March 19, 2024

Pengajaran Yang Boleh Kita Belajar Daripada Wabak Nanovirus Covid19.

Hari ini, 31 Mac 2020 adalah hari terakhir sesi pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum ianya dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Kenapa PKP ini dilanjutkan? Aku pun tak pasti.

Yang aku faham, kerana masih ramai rakyat Malaysia yang degil dan melanggar PKP. Dan juga, tujuan asal untuk flatten the curve, masih jauh tersasar. Jadi, langkah terbaik adalah untuk menghadkan pergerakan rakyat terutama daripada dok berkumpul ramai-ramai dalam satu tempat pada satu-satu masa.

Bila akan berakhir ancaman Covid19 ni? Serius, aku tak nampak lagi bila ianya akan berakhir. Seperti kata JP Morgan, Malaysia akan mengalami kemuncak wabak ini pada pertengahan bulan April nanti. Masih banyak hari yang perlu ditempuhi..

Kadang aku pernah terfikir, andai kata Covid19 hanya satu mimpi ngeri. Tidur hari ini bangun esok semua pulih seperti asal. Apa pengajaran yang kita dapat? 

Aku duk termenung seketika. Kalaulah masa sekarang ini boleh diperbaiki, pasti ramai yang akan buat dan betulkan perkara-perkara di bawah ini. Penafian, ini pada pendapat aku jer tahu…

1. Jumpa orang tua selagi boleh. Tak perlu tunggu raya atau cuti sekolah kelam kelibut nak balik kampung

2. Kerap pergi masjid. Bukan Jumaat je pintu masjid bukak. Skang hari Jumaat pun tak boleh nak masuk apatah lagi semayang jumaat.

3. Hand hygiene tak kira musim. Banyak lagi makhluk halus lain yang membawa wabak.

4. Lengkapkan keperluan asas seadanya. Tak payah buat ribut angkut roti 10 bungkus sampai tak ingat umat2 lain.

5. Kena rajin masak. Seminggu tak makan luar boleh save koman2 rm100. Sebulan dah 400. Setahun?

6. Datang hospital bila perlu. Banyak kuman virus lain korang bawak balik rumah nanti. Belum nak cerita MC seeker dan kaki2 penipu lagi.

7. Sediakan tabung kecemasan. Ibarat sediakan payung sebelum hujan.

8. Kalau takda simpanan hari tua tu, ada je caruman lain contoh kwsp skim i-saraan/i-suri. Carum lah berapa banyak pun sebulan janji ada..

9. Ingatlah tuhan masa tenang,
Nescaya dia ingat kita dikala gelisah,
Berpada2 lah belanja masa senang,
Agar tidak meminta2 masa susah.
(Eh berpantun pula)

10. Kita hanya merancang, Dia lah sebaik2 perancang.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *