April 20, 2024

Usahawanita Berjaya Ini Berkongsi 10 Nasihat Aliff Syukri Untuk Anak Muda. Nasihat Ke-9 Sangat Aku Kagum!

Baru-baru ini aku ada menonton FB Live oleh usahawanita muda yang berjaya, Nur Aliah atau lebih dikenali sebagai Lia ChettakiOmey ketika beliau sedang berada di rumah mewah Dato’ Sri Aliff Syukri. Tak silap aku, beliau dan beberapa individu lain dijemput khas sempena kejayaan mereka sebagai ‘affiliaters’ yang berjaya membuat jualan terbanyak ebook Zero To Hero, hasil tangan Dato’ Aliff Syukri itu sendiri. Tahniah buat mereka.

Setiap kali Lia buat FB Live, aku pasti meluangkan masa untuk menonton. Sebab FB Live beliau bukan biasa-biasa, sarat dengan mesej dan ilmu. Aku suka ilmu yang dikongsikankan oleh beliaur, tak kisahlah ilmu perniagaan atau ilmu-ilmu lain.

Seperti yang aku jangkaan, pertemuaan beliau dan Dato’ Aliff Syukri menghasilkan satu muatnaik tentang 10 Nasihat Rahsia Dato’ Sri Aliff Syukri Untuk Anak-Anak Muda di FB Nur Aliah Mohd Nor .

Syukur Alhamdulillah, isnin baru ini Lia berpeluang dapat dinner bersama-sama dengan Dato’ Sri Aliff Syukri di rumah mewahnya yang lebih glemer dengan nama Aliff Syukri Palace.

Dulu Lia pernah visualized, nak sangat-sangat Dato kenal Lia. Alhamdulillah Allah lorongkan 1 per 1 perjalanan ini sehingga Lia dapat duduk 1 meja bersamanya di rumah yang bernilai 20 juta ringgit!

Jadi, sepanjang kami berjam-jam berborak, banyak juga point yang Lia sempat catat. Jadi dengan apa yang Lia kongsikan ini jadikan ianya sebagai aspirasi, inspirasi dan motivasi untuk kita lebih terus berjaya di dunia dan di akhirat.

Ni 10 rahsia yang Dato’ Sri Aliff Syukri share pada kami.

  1. Tips nak kedepan ini 1 je jangan takut. Kalau ada rasa nak buat, terus buat. Sebab kita kena buat sesuatu perkara yang kita betul-betul nak buat.
  2. Kena percaya pada rezeki dan otak orang. Nak kumpulkan 1,000 orang untuk bahagian operation itu mudah, namun kalau nak kumpulkan otak manager atau pengarah yang bijak itu bukan perkara yang mudah. Jadi dalam bisnes kita kena kumpulkan orang-orang yang bijak.
  3. Nak buat duit dengan cepat, kumpulkan orang-orang yang bijak untuk bawa duit masuk dalam company dan yang boleh jaga duit company. Cari komuniti yang bagus yang betul-betul boleh buat duit untuk kita.
  4. Tak perlu ada ramai kawan pon, tetapi yang paling penting kita kena ada small and right circle. Supaya masa kita ini betul-betul berkualiti. Dan jauhkan diri dengan orang yang negatif.
  5. Bukan kawan je yang kita kena pilih, ke mana yang kita nak pergi itu pon kita pilih. Contoh, Dato sangat memilih event yang beliau nak pergi. Beliau tak akan suka-suka pergi ke kenduri kahwin orang atau rancangan hiburan di TV. Sebab beliau ini sangat menjaga masanya. Baginya masa itu emas.
  6. Kita kena betul-betul FOKUS dengan apa yang kita nak. Secara semulajadi apa yang kita nak itu akan datang. Contohnya, kalau kita hensem, tak perlu pening nak cari girlfriend, girlfriend cari kita. Kakau kita terlalu bijak, tak perlu pening nak pergi Universiti mana, Universiti yang kejar kita. Kalau kita pandai bisnes, tak perlu susah cari bank, bank yang akan kejar kita.
  7. Jangan sibuk dengan hal orang. FOKUS je dengan diri sendiri dan perkara penting yang kita nak capai. Seriously kesan selepas itu orang yang berduyun-duyun nak datang jumpa kita dan jemput kita.
  8. Dato akan bernazar iaitu berjanji dengan Allah swt. “Kalau aku kaya, aku nak bawa semua keluarga isteri aku, keluarga aku untuk menunaikan Umrah.” Bila kita dah bernazar, maka ia menjadi wajib kerana kita sudah terikat dengan nazar itu. Kesan daripada itu, rezeki beliau terus mencurah-curah! Daripada modal rm450 je masa mula-mula berniaga dulu, Alhamdulillah lepas itu boleh ada beratus juta ringgit!
  9. Beliau mula jejakkan kaki ke butik LV dan beli handbeg LV original ketika duitnya mencecah 300 juta ringgit. Dan sebelum pakai kereta mewah, beliau pakai kereta myvi sahaja. Sebab katanya beliau sangat kedekut dengan bab duit. Sentiasa nak memastikan duit masuk hari-hari, duit keluar cuma seminggu sekali je.
  10. Dalam bisnes kita kena rebut peluang. Bukan setakat jual barang je. Tak boleh sama sekali biarkan bisnes kita maintain di tahap itu je, lepas itu kita biarkan. Sebab bisnes ini dia bernyawa. Dan yang menjadikan bisnes ini hidup dan berkembang adalah manusia itu sendiri, iaitu kita lah. Kita yang menggerakkan segala bisnes kita dengan izin Allah.

Fuh! Macam mana? Berasap tak baca? Hehe.

Sebenarnya banyak lagi yang Dato kongsikan ilmu mahalnya. InshaAllah ilmu-ilmu yang lain Lia akan kongsikan dalam Channel Telegram Lia ya.

Sejujurnya, Dato dan Datin ini sangat humble dan baik orangnya. Bila Lia cerita yang sepanjang 1 bulan Lia promosikan ebook beliau ini, tak ada seorang pon dari follower Lia yang kata tak best tentang Dato. Semuanya cerita yang best best je. Malah mereka semua lagi terinspirasi dengan Dato.

Jadi Lia ada bagi beberapa cadangan pada Dato, salah 1 nya teruskan memberi inspirasi di social media beliau. Banyakkan lagi berkongsi ilmu mahal, tips kembangkan bisnes, tips urus ejen, tips jaga team dan tips untuk kekal bahagia bersama isteri dan keluarga tercinta. Pasti ramai lagi yang nak tahu. Kan?

Alhamdulillah jumpa orang hebat yang bernama Dato’ Sri Aliff Syukri ini 1 pengalaman yang Lia tak akan pernah lupakan! Apatah lagi dapat pusing-pusing dekat rumah mewahnya. Hehe.

Lia doakan semoga semua sahabat Lia terus positif, menjadi orang yang hebat, lakukan tindakan yang hebat, dan InshaAllah pasti mendapat hasil yang luar biasa hebat, di dunia dan di akhirat.

Nota : Lia ada kongsikan pada Dato kelebihan kalau kita ada channel telegram kita sendiri. Alhamdulillah semalam Dato terus buat. See, memang fast action fast result punya orang kan. 😍

Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk tips yang bermanfaat ini.

Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 29 ribu orang dalam tu. Jom klik sekarang
👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor

Haa..baca kat sini pun dah best. Walaupun dari luaran kita nampakk Dato’ Aliff ni berperangai peliks, tetapi pada siapa yang mendekati beliau, pasti memperoleh ilmu dan tips yang mahal.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Usahawanita Berjaya Ini Berkongsi 10 Nasihat Aliff Syukri Untuk Anak Muda. Nasihat Ke-9 Sangat Aku Kagum!

  1. No 5 tu bagi Mrs.A sedikit annoying nak pi kenduri kahwin pun pilih-pilih ka?
    Habis tu kalau dah dijemput ada masa dan kesempatan tak pi ka sebab tak masyuk…
    Semoga di akhirat pun kaya-raya hendakNYA.

  2. memang semua terbaiklah, setiap orang yang berjaya ada tips mereka sendiri kan…
    tapi yang no 9 tu memang betul, masalahnya ramai orang kita gaji tak sampai 10k pun tapi dah sibuk nak beli hbeg LV, nak nampak kaya nak ikut gaya orang kaya gitu.

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *