October 6, 2024

Daftar dan Semak Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Mulai 1 April 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional melibatkan golongan B40, M40 termasuk bujang. Buat masa sekarang permohonan masih belum dibuka dan boleh merujuk di laman web rasmi BSH.

Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Cara Semak Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional.

3 portal ini dibuka untuk pendaftaran dan penyemakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mulai 1 April 2020.

1. https://bpn.hasil.gov.my/

semak status bantuan prihatin nasional


2. https://www.treasury.gov.my/
3. https://bsh.hasil.gov.my/

Cara Bayaran Bantuan Prihatin Nasional.

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan
Nasional

3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah
dikemukakan.

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan
ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *