang ya…
    entahla kita doa moga negara kita akan sentiasa aman makmur, moga pertelingkahan semua politikus ini selesai dengan damai dan makmur…

    tak nak amik tahu tap terambil tahu juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *