November 26, 2020

Resipi Ikan Siakap Stim Limau + Bawang Jeruk Yang Mudah Dan Sedap.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun masuk hari ke-21. Objektif utama untuk memflatten the curve masih belum tercapai. Sama ada PKP akan dilanjutkan lagi untuk sesi ke-3 masih belum ada jawapannya. Pada aku, tak kisahlah dilanjutkan atau tidak. Mana yang kerajaan umumkan, itulah yang aku persetujui jika untuk kebaikan rakyat bersama. Asalkan wabak COVID19 ini dapat dihapuskan secepat mungkin.

Selama 21 hari berkurung, sebanyak 21 juadah masakan tengah hari kami laki bini masak dan makan bersama. Tak pernah dibuat selama 8 tahun kami hidup bersama. Hehe..Sungguh kata, sebelum PKP setiap hujung minggu kami akan keluar spend masa bersama di luar, makan-makan di shopping mall setiap hujung.

Tetapi pada sesi PKP kali ini, selama 21 hari inilah kami setia menjamu selera di rumah. Buat pesanan makan menggunakan Grabfood atau FoodPanda pun masih belum pernah lagi..mungkin inilah hikmah sesi PKP ini kan? Selain dapat memutuskan rantaian wabak virus berbahaya COVID19, dapat juga merapatkan hubungan sesama ahli keluarga dan juga dapat berjimat!

Serius. Masak dan makan di rumah sangat jimat. Seperti juadah yang aku masak hari ini, ikan siakap stim limau. Kos yang diperlukan jika memasak di rumah hanya sekitar kurang daripada RM20. Sebaliknya, harga menu ini sangat berbeza jika menjamu selera di restoran Thai, boleh mencecah RM35 seekor ikan. Itu belum termasuk menu lain. Itu baru kedai Siam biasa-biasa tau, belum lagi Absolute Thai! :-p

Resipi Daddy: Ikan Siakap Stim Limau + Bawang Jeruk

Bahan Utama:

1 ekor ikan Siakap. Biasanya aku kelar 2,3 line di badannya.

1 biji imau nipis – hiris hiasan

2 labu bawang jeruk. Yang ni Umi aku yang belikan. Aku ambil je.

Sayuran: Celery, Tomato Cherry, Carrot (terpulang pada selera masing-masing ye)

Daun ketumbar – tabur bila dah nak siap hidang. Jangan tabur masa ikan siakap sedang dikukus.

Bahan Kuah:

1/2 biji bawang besar. Hiris ikut bakat seni masing-masing.

3 ulas bawang putih – cincang puas-puas.

2 helai daun limau purut.

1 biji limau nipis. Perah jus.

1-2 batang serai. Aku tak potong, hanya ketuk-ketuk.

1 inci halia. Hiris batang-batang.

1 sudu besar sos ikan

1/2 sudu besar sos tiram. Biasa aku pakai kiub pati aya, kali ini tukar ejas menu guna sos tiram.

Garam (measure betul-betul, sebab sos tiram & sos ikan pun dah masin) + Gula

Cara cara:

Sumbat bawang, halia, daun limau purut dan 2 batang serai ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak. Nak sedap, stim ikan di atas kukusan (ala yang air kat bawah tu). Jangan kukus lamalama. Kalau terlebih masak, isi ikan siakap terlaluuuu lembut dan kurang rasa lemak isi ikan, tak de feel bila makan.

Campur bahan-bahan kuah (selain daripada yang disumbat ke dalam perut ikan) dalam mangkuk. Mix bagi sebati. Agak-agak dah sebati dan mesra, tuang bahan bahan kuah ke atas ikan bersama bawang jeruk dan kukus beberapa minit lagi. 

Kemudian masukkan sayuran lain. Oh ye, carrot tu dimasukkan terlebih dahulu sebelum ikan siap dikukus.

Angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau nipis. 

Walla! Konfem korang takkan pernah jumpa ikan stim limau + bawang jeruk kat mana-mana kedai mahupun restoran mewah. Aku suka lebihkan bawang putih dan sayuran, supaya rasanya lebih ‘kick’ dan terangkat!

Kos Siakap Stim Limau: Seekor siakap berharga RM11. Campur bahan-bahan lain, aku anggarkan kos untuk menu ikan siapak stim limau + bawang jeruk lebih kurang RM19. Lebih puas hati dan kenyang!

#daddyblogger #resipidaddy

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Resipi Ikan Siakap Stim Limau + Bawang Jeruk Yang Mudah Dan Sedap.

  1. Saya dah lama cari resepi ikan stim limau + bawang putih jeruk.. Saya just nak confirmkan…betul tak letak jeruk bawang putih, sebab saya tidak tau rasa jeruk bawang putih itu macam mana… At last..jumpa juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *