Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada YDPA hari ini.
Ini bermakna, Tun M sekali lagi telah mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat dalam tempat paling singkat iaitu selama 20 bulan. Sebelum ini, Tun M telah melakar sejarah sebagai individu yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali iaitu PM Ke-4 dan PM Ke-7.
Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.
Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak awal pagi dan semalam.
Terdahulu, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini memutuskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.
aduhai, kita yang kelam kelibut apa kah cerita akan terjadi nanti
relax kak..steady je..dan berdoa..hehe