March 19, 2024

Kenapa Masih Ada Graduan Menganggur?

Isu graduan menganggur bukanlah perkara yang baharu.Saban tahun isu yang sama dibangkitkan dan masalah ini dilihat sukar atau mustahil untuk diselesaikan. Kerajaan atau pihak persendirian lain juga dilihat telah mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah ini tetapi diihat tidak menunjukkan kesan yang ketara.

Di manakah silapnya?

Adakah berlakunya kesilapan pada sistem pendidikan negara sehingga melahirkan graduan yang tidak berpotensi atau syarikat yang menetapkan syarat yang terlalu ketat atau masalah pada individu itu sendiri?

Pada pendapat aku, tiada pihak lain yang boleh menyelesaikan isu ini kecuali diri graduan itu sendiri. Rezeki itu rahsia Allah tapi aku percaya, itu semua perlukan usaha pada tahap yang sepatutnya. Tidak bermakna, graduan itu dah dapat segenggam segulung ijazah, kerja-kerja yang menjanjikan pulangan setimpal sudah menunggu di luar sana. No way!

Aku tertarik dengan perkongsian founder Bella Ammara tentang mindset yang perlu diubah. Mindset yang hebat dengan usaha yang bukan biasa-biasa pasti akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

MASALAH RAMAI MENGANGGUR BUKAN KERANA KURANG PEKERJAAN ATAU SKILLS

Belanjawan 2020 kali ini saya baca banyak berkenaan nak bagi peluang pekerjaan kepada anak muda, nak tingkatkan skills mereka supaya mereka ini match dengan kerja-kerja di dalam industri sekarang, tapi mereka lupa semuanya bermula dari apa yang berada dalam kepala mereka, minda mereka. Berapa ramai yang nak cuba tolong betulkan mindset anak muda? Berapa banyak program yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu untuk betulkan mindset mereka?

Tahukah kita melalui kajian saintifik dan berdasarkan kajian dari orang-orang yang berjaya, kejayaan seseorang bersandarkan 80% dari apa yang mereka fikir dalam minda mereka dan hanya 20% dari skills atau teknik yang mereka tahu. Berbillion-billion selama berpuluh tahun kita peruntukkan untuk bahagian skills and teknik ini. Sejak dari sekolah, universiti dan di tempat kerja banyak di tekankan berkenaan skills dan teknik ini. Lupakah kita untuk bagi peruntukkan dalam pembentukkan minda seseorang?

Tak guna kalau mereka hebat dalam skills tapi hidup dalam stress, depression, axiety dan sebagainya. Berapa banyak orang berjaya berpecahh belah rumah tangga? Berapa banyak orang berjaya last sekali bunuh diri sebab depression? Berapa banyak orang berjawatan tinggi berjaya attitude kelaut? Yang paling penting harus diperbetulkan dahulu apa yang ada di dalam kepala mereka ini.

Bila dalam kepala mereka ini diperbetulkan, mereka akan tahu apa yang mereka nak secara JELAS. Setiap orang harus mempunyai vision yang jelas dalam hidup mereka. Ini tak di ajar di sekolah mahupun universiti. Daripada vision yang jelas, mereka kena tahu step-step yang jelas untuk mereka capai vision mereka itu. Mereka kena tahu bagaimana nak fokus dalam “present moment” daripada living in the past and future. Ini semua adalah module dalam pembentukkan mindset. Bila mindset dah di bentuk elok, mereka tidak akan sama sekali menganggur, mereka tidak sama sekali akan menunggu peluang, sebab mereka yang akan cipta peluang sendiri!

Kalau kita sudah betulkan mindset, ramai anak Malaysia yang akan mula buat pekerjaan sendiri, ada yang akan start dengan partime menjadi runner, dari situ mereka akan cuba bina network, sebab networking is your networth! Anak muda yang dibentuk mindset yang elok akan menghasilkan peluang pekerjaan. Isu menganggur akan boleh dikurangkan dengan perbelanjaan yang tidak sampai berpuluh billion.

Para bijaksana fikirkanlah, yang mana untuk membentuk seseorang haruslah dari akar umbi, dimanakah akar umbi tersebut? Dari apa yang berada di dalam kepala mereka. Mindset mereka, mindset yang hebat akan menghasilkan character yang hebat dan attitude yang hebat. Mereka yang mempunyai attitude yang hebat ini sudah pastinya berilmu. Dan orang yang berilmu (skills & teknikal) belum tentu mempunyai attitude yang hebat. Yang membawa seseorang itu berjaya dalam hidup adalah attitude seseorang.

Fikir fikirkanlah. #share

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Kenapa Masih Ada Graduan Menganggur?

  1. Graduan terlalu memilih pekerjaan dan terlalu manja #sesetengahtu
    Ada tu mak/pak yang tolong sediakan resume dan apply online pastu bila pegi interview blurrrr….

  2. sebelum dapat elok cuba kerja 3D dulu..

    sambil kerja sambilan boleh cari kerja tetap

    jika belum mahu kerja begitu boleh jadi Youtuber atau blogger

    dua-dua boleh jana income

    tak banyak jadi sangat banyak

  3. ammi rasa graduan tu sendiri punca dirinya menganggur.
    ammi pernah ada budak intern kat office dulu. bila kita bagi dia assignment, setiap sebaris ayat tu dia nak tanya.
    Ye..tanya tu bagus tapi kan lebih baik kalau kita kaji dulu apa kehendak assignment tu instead of mintak org explainkan.

  4. zaman sekarang ni graduan tak boleh cuma duduk rumah goyang kaki sementara menunggu untuk dapat panggilan kerja, kene berusaha untuk cari kerja, pelbagai kerja. Swasta atau kerajaan kene berusaha untuk dapat kerja, dan tak boleh yang terlalu memilih kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *