March 29, 2024

8 Langkah Awal Menjadi Youtuber Berjaya.

Adakah kita suka menonton Youtube di telefon bimbit ? Pernah bermimpi bagaimana menjadi pemain Youtube yang berjaya buat wang?

Atau adakah sudah ada cita-cita untuk menjadi YouTuber?

Tenanglah. Kita boleh buat apa-apa jika kita benar-benar bertekad untuk melakukannya.

Jika kita keliru tentang bagaimana menjadi YouTuber yang berjaya seperti Pew Die Pie, Raja Youtuber dunia yang perolehi pendapatan ratusan juta setahun, atau Syahmi Sazli yang berjaya dengan Drama Spontan dan buat duit puluh ribu setiap bulan, cukuplah berfikir untuk dapat pendapatan 2,3 ribu sebulan dulu dengan youtube.

Mulakan dengan langkah pertama untuk menjadi Youtuber yang berjaya!

Terdapat sekurang-kurangnya 8 langkah yang perlu kita ikuti sebelum akhirnya kita boleh menjadi Youtuber yang berjaya . Kunci kejayaan adalah kerja keras dan doa.

8 Langkah Awal Menjadi Youtuber Berjaya.

1# Buat Youtube Channel.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membuat akaun Youtube! Buat akaun Gmail dan seterusnya mendaftar akaun dengan Youtube. Boleh juga menggali dan mengetahui RAHSIA YOUTUBER sehingga berjaya menjana pendapatan yang lumayan di YouTube.

2# Dari Idea Jadikan Konsep.

Selepas buat saluran Youtube, maka langkah seterusnya yang perlu kita lakukan adalah mula fikirkan idea dan konsep.

Berfikir dengan teliti tentang kandungan yang akan dijadikan konten, personaliti apa yang kita ingin paparkan, dan banyak lagi yang perlu diperhalusi.

3# Pilih dan beli Keperluan Videografi.

Sebenarnya agak sukar untuk mencari konten yang berkualiti tinggi. Kerana untuk mencipta konten yang baik, ia memerlukan pengorbanan. Komitmen 300%.

Bagaimanapun, anda boleh memulakan proses ini bermula dari rakaman kamera video smartphone anda. Jangan malu untuk menjadi kreatif!

Seterusnya jika anda mempunyai wang dari simpanan cukup, beli peranti atau alat yang dapat membantu dalam membuat kandungan video yang lebih baik dan berkualiti.

Cari juga komputer riba, kamera, pencahayaan untuk merakam peranti yang boleh membantu membuat video yang baik.

4# Buat dan Fikir Kandungan Menarik.

Sebenarnya, ada jenis video Youtube yang paling menguntungkan jika anda membuatnya. Prinsipnya- apa sahaja kandungan yang anda akan buat, selagi ia dari hati, pasti akan berjaya!

Jangan jadi huru hara. Belajar dan praktik lima ilmu ini sebelum anda menjadi hos Youtube yang berpengaruh – Public Speaking, Storytelling, Content Marketing, Personal Branding dan Youtubing. 

Perkara yang paling penting ialah membuat kandungan mengikut semangat dan keupayaan anda.

5# Meningkatkan Kualiti “video editing”.

Nah, inilah satu perkara yang andaperlukan untuk terus berlatih. Semakin banyak kita berlatih, semakin lebih baik hasilnya.

Pilih aplikasi pengeditan video vlog atau jika kita betul-betul ingin menjadi pengguna lama, belilah software atau apps yang berlesen. Boleh saja jika kerja pengeditan video menggunakan smartphone terlebih dahulu!

Tiada keputusan segera dalam apa perkara. Semasa berlatih dan rajin membaca tutorial tentang cara menyediakan video, carilah guru yang betul. Jangan malu untuk meminta pro Youtubers yang lebih baik bimbing kita!

6# Buat Duit Dengan Youtube.

Jika anda berfikir bahawa AdSense adalah satu-satunya cara anda boleh mendapatkan wang dari Youtube, ianya kurang tepat! Elak bertumpa pada satu sumber sahaja kerana peraturan YouTube atau peraturan tentang AdSense sentiasa berubah! Kelak akan membataskan sumber pendapatan anda!

Bermulalah dari bilangan pelanggan yang minimum, masa menonton video, sehingga jenis kandungan yang diterima oleh AdSense.

Satu cara lain yang boleh kita lakukan untuk buat duit dari Youtube adalah melakukan penajaan atau sokongan dengan orang luar! Ini lain episod kita cerita.

7# Bersosial Dengan Pemain Youtubers.

Bina networking dengan Youtuber lain. Tak kisahlah yang dah popular atau pun yang baru berjinak-jinak dengan penghasilan Youtube. Setiap orang mempunyai bakat yang berbeza.

Ini penting untuk meningkatkan keterlibatan. Jangan lupa bahawa kita juga perlu berinteraksi dengan pelanggan di ruangan komen!

8# Pelbagaikan Platform

Selain itu, Youtuber wajib mempunyai media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter atau blog untuk mempromosikan saluran Youtube yang kita bina!

Objektif utama adalah untuk membina jambatan antara pelanggan dan penjenamaan peribadi sendiri!

Ada Niat Kukuh Dan Hasrat Teguh.

Sudah tentu, ini adalah perkara yang paling penting jika mahu menjadi Youtuber yang hebat!

Niat tidak akan mengkhianati keputusannya! Selagi anda berusaha tanpa jemu, anda akan berjaya! Ini janji Dia..bila dan bagaimana hanya Dia yang tahu.

Mungkin sesetengah orang boleh menjadi viral dan terkenal dengan mudah! Tetapi ada juga yang perlu berjuang dengan penat lelah demi merealisasikan impian mereka!

Jika kita percaya bahawa menjadi YouTuber adalah matlamat untuk kembangkan pasaran serta mula buat penampilan, maka telan pil berani dan mencapai impian diri itu!

Nukilan asal FB: Roslan Ab Hamid

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “8 Langkah Awal Menjadi Youtuber Berjaya.

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *