March 28, 2024

Tomyam seafood sedap di Khrua Thai, One City USJ Skypark

Tomyam seafood sedap di Khrua Thai, One City USJ Skypark.

Ini kali kedua aku ke One City USJ. Puan Nunu yang beriya ajak ke sini untuk makan malam sempena hari ulangtahun aku yang ke-’20’. Aku ok je, tapi awal sehari sebab ‘on my birthday’ aku dah expect kesibukan yang melampau di ofis untuk setelkan tender projek dan juga aku perlu ‘prepare’ untuk ‘site visit’ ke Petronas Penapisan Melaka pada hari esoknya. So, here we go! Dekat dengan ofis aku, so otw balik, singgah jap di sini..ini antara restoran thai yang menyediakan tomyam seafood sedap di Klang Valley!

Restoran Khrua Thai, terletak di Tingkat 10 One City USJ. Tingkat 10 ni adalah ‘roof top’. Nasib baik dah jam 6.30 petang, dan cuaca elok. Clearly boleh tengok pemandangan bandar USJ. Kalau berjerebu, memang tak la kan.

Masa kami sampai, tak ramai customer lagi. Dapat table kat tepi sekali. Ok la untuk dua orang kan. Kalau dak kecik Dayyan Harith ikut sekali, memang kena ambil meja lagi besar. Syok gak sesekali ‘dating’ berdua gini kan. Eh sebenarnya bukan berdua gak, yang kat dalam ‘perut’ tu ada kan..hehe

Tomyam seafood sedap

Authentic Thai Kitchen‘ nyer. Apa lagi, menu utama mestilah tomyam kan. Kami pilih tomyam seafood. Saiz ‘Regular’. Kat sini ada dua saiz je, ‘Regular’ & ‘Large’ . Yang biasa ni pun dah boleh makan untuk 3 atau 4 orang ni. Dalam tu, ada udang, sotong dan dua tiga spesis hidupan laut lain..hehehe..

resipi kailan ikan masin

Yang ni jadi menu paling aku suka malam tu. Sotong masak apa dah aku lupa. Rasa dia ada sikit-sikit masam lemon, dan sangat pedas ok. Tapi sedap. Besar lak sotong dia. Ni pun saiz ‘Regular’. Berpeluh-peluh dapat hirup kuah tu.

resipi sotong pedas

Servis kat Khrua Thai ni memang cepat. Mungkin sebab tak ramai customer lagi kot masa ni. Tak sampai 15 minit, semua order kami dah sampai. Berasap lagi tu.

Thanks sayang for dinner ni. The best tomyam bagi aku. Kena dengan taste aku yang suka pedas-pedas masam ni. Puan Nunu pun suka pedas gak sekarang ni. Mungkin pembawakan budak kot, kalau tak, pedas sikit mesti dah tolak. Selain daripada tomyam dan sotong tu, ada order gak kailan ikan masin. Terbaik ikan masin dia, tak terlalu masin dan tak terlalu tak masin..haha..

resipi tomyam sedap mudah

Nak jadi isteri solehah, kena sediakan mangkuk kecil untuk suami bila makan tomyam kan..hahaha..tomyam dan sotong tu masih berasap sebab kat bawah bekas tu, diorang letakkan lilin kecil supaya menu tu tak cepat sejuk. Tapi bila panas-panas pun, susah gak nak suap ke mulut kan..boleh melecur lidahku oii..udang besar besar gak dalam tomyam tu. Ada dalam 4, 5 ekor ngah berenang dalam tu. Tomyam dia memang terbaik. Cukup pedas, cukup masam, cukup rasa. Rasa sebijik sama dengan kawan Siam aku masak.

sunset view

Sunset view, walaupun tak nampak matahri terbenam. Elok je kami selesai makan, da

dessert khrua thai one city

Dalam jam 7.30malam, staff Khrua Thai bawakan lilin untuk setiap meja. Automatik jadi ‘candle light dinner’ haha..dessert tu sedap, tapi aku tak telan semua sebab ada cam isi nangka kot. Aku tak makan nangka, so rezeki wifey lak habiskan semua tu.

khrua thai one city

Licin semua order. Tak baik membazir. Kalau korang mintak rate, memang aku bagi 9/10 untuk kualiti & kuantiti menu di sini. Pedas memang pedas, alhamdulillah perut aku tak buat hal selepas tu. Elok je heheh..

Bila naik ke Level 10, One City ni, tak sah kalau tak snap gambar kat sini. Untuk si gayat, jangan cuba berdiri kat atas cermin tebal ni ye..hehe..

Burpp alhamdulillah untuk rezeki hari ini..

Alamat Restoran Khrua Thai, One City;

10th Floor, One City Skypark, Jalan USJ 25/1A, Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03 5115 0139 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Tomyam seafood sedap di Khrua Thai, One City USJ Skypark

  1. wah untunglah boleh diner berdua. balik jb esok ni mungkin ada peluang mahu berdating. minta ibu tolong jaga. btw tomyam tu alahai. nasib takde pembawakan budak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *