October 5, 2024

Kadar Dividen KWSP Tahun 2019.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen tahun 2019 semalam. Kadar Dividen 2019 untuk Simpanan Konvensional (SK) adalah 5.45% dan Simpanan Shariah (SS) adalah 5.00%.

Jumlah pembayaran dividen untuk 2019 adalah RM45.82 bilion, di mana RM41.68 bilion adalah untuk SK dan RM4.14 bilion untuk SS. Jumlah pembayaran yang diperlukan untuk 1% kadar dividen adalah RM7.65 bilion untuk SK dan RM828 juta untuk SS. 

KWSP mengisytiharkan pembayaran dividen tahunannya berdasarkan jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. 

Walaupun SS dan SK menerima pendapatan Syariah mengikut bahagian masing-masing, SK turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah. Majoriti pelaburan Simpanan Shariah adalah dalam pasaran domestik yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan pada 2019.

Perbandingan kadar dividen antara KWSP dan badan kewangan lain tidak boleh dilakukan secara terus kerana objektif, strategi dan risiko pelaburan setiap badan adalah berbeza.

KWSP merupakan tabung dana persaraan yang bertanggungjawab keatas kesejahteraan ahli ketika persaraan. Oleh itu, strategi KWSP mesti berhemat dengan penekanan yang kebih besar untuk memelihara modal dan memberikan pulangan stabil jangka panjang yang disokong oleh pengurusan risikp pelaburan yang komprehensif.

KWSP menjangkakan 2020 akan menjadi lebih mencabar berbanding 2019, dengan kesan wabak virus COVID-19 yang mempengaruhi kelembapan pertumbuhan global. Banyak isu dalam pasaran global kekal tidak selesai, tetapi juga dilihat beberapa isu baru timbul. Ada tiga potongan kadar dibuat oleh Federal Reserve Amerika Syarikat (AS), pertikaian dagang AS-China meningkat dan tak selesai, dan ketidaktentuan sekitar rundingan Brexit.

Pengkreditan Dividen 2019 akan dilakukan pada Sabtu, 22 Februari 2020 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara.  Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *