April 20, 2024

Otak Seni VS Otak Teknikal

Dalam fasa pembesaran Dayyan dan Danish sekarang ni, aku lebih suka memerhati tindak-tanduk mereka dan gelagat mereka. Kadang-kadang “response” mereka kepada persoalan di persekitaran, tidak aku duga.

Aku ada membaca hasil kajian tentang, pada peringkat awal kanak-kanak, proses perkembangan otak mereka sedang dalam proses pembentukan dan perkembangan. Pendek kata, sel-sel otak mereka aktif berhubung untuk membuat keputusan dalam perlakuan harian mereka. Dalam masa yang sama, mereka sedang dalam proses mengenali mana yang buruk, mana betul, mana salah, mana yang terbaik dan sebagainya

Dalam fasa Dayyan & Danish, mereka akan cenderung belajar membuat keputusan mereka sendiri. Semestinya tidak semua keputusan mereka betul dan tepat. Dan tak semestinya semua keputusan mereka sendiri itu salah.

Kadang-kadang, ada logiknya di situ. Contohnya seperti di bawah ini. Semasa Dayyan sedang menyelesaikan “MAZE”, mencari jalan untuk anak kura-kura lalui sebelum bertemu kembali dengan ibu kura-kura. Ini memang kegemaran Dayyan. Dia berjaya selesaikan pencarian jalan pulang yang berliku. Yang menarik perhatian kami, apabila Danish melihat jalan yang berliku-liku itu, dia pelik. Kenapa perlu melalui jalan berliku-liku, sedang boleh lalui ‘shortcut’ yang pendek sahaja???

Aku dan isteri tergelak. Tapi Danish serius. Bila difikir balik, ada betulnya. Benda boleh guna shortcut, kenapa nak kena guna jalan jauh??

Aku boleh simpulkan, dalam fasa mereka sekarang (Dayyan 6 tahun, Danish 4 tahun) mereka sedang “decide” otak belah mana mereka nak selalu guna. Otak kanan atau otak kiri?

Ciri-ciri Orang Dengan Dominan Otak Kanan

  1. Orang yang dominan otak kanan tidak suka dengan pelajaran yang memaksa otak bekerja keras, seperti Matematik, Fizik, Kimia, Sains. Jadi mereka lebih memilih pelajaran seni, bahasa, puisi, nyanyi dll.
  2. Dalam hal prospek kerja, orang dominan otak kanan senang bekerja di bidang sosial, kreatif, seni, dan public relation.
  3. Tidak menyukai hal-hal yang teratur, suka kebebasan.
  4. Senang jalan-jalan dan melakukan hal-hal baru.

Ciri-ciri Orang Dengan Dominan Otak Kiri

  1. Senang dengan pelajaran yang berkaita rapat dengan logik, Matematik, Fizik, Kimia, dan pelajaran-pelajaran yang berhubungan dengan sains.
  2. Dalam hal prospek kerja, mereka cenderung bekerja menjadi Jurutera, Akauntan, Doktor.
  3. Lebih mengutamakan logik dalam mengambil keputusan.
  4. Disiplin, berfikir secara teknikal dan penuh aturan
  5. Melakukan sesuatu dengan perhitungan yang matang.

Aku boleh katakan, Danish lebih cenderung kepada dominan otak kiri dan Dayyan pula lebih cenderung kepada otak kanan. Jadi, aku catatkan di sini dahulu. Mungkin 5 tahun atau 10 tahun lagi, aku boleh tengok perbezaan atau dominan mereka tetap sama. InsyaAllah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Otak Seni VS Otak Teknikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *