October 26, 2020

Pork Free..halal ke haram?

Pernahkan bila nak masuk satu-satu kedai makan, terpandang tanda ‘Pork Free‘, terus fikir kedai tu konfem boleh makan.

Lately ni, aku terperasan bila ke foodcourt campur-campur (1 Malaysia food court), kedai-kedai bukan muslim banyak terpapar sign ‘Pork Free’ ni walaupun ada terjual menu berasaskan babi. Ramai yang konpius dengan sign ‘Pork Free’ ni.

Ada seorang kawan aku ni, berpendirian, kedai dengan sign ‘Pork Free’ ni menyediakan menu halal dimakan. Walaupun takde sijil pengesahan halal JAKIM atau badan berkuasa lain. Walhal dialah antara pengguna yang lantang bersuara menentang bila CADBURY MALAYSIA diisytiharkan HALAL oleh pihak JAKIM. Aku sendiri konpius dengan prinsip dia.

Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya. Ini dijelaskan daripada sebuah hadis yang bermaksud:Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanyaterdapat sesuatu yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakanmanusia. Sesiapa yang menjauhi yang syubhah itu maka sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya, manakala sesiapa yang cenderung terlibat dengan syubhah maka ia terlibat dengan melakukan perkara yang haram.Sebaik-baiknya elakkanlah diri daripada terlibat dengan benda-benda yang syubhah.

Senang cerita, dalam Malaysia, segala pengesahan halal terletak di bahu JAKIM. Mereka yang bertanggungjawab. Teringat pengalaman di Jepun sebelum ni. Sebelum fly ke sana, ustaz dah pesan awal-awal, elak semampu kamu, tapi jangan sampai masuk dapur, periksa satu-satu bahan / peralatan yang digunakan.

Kalau dah terang tang-tang, itu bukan kedai muslim, pekerja pun bukan muslim, takde sijil pengesahan HALAL oleh JAKIM, boleh lak kamu yakin menu di situ HALAL hanya dengan tanda ‘PORK FREE’?

Bagi aku, ada tanda ‘Pork Free’ belum tentu lagi menu di kedai tu halal dimakan. Easy.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Pork Free..halal ke haram?

  1. Kalau kedai ni ada kat Malaysia, baik anggap je Haram sebab ada badan yang lebih berwibawa mengesahkan halal. Tapi kalau ada kat luar negara dan terlalu susah nak cari kedai orang islam, tak jadi masalah kot. Cuma pork free tak semestinya halal. Yang halal sudah semestinya pork free.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *