Pagi tadi aku ada mendapat notification tentang satu sesi yang dikendalikan oleh selebriti serba boleh, Neelofa. Sesi tersebut adalah IG Live #BerseorangBersama . Kali ini, Neelofa akan menemubual seorang tokoh yang amat aku hormati, Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia. Unfortunately, aku terlepas sesi tersebut kerana ada komitmen lain.
Aku belum pun menonton sesi tersebut. Lewat malam sikit aku akan menontonnya. Namun, isi-isi penting atau 17 nasihat emas daripada Tun Mahathir sewaktu LIVE di Instagram bersama Neelofa, telah pun aku baca, seperti berikut.
17 Nasihat Emas Daripada Tun M
1. Kesihatan kita akan terjaga kalau kita sentiasa aktif. Aktif dari segi membaca, menulis, mendengar, membahas dan berfikir ianya akan jadikan tubuh dan akal fikiran kita lebih sihat.
2. Selain itu aktif juga dalam bersenam dan gerak badan. Supaya kita terus gunakan otot-otot kita dan tubuh badan kita. Kalau ada anggota kita yang kita tak gunakan, ianya akan menjadi lemah. Just do exercise from home.
3. Banyakkan membaca buku supaya kita rasa masa jalan begitu cepat. Pilih buku atau jenis cerita yang kita suka dulu, barulah kita boleh tingkatkan kepada bacaan-bacaan yang berbeza.
4. Seperti Tun sendiri, beliau banyak membaca buku berkenaan sejarah. Seperti sekarang Tun sedang baca buku Sejarah Mongolia (Mongol Empire). Sebab ianya ada kaitan dengan sejarah negara kita.
5. Idola Tun sendiri ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda berjaya menukarkan bangsanya daripada jahil ke cekap sehingga Baginda dapat mendirikan 1 tamadun yang terkenal di dunia.
6. Kalau tokoh dalam sejarah pula ialah seorang Tsar yang berjaya tukarkan Russia daripada negara mundur kepada negara maju. Orang seperti ini lah yang berjaya mempengaruhi fikiran Tun sehingga menjadi inspirasi kepada diri beliau.
7. Antara nasihat Tun yang paling terkesan ialah dari ibunya sendiri. Iaitu don’t overstay your welcome. Maksudnya kalau pergi mana-mana, jangan duduk terlalu lama. Jangan ganggu masa orang dan ganggu kerja mereka. Dan jangan biarkan orang sampai bosan dengan kita.
8. Kalau pergi ke mana-mana sentiasa bawa buku nota kecil. Kita ini mudah lupa, jadi jangan percaya kepada ingatan kita. Sebab itu dengan adanya buku nota kecil kita boleh catat, sama ada kita sedang dalam perjalanan, perbincangan atau pembacaan.
9. Buku nota kecil itu juga boleh menjadikan sebagai checklist untuk kita cek sama ada kerja ahli pasukan kita buat atau tidak dan things to do apa yang perlu kita dan ahli pasukan kita buat.
10. Kalau kita fikir ke belakang, setiap masalah ada solusi atau cara mengatasinya. Sebab itu kalau sekarang kita ada masalah, then kita sedih, tak ada mood, semua itu tak membawa ke solusi pon. Anggap masalah itu biasa dan ianya akan selesai juga.
11. Bercakap tentang financial crisis since #Covid19 ini, Tun minta kita sentiasa berdisiplin kawal diri dan kawal nafsu. Jangan ikut kehendak hati. Kalau kita boleh kawal semua ini, maka kita boleh terima untuk sentiasa #StayAtHome. Sebab yakin di penghujungnya semuanya akan selesai juga nanti.
12. Sementara kita di rumah, dengan teknologi yang semakin canggih, kita masih lagi boleh berkomunikasi dengan orang lain. Masih boleh lagi buat bisnes online. Tukar cara-cara kita berkerja melalui cara SOHO (Small Office Home Office).
13. Kita tak perlu bergerak, hanya duduk di rumah, dan akan ada courier atau runner (contoh poslaju/ citylink) untuk datang pickup barang di rumah dan pergi pos barang yang kita jual. Dengan itu kita masih boleh jalankan sekurang-kurangnya sebahagian daripada perniagaan kita.
14. Part ini Neelofa ada tambah, katanya yang team mereka sekarang sentiasa cari approaching yang berbeza, dan disebabkan itu team mereka menjadi lebih kreatif untuk findout the solution. Problem = Solution.
Sambung Nasihat dari Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
15. Sekarang ini semua orang mengalami pendapatan yang berkurangan. Cara untuk manage financial kita ialah dengan kurangkan perbelanjaan. Tumpukan perkara yang lebih penting iaitu makanan, dan berniaga online. Dan tangguhkan atau ketepikan perkara yang kurang penting. Inilah yang dinamakan sebagai Delayed Gratification.
16. Nasihat akhir dari Tun, kita orang Melayu teruskan kerja lebih kuat supaya kita dapat tambahkan lagi pendapatan dan tingkatkan lagi kebolehan diri kita.
17. Jangan bergantung kepada orang lain, jangan cuba cari jalan yang mudah, namun kalau kita usaha, kita juga boleh capai kejayaan yang sama seperti orang lain yang sudah berjaya.
Subhanallah…nasihat ini bukan nasihat biasa-biasa. Ini adalah ilham daripada Allah swt hasil daripada 95 tahun beliau punya pengalaman & kebijaksanaan!
Thank you so much Neelofa buat sesi LIVE #BerseoranganBersama macam ini. Teruskan keep inspiring more people!
Olahan Asal: Nur Aliah Mohd Nor