November 26, 2020

Lagi Seminggu, Fasa Lanjutan PKPB Akan Tamat..

Lagi seminggu, fasa lanjutan PKPB akan tamat. 9 Jun 2020. Itu pun belum muktamad.

1. 3 bulan kawalan pergerakan, apa kesan kepada diri sendiri dan orang-orang di sekeliling?

2. Pekerja. Ada yang dipotong gaji, ada dibuang kerja, ada ditamatkan kontrak, ada yang disuruh cuti tanpa gaji atau separuh gaji. Ini realiti walapun ada jaminan ini tidak akan terjadi.

3. Yang WFH dengan gaji penuh, bersyukurlah. Yang masih ada kerja, hargailah.

4. Industri pelancongan paling terkesan. Ada hotel terpaksa ditutup, dilelong. Syarikat penerbangan kerugian lebih USD500B di seluruh dunia. Makin banyak syarikat mengalami kerugian, makin ramai pekerja yang hilang punca pendapatan.

5. Jualan industri automatif juga teruk terjejas. Sebelum ni, Perodua di Malaysia boleh berbangga dengan jualan hebat setiap bulan, mereka juga terjejas kali ini. Berapa jualan kereta Perodua sepanjang PKP lepas?

6. Jualan industri perumahan juga tak terkecuali. Walau dikatakan harga rumah menjadi lebih murah, tapi tak ramai yang berani membeli. Ejen jualan rumah pasti turut berkurangan pendapatan mereka.

7. Industri kecil juga masih banyak yang belum dapat membuka operasi mereka sepenuhnya. Kedai tak buka, pendapatan tiada. Ada pun kedai makanan atau restoran dibuka, pendapatan yang diperolehi tak sama seperti sebelum ini. Hanya separuh atau tak sampai separuh pun.

8. Di China, bisnes dibuka selepas 2 bulan lockdown. Tapi, permintaan kurang. Mereka jalankan bisness tanpa untung. Yang boleh bertahan, terus bertahan. Yang tak boleh bertahan, bungkus perniagaan.

9. Di US, setakat April2020, 26.4 juta orang hilang pekerjaan.

10. Yang di atas ini, telah pun berlaku dan sedang terjadi. Macam mana pula selepas 6 bulan nanti? Adakah ekonomi atau bisnes kembali stabil seperti sebelum ini? Tidak.

11. Penganalisi ekonomi berpendapat, pasca Covid-19 adalah lebih SAKIT. Rumah, kereta lebih banyak terlelong. Kadar pengangguran di Malaysia serta peringkat global dijangka semakin meningkat dan peluang pekerjaan di dalam sektor-sektor tertentu juga akan semakin berkurangan.

12. Kena terima fakta, hutang isi rumah di Malaysia sangat tinggi dengan simpanan isi rumah di tahap terendah.

Namun..

13. Bila minggu gaji, hampir semua shopping mall penuh, IKEA padat, AEON sendat. Lagi meriah bila tiba hari penerimaan BPN dan juga iLestari. Orang Malaysia buat seperti tiada apa yang terjadi.

Tak salah pun berbelanja, boleh jana ekonomi negara kan..

14. Kena banyakkan simpanan. Kerajaan beri pakej stimulus BPN itu membantu yang tak cukup, atau disimpan bila dah cukup. iLestari adalah duit simpanan kita. Sebagai bantuan di saat kecemasan. Bukan dijoli di premis yang terpaksa mengangkat banner “Clearance Stock”.

15. Jadi, apakah tindakan terbaik yang boleh kita lakukan?

Tiada cara lain, TINGKATKAN PENDAPATAN, KURANGKAN PERBELANJAAN & MENYIMPAN.

16. Siapa yang boleh membantu?

Bukan kerajaan, tetapi DIRI SENDIRI.

1. https://www.iata.org/en/pressroom/pr/2020-03-05-01/
2. https://mdec.my/blog/?p=626
3. https://limaminit.com/dapat-notis-dibuang-kerja-semasa-pkp…/

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Lagi Seminggu, Fasa Lanjutan PKPB Akan Tamat..

  1. Aku pun sangat bersyukur kerana masih ada kerja dan ada gaji. Kalaulah tetiba kena berhenti, pitam+pengsan, hutang peribadi, loan kereta, motor, loan rumah tambah dengan bil letrik, air, phone, broadband, astro dan macam-macam lagi dah cecah RM2,630 sebulan. Kena minta kerja dengan Ustax ebit lew le nampaknya. Bagi gaji RM3,500 sebulan pun tak pe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *