March 19, 2024

13 Amalan Punca Rezeki

1) TAQWA KEPADA ALLAH SWT.

Bertaqwa kepada Allah bermaksud kita takut hanya kepada Allah SWT. Taqwa boleh menjadikan seseorang malakukan amar ma’ruf (perkara yang disukai Allah) dan nahi munkar (mengelak perkara yang tidak disukai Allah). Manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa kepadaNya. “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertaqwan kepada Allah, tidak akan miskin hidupnya”

2) TAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT.

Tawakkal kepada Allah SWT bermaksud kita menyandarkan dan berserah diri kepada Allah. Mulakanlah dengan Tawakkal, doa dan usaha. Usahlah mulakan dengan usaha dahulu, doa dan kemudian baru tawakkal. Kerna Tawakkal adalah proses pensucian diri. Jika kita mahu balang rezeki hidup kita dimasukkan rezeki, sucikanlah dahulu balang tersebut dari segala kotoran, pasangkan niat dan usaha, insyaAllah Allah akan cukupkan rezeki balang rezeki kita.

“Jika tawakkal Allah cukupkan dia” – Ayat seribu dinar.

3) SOLAT KEPADA ALLAH SWT.

Solat adalah rukun islam, dan maha pemberi rezeki “Ar-Razzaq” adalah the only one yang menurunkan rezeki ke sekian alam. Ingatlah setiap rezeki yang kita dapat selama ini adalah dengan izin Allah dan dengan kehendaknya. Jika hubungan kita setiap hari (solat) bersama pemberi rezeki tidak dijaga, bagaimana Dia hendak permudahkan pemberian rezeki kepada kita? Menjaga solat dan hanya solat ibarat langit dan bumi, semakin kita lewat solat, semakin lambat rezeki yang kita pinta itu hadir.

“Kami tidak meminta rezeki, kami yang memberi rezeki” – Allah SWT

4) SEDEKAH KE JALAN ALLAH SWT.

Sedekah merupakan proses pensucian balang rezeki, rezeki tidak akan masuk ke dalam balang rezeki yang penuh dengan kekotoran. Sedekah, infaq, dan zakat adalah proses pensucian balang rezeki. Untuk dapat sesuatu yang baru, kita haru keluarkan yang lama, begitulah jika kita mahukan rezeki yang baru, sedekahkan rezeki yang lama kepada orang yang jauh lebih memerlukan. Setiap rezeki yang diberikan Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali RA dengan unta).

5) ISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT.

Istighfar bermaksud kita memohon kemaafan dengan Allah SWT. Setiap hari kita mesti ada sahaja salah silap yang kita lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dengan Allah swt. Sepatutnya setiap masa kita kena pohon maaf dengan Allah SWT. Allah adalah “Al-‘Afuw”, Maha Pemaaf. Sedangkan jika kita orang minta maaf dengan kita pun kita akan tolong orang tu lagi, inikan Allah SWT. Jika kita selalu istighfar dan mohon maaf dengan Allah SWT, insyaAllah banyak rezeki yang akan masuk tanpa di sangka-sangka.

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan”

6) SYUKUR KEPADA ALLAH.

Setiap pagi kita harus bersyukur (terima kasih) dengan Allah SWT, syukur atas nikmat yang Allah curahkan kepada kita yang tak terbilang ini. Setiap hari hampir 1 juta umat manusia menghembuskan nafas terakhir, setiap pagi kita kena bersyukur yang mana kita masih hidup, kita masih ada orang sayang kita, kita masih ada pasangan hidup, kita masih ada anak-anak, kita masih ada tempat tinggal makan minum. Ingatlah dengan bersyukur sahaja Allah akan tambahkan nikmat hidup.

Jika orang bersyukur dan berterima kasih dengan kita walaupun apa yang kita lakukan hanyalah pertolongan kecil, kita rasa nak tolong lagi kan? Inikan pula Allah, jika kita bersyukur dengan sale atau gaji kita banyak ini, insyaAllah Allah akan perbanyakkan rezeki kita kelak.

7) SILATURRAHIM KERANA ALLAH.

Allah tak menjadikan kita hidup di dunia ini berseorangan, kita hidup dengan hamba-hamba Allah yang lain. Kita saling memerlukan. Kebanyakkan kita bergaduh kerna harta milik Allah. Apa kita nak jawab nanti di akhirat jika Allah tanya “kenapa kita bergaduh merebutkan harta yang Allah izinkan dah hadiahkan?”. Kita ini Islam bersaudara, jagalah silaturahim kerana Allah tidak suka umat Islam bersenggeta. Ibarat mak ayah kita tak suka anak-anaknya bergaduh atas makanan yang dia berikan. Untuk mudahkan rezeki masuk, sila sambungkan semula silaturahim yang telah terputus. InsyaAllah dipermurahkan rezeki.

8) TUNTUT ILMU KERANA ALLAH.

Orang yang menuntut ilmu ini tinggi darjatnya di sisi Allah swt. Ilmu adalah penyuluh hidup, bila kita ada ilmu kenali diri kita sendiri, kita akan lebih dekat kenal Allah. Bila kita ada ilmu alam semesta, kita akan lebih dekat kenal Allah. Sampai satu tahap setiap perkara yang kita lihat kita akan baca/nampak dengan nama Allah. Semakin kita menuntut ilmu, semakin mahal nilai kita dan semakin mahal rezeki yang Allah curahkan kepada kita.

“Barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki” – (kisah imam bukhari)

9) NIKAH KERANA ALLAH.

Ramai yang cuba cari rezeki banyak-banyak dulu baru ingin bernikah, yang mereka lupa janji Allah siapa yang lakukan nikah akan ditambah rezekinya. Bukan kaya dulu baru kahwin, tapi sebenarnya kahwin dulu baru akan datangnya kaya. Kerana ada keberkatan di dalam pernikahan 2 hamba Allah itu. Boleh lihat kisah sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan rezeki, yang mana Rasulullah SAW menyuruhnya berkahwin.

10) DAKWAH KERANA ALLAH.

Kita sebagai umat Rasulullah SAW haruslah menyambung dakwah Rasulullah. Menyebarkan ilmu meningkatkan rezeki juga satu dakwah, Bila ekonomi kita kukuh, barulah Islam boleh tersebar dan lebih baju. Lihat kekayaan para Nabi dan Rasul-rasul, dakwah yang dilakukan merupakan asbab terbesar datangnya rezeki kepada mereka.

Rasulullah SAW bukan miskin, Rasulullah pilih untuk hidup zuhud.

11) TILAWAH QURAN.

Hanya 2 benda di dalam dunia ini tidak boleh dan tidak akan berubah – Al Quran dan As Sunnah. Bila kita doa kepada Allah kita sedang berbicara dengan Allah, Allah pula berbicara dengan kita melalui ayat-ayat Al-Quran. Perbiasakan setiap hari menyelak dan membaca qalam Allah ini, sebagai contoh jika kita sentiasa amalkan surah Al-Waqiah fadhilatnya Allah hilangkan kefakiran hidup kita selamanya.

12) ZIKIR PAGI PETANG UNTUK ALLAH.

Zikir bermaksud kita mengingati Allah. Kalau kita sentiasa mengingati Allah pagi dan petang Allah pasti cukupkan keperluan kita pada hari tersebut. Allah tidak pernah menjanjikan seseorang itu miskin, Allah janjikan kekayaan dan kecukup jika hambanya sering mengingatiNya.

13) PEKERJAAN.

Ini yang ramai sedang kita usahakan sekarang. Ada yang bekerja, ada yang berniaga. Hampir 8 jam sehari kita usahakan pekerjaan yang kita lakukan ini.

Jika lihat semula, perkara 1-12 yang saya tuliskan di atas terdapat perintah dan jaminan yang akan dijanjikan oleh Allah swt dalam memurahkan dan menjemput rezeki. Allah bukan manusia yang akan mungkir janji, Allah sentiasa tunaikan janji-janjiNya. Cuma perkara 13 (pekerjaan) itu ada perintah dari Allah swt namun BELUM ada jaminan dari Allah akan datangnya Rezeki.

Namun bukan bermaksud jika kita lakukan perkara 1-12 kita tak perlu bekerja dan berusaha, di dalam surah Al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah (usaha) untuk mencari rezeki kurniaan Allah.

Namun ada syarat dalam kita usaha dalam bekerja, ingatlah Allah banyak-banyak dan lakukan perkara 1-12 itu lebih banyak dari perkara yang ke 13 dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah SWT

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.

KEJAYAAN HIDUP BERMULA DENGAN KENALI DIRI & KENALI ALLAH

BACA DI SINI 21 CERITA MURAH REZEKI

Moga manfaat.

#share #manfaatuntuksemua

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “13 Amalan Punca Rezeki

  1. tapi saya dah berpengalaman sahabat saya takut nak kahwin takde duit..saya kan cakap dia saya kata kawin dulu nanti kau kaya kadang 2 kita tumpang rezeki anak ,rezeki isteri..mana kita tahu allah punya kuasa..

  2. sekarang target saya yang ke 9 bro…

    nak tengok ada tak calon yang sanggup terima seseorang yang tiada apa-apa melainkan jaminan yang ada dalam al quran

    in shaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *