February 27, 2020

Tempat Makan Sedap Di Kelantan: Maggie Tiram Pokweil

Oyster atau tiram, sejenis makanan laut yang menjadi menu wajib ambil setiap kali aku menghadiri event makan-makan di hotel. Oh ye, tak semua buffet di hotel ada menyajikan makanan laut yang boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan ni. Tapi kalau ada, aku akan ambil 4,5 ketullah.

Tanggapan aku yang oyster atau tiram ini hanya sesuai disajikan di tempat makan yang ekslusif adalah sangat tidak tepat. Apabila terbaca perkongsian blogger popular Cik Epal dan suaminya Jofliam tentang pengalaman mereka makan oyster atau tiram di kedai makan di kampung, hati aku dah terdetik untuk merasa pengalaman yang sama. Aku mula Google di manakah lokasi sebenar Maggie Tiram Pokweil.

Maggie Tiram Pokweil Bachok

Sempena trip balik kampung kami tempoh hari, sempat juga aku membawa isteri dan umi ke Restoran Maggie Tiram Pok Weil yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan. Kedai Pok Weil ni milik seorang penduduk tempatan. Lokasi kedai tak susah nak cari. Aku hanya WAZE Maggie Tiram Pok Weil, terus di bawa menuju ke parking bersebelah kedai ini.

Sebaik sahaja kami sampai, hujan mula berhenti. Rezeki kami, kedai baru sahaja dibuka. Tak silap aku, kedai Pok Weil ini mula dibuka pada jam 3 petang. Setiap hari kecual ISNIN. Pelanggan pun masih belum ramai. Terus dapat tempat dan review menu yang ditawarkan di sini.

Kat sini, tiram adalah sajian utama. Semua menu ada tiram. Dikhabarkan, Pok Weil sendiri yang memelihara tiram dan memproses secara homemade untuk dijadikan menu di sini. Jadi, berbanding dengan tiram atau oyster yang diimport dari luar negara, aku pasti tiram di sini dibela dengan lebih teliti dan bersih.

Tiram segar pedas + mi goreng tiram + maggie seafood + maggi tomyam

Sebelum tiba di sini, awal-awal aku dah ‘aim’ nak pekena tirM segar. Makan pula dengan sos pedas. Yang sos pedas ni unik. Biasanya, oyster dicucuri Tobasco dan diperah lemon. Kat sini, tiram ni diletakkan sos pedas pedas manis Thai. Macam sedap juga rasanya.

Dan satu lagi, aku memang teringin mencuba mi goreng tiram. Aku ada terbaca review Cik Epal cakap sedapppp giler! Memandangkan isteri aku dan umi tak berapa menggemari tiram, jadi mereka tak menyertai aku. MAGGI Tomyam dan MAGGI seafood menjadi santapan mereka. Jadi semua tiram kat atas tu menjadi santapan aku termasuklah tambahan 2 ekor tiram bakar.

Tiram segar + Sos Thai

Pada aku, isi tiram ni boleh rasa kesegaran dia. Takdelah rasa hanyir sangat. Telan mentah-mentah macam tu pun masih boleh jilat lagi sisa di kulitnya. Kena plak dengan sos Thai unik tu.

Tiram Bakar Cheese

Aku pernah makan baked oyster di satu hotel di KL. Berbeza dengan tiram bakar cheese di sini. Parutan cheese ditabur dan tiram ini dipanaskan di atas bara api. Parutan cheese kekal tidak mencair. Mungkin rasanya lebih sedap jika cheese itu dibiarkan mencair dengan lengkap.

Mi Goreng Tiram!

Apa yang Cik Epak cakap “padu padu padu” untuk mi goreng tiram ni ada benarnya. Isi tiram banyak yang amat. Dengan harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi. Memang tak kedekut langsunglah diorang campak tiram dalam mi goreng ni.

Maggi tomyan dan maggi seafood yang isteri aku dan umi order tu pun sedap. Isi sotong udang kat dalam maggi diorang pun boleh tahan banyak. Takdelah seperti sesetengah kedai, bawang dan sayur je lebih..

Aku cuba ingat kembali harga setiap menu ni. Tapi langsung tak ingat. Nak snap buku menu pun lupa sebab teruja sangat nak menikmati tiram Kelantan ni. Yang aku ingat, semua ni aku bayar dengan harga RM44. Murah kan? Ye la, kalau kat luar, makanan makanan yang ada tiram atau oyster ni memang harga tinggi kan?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Tempat Makan Sedap Di Kelantan: Maggie Tiram Pokweil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *