October 26, 2020

Fasa Pemulihan: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP adalah sebahagian daripada ‘exit strategy’ atau strategi keluar yang dirancang oleh kerajaan dalam Fasa Pemulihan wabak pandemik COVID-19.

Senarai Aktiviti Yang Dibenarkan Semasa Fasa PKPP

  1. Rentas Negeri
  • Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan PKPD

2. Pelancongan Domestik

  • Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan

3. Hari Raya Aidiladha

  • Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan

4. Pendidikan, Sosial, Ekonomi

  • Hampir semua sektor pendidikan, sosial, ekonomi akan dibenarkan beroperasi

5. Buka Sekolah

  • Sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah mendapat nasihat KKM

6. Sukan & Rekreasi

  • Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan melibatkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong

7. Waktu Perniagaan

  • Waktu operasi perniagaan akan beroperasi seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.
  • Kerajaan beri kebenaran kepada pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun 2020.

8. Komersial

  • Aktiviti komersial libatkan urusan jualan bukan dalam premis dibenarkan sepanjang PKPP
  • Kerajaan beri kebenaran kedai gunting rambut, kecantikan dan facial dibuka bermula 10 Jun 2020 dengan SOP ketat.

9. Sempadan Negara

  • Sempadan negara masih ditutup

10.Aktiviti Sosial

  • Pub, kelab malam, pusat karaoke serta aktiviti kenduri dan rumah terbuka masih tidak dibenarkan
  • Lawatan ke muzium, dobi layan diri dan indoor busking antara aktiviti dibenarkan sepanjang PKPP

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia.

Pesanan kepada rakyat Malaysia, terus amalkan amalan norma baharu dengan pematuhan SOP yang tinggi.

Kerajaan tidak akan teragak-agak melaksanakan PKPD jika kes Covid-19 dikesan semasa PKPP.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Fasa Pemulihan: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *