March 19, 2024

Sebab Shopee Menjadi Target Peniaga E-commerce di China?

Sebenarnya selalu je aku baca rungutan dari seller Shopee China, kata mereka, meniaga dekat Shopee tak berapa menguntungkan jika dibandingkan dengan Amazon, Taobao, Aliexpress dan lain-lain platform.

Contoh kalau barang mereka 5 Yuan dekat China (sama dengan RM 3.10) mereka akan jual RM 5 dekat Shopee Malaysia.

Seller China kalau dah main oversea, memang suka fokus dia main volume, bukan lagi profit margin. Bermakna, mereka fikir untuk jual 10,000 units sebulan bukan 10,000 Yuan sehari.

Profit margin mereka rendah sebab mereka pun tak pegang barang, boleh kata kebanyakkan seller adalah dropshippers/agents kepada sumber utama iaitu kilang. Barang tak pegang, cuma gunakan software yang boleh tarik semua data dari platform XXXX dan lekat dekat Shopee, kerja sangat mudah dan cepat.

Boleh kata setiap kedai dekat platfrom XXXX ada kedai “copy paste” dekat Shopee.

Shopee China ada gudang hub penghantaran masing-masing di beberapa bandar besar, antaranya Yiwu dan Shenzhen. Setiap hari flight akan penuh isi barang-barang seller Shopee untuk di-ship ke negara luar: Malaysia, Taiwan, Indonesia. Itu sebab kos penghantaran jadi murah, sebab pengisian flight selalu penuh dan kerap.

Kalau ikutkan apa yang diborakkan dalam grup seller Shopee China, cuma dua tempat je yang bottleneck nya senang lepas: Taiwan & Malaysia.

Mungkin kerajaan Malaysia perlu perketatkan lagi “kemasukkan” barangan import dari platform Shopee yang dijual oleh seller China. Contohnya mengenakan cukai duti import ke atas mereka tidak kira sekecil mana pun barangnya.

Ini kerana terdapat persaingan yang tidak adil di mana penjual runcit (seller Malaysia) terpaksa bersaing dengan penjual borong (kilang China) di atas platform yang sama.

Shopee menjadi target peniaga e-commerce di China disebabkan negara United States semakin ketat mengenakan banyak syarat ke atas barang China yang masuk ke US.

Shopee juga menjadi target peniaga China kerana trend penggunaan internet yang semakin menaik di kalangan negara-negara Asean dan golongan anak muda yang sangat ramai: Indonesia, Vietnam, Malaysia, Thailand.

Bottleneck untuk membuka kedai di Amazon lebih kecik berbanding di Shopee. Membuka kedai di Amazon oleh seller China di China memerlukan proses yang sangat panjang dan renyah. Jadi mereka memilih Shopee Asean sebagai target market.

Perkara paling utama yang diajar kepada seller Shopee China adalah “tarik trafik ke kedai dahulu” Biar takde untung biar rugi sikit, janji orang masuk kedai. Bila kedai dah dapat banyak “mahkota” barulah naikkan harga sedikit demi sedikit.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Sebab Shopee Menjadi Target Peniaga E-commerce di China?

  1. Shopee perlu berkeras untuk tidak membenarkan peniaga dari china masuk ke platform shopee malaysia kerana permainan ‘buang harga’ boleh membunuh peniaga2 tempatan sendiri yg mana mereka mmg tidak akan mampu untuk menurunkan harga seperti kilang2 di china… Buat apa berniaga tapi tiada untung? Lagipun peniaga2 china ini masih mempunyai platform lain seperti ebay, amazon dsb. Manakala peniaga2 tempatan shopee pula ramai dikalangan mereka2 yg baru mula dan cuba berniaga akibat kehilangan kerja disebabkan covid19 ni. Shopee sepatutnya memberi peluang kepada local seller bukannya kepada peniaga dr luar malaysia untuk masuk berniaga di platform shopee malaysia. Berkenaan dengan cukai pula, memang pendapat dan idea admin sangat bernas…. Kerajaan perlu mengenakan cukai terhadap peniaga2 dr luar walaupun sekecil mana pun barangan mereka… jika tidak cari sahaja platform lain untuk berniaga jika tidak mahu membayar cukai…

  2. Pada pendapat saya, biarlah shopee malaysia khususkan untuk peniaga malaysia sahaja lebih2 lagi bila waktu pkp ni ramai yang tiada pekerjaan… Peniaga china suka buang harga membuatkan peniaga dari malaysia sendiri tak boleh nak berniaga dalam shopee dah sbb untung nipis sgt sehingga kadangkala tiada untung langsung dan tak boleh nak lawan harga peniaga china yg mempunyai kilang disana… Lagipun peniaga2 china masih boleh berniaga didalam ebay, amazon dsb. Shopee perlu bertegas dalam hal ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *