October 5, 2024

Betul Ke 60% Siswazah Peringkat Ijazah Menganggur? 3 Point Komen “recruiter” Ini Sangat Tepat.

Pagi tadi, aku ada memuatnaik status berbentuk pertanyaan tentang pengangguran yang di hadapi oleh graduan di Malaysia. Aku ada terbaca kenyataan bahawa hampir 60% siswazah peringkat ijazah menganggur selepas setahun taman pengajian..Betul ke isu ini?

Tak sangka, ramai rakan Facebook aku memberi maklum balas sebab kenapa graduan hari ini menganggur. Menariknya, komen-komen ini semua dikongsi oleh mereka yang datang dari latar belakang kerja berbeza. Ada yang baru bekerjaya, ada pemilik perniagaan, ada freelance, ada recruiter, ada yang pernah tidak diterima bekerja kerana terlebih layak, ada berjawatan tinggi di institusi perbankan dan sebagainya.

Jadi, aku kongsikan snapshot komen-komen tersebut untuk manfaat bersama. Semoga adik-adik yang bakal bergraduasi nanti boleh jadikan komen mereka sebagai tips untuk diterima bekerja kelak.

3 Point di komen daripada Rilla Amrillah ini menarik perhatian aku. Aku sangat bersetuju sebab utama adalah SAINGAN SENGIT. Situasi hari ini sangat berbeza dengan 10 tahun atau 20 tahun yang lepas. Para graduan yang dilahirkan pada setiap tahun bukanlah jumlah yang sedikit. Manakala “demand” untuk satu-satu posisi pada setiap temuduga tersangatlah banyak. Jadi, bukanlah sebab yang datang temuduga itu tak bagus, tetapi calon-calon lain lebih bagus.

Aku suka dengan point 4 dalam komen daripada rakan Blogger @ Syukri Tahir; Gaji yang tidak setara dengan kos hidup. Pada aku, ini bukanlah sebab utama kepada masalah pengangguran. Gaji tidak setara takpe, asalkan ada gaji. Better than nothing. Yang menganggur itu, langsung tiada gaji. Lagi teruk bila graduan itu hanya makan tidur makan tidur hantar CV menunggu syarikat panggil interview. Tapi rasa, isu gaji tidak setara dengan kos hidup atau beban kerja juga bukan isu baharu. Yang dah lama bekerja pun masih menghadapi masalah yang sama. Betul tak?

Inilah kehidupan. Hari demi hari, cabaran dan dugaan hidup makin bertambah. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak lain, aku pasti masalah sebegini tidak akan dapat di atasi melainan dengan inisiatif 110% daripada diri graduan itu sendiri. Dalam mencari rezeki sebagai sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, hanya ada dua pilihan; bekerja dengan orang atau bekerja sendiri (perniagaan). Pilihlah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Betul Ke 60% Siswazah Peringkat Ijazah Menganggur? 3 Point Komen “recruiter” Ini Sangat Tepat.

  1. Saya setuju sgt dgn pendapat Syukri Tahir II tu..ramai yg nak masuk keja Gov. tunggu punya tunggu..kalau x ada yg sangkut..menganggur..bila apply swasta, tak cukup experience pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *