March 19, 2024

Khasiat Buah Kurma. Ada Ke Yang Jual Kurma Online?

Bulan puasa dah semakin mendekat. Ada yang sedang mencari kurma sebagai persiapan menyambut Ramadhan? Buah kurma memang menjadi makanan penting yang perlu ada. Mungkin bekalan buah kurma belum banyak dijumpai di kedai-kedai biasa.

Maklumlah, masih ramai yang tengah ‘panic buying’ menyimpan stok semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum tentu dilanjutkan atau pun ditamatkan pada 14 April ini.

Khasiat Buah Kurma.

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Untuk pengetahuan bersama, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Begitulah khasiat yang ada dalam sebiji buah kurma. Amata digalakkan untuk kita menjadikan buah kurma ni sebagai stok makanan yang selalu ada di rumah.

Jadi, dah tahu nak order kat mana?

Ada Ke Yang Jual Kurma Online?

Ada.

Jangan risau sebab korang tak perlu susah payah keluar pergi kedai nak cari. Beli sahaja melalui link ini atau di bawah sekarang. 

Kurma ini diimport khas dari Algeria ya. Rasanya tak manis sangat, just nice orang cakap. Tekstur-nya juga lembut dan sedap dimakan.

Tempahannya sudah dibuka. Penghantaran akan diuruskan hingga sampai ke rumah bermula 7 April ini.

Harga untuk 3 set ni RM30 termasuk kos kurier bagi semenanjung, RM35 Sabah Sarawak. Untuk pembelian, terus tekan link dibawah.

Sedikit info tambahan mengenai kurma:

1. Deglet Sunnah adalah buah tamar dalam keluarga medjoul. Namun ianya sedikit kecil dari saiz medjoul. Ianya lembut dan berwarna kehitaman.

2. Deglet Noor dan Deglet Noor Seedless pula adalah buah tamar yang sering dikatakan sebagai kurma ratu kerana warnanya seakan warna madu. Rasanya tidak berapa manis dan lembut.

3. Tiga jenis kurma bagi setiap set: Deglet Sunnah, Deglet Noor & Deglet Noor Seedless

Kan best dapat beli kurma ini kemudian hantar ke rumah mak ayah kita. Ya Allah bahagianya rasa. Kita nak balik bila tak tentu lagi dalam keadaan sekarang ni.

Sebagai anak yang baik kita pasti nak emak dan ayah kita ada kurma di rumah. Lebih lagi kita semua tahu kurma ini tahan lama dan mengenyangkan.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *