March 19, 2024

Dividen ASB Tahun 2019 5.50 sen Seunit.

Hari ini telah diumumkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2019.

Agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi  ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Semua pemegang unit boleh menyemak dividen dan bonus yang diperoleh apabila urusniaga dibuka semula pada 2 Januari 2020 nanti.

Agihan Pendapatan ASB 2019.

Alhamdulillah..rezeki Allah..nak komen lebih-lebih pun bukan kuasa kita kan.

Cuma sehingga ke hari ini, masih ada kawan-kawan aku yang keliru tentang perbezaan akaun ASB dan akaun Unit Trust.

Pertama, kena faham, dua dua akaun ini adalah sejenis ‘amanah saham’ atau Unit Trust. Sama tapi tak serupa. Dah menjadi SOP aku, sebelum pelabur unit trust melabur, aku akan terangkan perbezaan instrumen pelaburan yang ada di Malaysia. Antaranya, ASB inilah.

Jadi, kali ini, seklali lagi aku ingin kongsikan perbezaan pulangan daripada ASB dan Unit Trust.

Cara Kira Dividen ASB.

  1. Pulangan ASB untuk 2018 terbahagi kepada 2 jenis iaitu Dividen & Bonus
  2. Pulangan ASB dikira dari purata baki minimun bulanan terendah.
  3. Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  4. BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  5. BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  6. Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh.

Cara Kira Distribution Unit Trust.

  1. Pulangan dari unit trust terbahagi kepada 3 bentuk iaitu Capital Gain, Distribution & Unit Split.
  2. Ketiga2 bentuk pulangan ini bergantung kepada jumlah terkumpul bilangan unit yang pelabur ada dalam akaun unit trust pelabur.
  3. Capital Gain adalah kenaikan positif melalui perubahan harga unit trust. Contohnya Faizal invest RM10,000 & mempunyai 28,000 unit dengan kos pelaburan 35 sen seunit. Tahun depan harga unit trust meningkat sebanyak 38 sen seunit. Jadi capital gain yang diraih adalah sebanyak 3 sen seunit. Keuntungan = 3 sen seunit x 28,000 = RM840 dari capital gain.
  4. Distribution adalah kadar bonus yang ditentukan oleh syarikat unit trust berdasarkan prestasi unit trust. Contohnya distribution diumumkan 2 sen seunit. Jika diambil contoh di atas 2 sen seunit x 28,000 unit = RM560
  5. Unit split adalah tambahan unit yang diberikan oleh syarikat unit trust kepada pelabur. Contohnya syarikat unit trust memberikan unit split dengan kadar 1 : 28. Ia bermaksud dengan setiap 28 unit yang pelabur ada dalam akaun mereka, pelabur dapat tambahan 1 unit secara PERCUMA.
  6. Contoh Faizal tadi ada 28,000. Jadi Faizal dengan senang akan dapat extra 1000 unit tambahan menjadikan jumlah unit keseluruhan adalah 29,000 unit.

Kesimpulan.

Walaupun dua-dua instrumen ini adalah Saham Amanah, tetap jelas ada perbezaan yang ketara dari segi pengiraan keuntungan ASB & UNIT TRUST.

Jadi, mana yang lagi best?

Kalau tanya aku, ikhlas aku akan jawab, dua dua best…paling best, semestinya Unit Trust untuk simpanan jangka masa panjang!

“Jangan letak semua telur dalam satu bakul”

Nota: Harga Telur ayam turun 2sen! Alhamdulillah..

Untuk maklumat Rekod Agihan Pendapatan ASB dari tahun 1990 – 2018.

Dividen ASB (kredit: Infografik by Syazwan Astro Awani

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Dividen ASB Tahun 2019 5.50 sen Seunit.

  1. semalam penuh kat wall fb pasal 5.50 nih, ada yang bebel merungut-rungut… ada yang marah-marah, saya cuma pandang dalam hati kata sabar lah ye… memang ada buat akaun simpanan kt ASB , kira dapat dividen ni kira ok lah, takde pun rasa nk marah-marah hehehe

Leave a Reply to Nurhidaya Mohamed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *