October 5, 2024

Tak Rugi Baca: Kita Selalu Lalai Untuk Mendongak Ke Atas.

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil Itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.

Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya. 

Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. 

“Rezeki aku !” kata lelaki itu dalam hati. 

Lelaki tu tak sedar, logam syiling tu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina. 

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada di aras paling bawah.

Namun, jeritan tu tak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. 

Dek kerana itulah, ketuanya mencampakkan duit syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanan kepada pekerjanya itu. 

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. 

Lantas, ketuanya mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. 

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki tu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. 

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya untuk menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian;

Allah sering menjatuhkan rezeki (Ibarat duit syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan ‘Syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.

Tetapi, acap kali kita lalai Untuk ‘Mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberianNya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah Ketua dan Pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjayaenarik perhatian, lalu dijatuhkan pula ‘Batu’ yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. 

Hanya setelah kita merasa kesakitan tu, baru kita teringat untuk mendongak, menadah tangan Untuk bersyukur mengingati yang Maha Pencipta kita. 

Semoga perkongsian ini memberi kesedaran dan bermanfaat untuk semua…. in sha Allah….

Penafian:Segmen “Tak Rugi Baca” ini adalah segmen khas berkongsikan tentang cerita atau perkongsian daripada rakan-rakan lain melalui channel lain seperti Facebook, Telegram, Whatsapp dan sebagainya. Ianya tiada bermaksud lain kecuali sebagai pengajaran dan teladan untuk kebaikan kita semua.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tak Rugi Baca: Kita Selalu Lalai Untuk Mendongak Ke Atas.

  1. Kisah yang sangat menarik untuk dijadikan teladan.
    Terima kasih atas perkongsian.
    Gambar ni macam pernah sis lihat tapi… di mana ya? Hehehee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *