March 19, 2024

Bantuan KWSP Sehingga RM5k

Sebagai seorang pekerja yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kita layak untuk mengetahui tentang beberapa polisi yang memberi manfaat kepada kita. Ramai yang terlepas pandang kelayakan sebegini, yang ramai tahu hanyalah duit KWSP boleh dikeluarkan bila usia mencecah 55 tahun.

Tuntut bantuan KWSP sehingga RM5,000 jika berlaku kematian dan & RM2,500 jika hilang upaya.

Ini info penting kepada ahli KWSP. Ambil tahu & fahami dengan jelas hak kita sebagai ahli KWSP. Selepas membaca tentang info ini, diharap orang ramai ambil cakna untuk menuntut wang bantuan tersebut apabila kematian ahli keluarga yang ada mencarum dengan KWSP.

Perhatian kepada ahli KWSP.

Tahukah anda jika berlaku kematian @ hilang upaya, ahli KWSP berhak menuntut bantuan dari KWSP sebanyak RM5,000 untuk kematian & RM2,500 untuk hilang upaya.

Jika berlaku kematian, waris boleh tuntut bantuan kematian berjumlah RM5,000 dari KWSP. Bantuan ini bukan sebahagian dari wang simpanan KWSP ahli tapi dari KWSP sendiri atas rasa simpati kepada ahli keluarga/waris si mati.

Syarat untuk tuntutan bantuan kematian :

Ahli KWSP belum mencapai umur 55 tahun semasa berlakunya kematian;

Permohonan tuntutan bantuan kematian perlu dibuat dalam tempoh 6 BULAN dari tarikh kematian;

Jika penama di KWSP sudah meninggal, update penama sebab ia akan impact kepada proses pengeluaran KWSP & tuntutan bantuan kematian.

Manakala jika ahli KWSP mengalami HILANG UPAYA, BANTUAN HILANG UPAYA sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada waris si mati. Bantuan ini juga bukan sebahagian dari simpanan ahli KWSP.

Syarat untut tuntutan Bantuan Hilang Upaya :

i) Ahli belum capai umur 55 tahun;

ii) Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 12 BULAN dari tarikh hilang pekerjaan akibat hilang upaya kekal;

iii) Tempoh bekerja di syarikat adalah sekurang2nya 6 BULAN;

iv) Ditamatkan perkhidmatan atas sebab HILANG UPAYA sahaja bukan disebabkan SUKARELA @ TINDAKAN DISIPLIN.

Untuk info lanjut, boleh rujuk maklumat ini di website KWSP

Jangan lupa menuntut bantuan KEMATIAN & HILANG UPAYA jika berlaku kedua2 keadaan ini. Bantuan itu sangat bermakna buat keluarga kita.

Sebenarnya ramai yang masih tak tahu info ini.

Sila share info ini supaya lebih ramai ahli KWSP tahu pasal bantuan ini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Bantuan KWSP Sehingga RM5k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *