July 10, 2020

Jangan balik kampung.

Sejak dua menjak ni, aku rasa dunia media sosial kat Malaysia ni sangat ‘meriah’.

Makin dilayan makin meriah.

Bak kata Abe Hoq, “Terlalu lantang kat fesbuk pun kurang bijak juga. Tambah2 lg jika kita pon salah. Orang boleh “baca” kita…”

Kisah-kisah Nasi Goreng GST, Azwan Ali kutuk Me’nate Steakhouse, Kahwin 6 bulan kena cerai, Kesan Epidural dan macam-macam lagi. Tapi tu semua tak menarik perhatian aku sangat kecuali satu video yang viral apabila seorang Perunding Kewangan mengatakan ‘Jangan balik kampung jika hendak berjmat’

Katanya, “Saya rasa rakyat Malaysia…cuba sekali tahun ini berkrompomi jangan balik kampung, ia jimatkan minyak (harga minyak naik) dan tol…cuba tahun ini,”

Respon aku, “Bodoh ini orang…” (maafkan aku jika bahasa kurang sesuai di bulan Ramadhan..)

Aku suka dengan satu status rakan peguam aku, Hayat Muhamad untuk isu ini,

Jangan balik kampung untuk jimat duit?

Kalau nak jimat, memang boleh. Sah sah kat mak bapak tak bagi duit sebab nak jimat. Adik adik yang masih sekolah memang tak rasa.Tak buat open house sebab jimat. Kat bini pun kedekut nak bagi nafkah sebab jimat. Zakat tak keluar sebab jimat. Bersedekah jauh sekali sebab jimat.

Kau mungkin kaya sebab berjimat. Tapi kau jadi manusia yang tak bermanfaat.

Ni pakar nak bagitau- kau buat baik ngan mak ayah, itulah sebab rezeki kau mencurah- curah.

Kau belanja kawan kawan kau tempat mahal mahal, mak ayah kau kat kampung jenguk pun tidak.

Fikir-fikirkan..

Dipendekkan cerita, cuba bayangkan, satu hari nanti masa anak ko dah kerja dan berkeluarga, menetap di tempat yang agak jauh dari tempat ko, bila tiba Hari Raya, diorang tak dapat balik kampung dengan alasan, NAK BERJIMAT?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Jangan balik kampung.

  1. Makin bijak berkata-kata , tu jadi lagu tu

    Selagi Ibu Bapa ada depan mata, balik je beraya.
    Keberkatan hidup ada pada Ibu Bapa. Lagi beri pada Ibu Bapa, lagi banyak rezeki datang kan? 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *