December 14, 2024

Deep Fried Dumpling || Madam Kwan’s KLCC

Gara-gara trafik yang menggiler dan kesuntukan masa untuk menghadiri pra-tonton filem Lagenda Budak Setan 2 di Pavilion KL, lebih baik kami melencong ke KLCC. Tindakan ini lebih bijak daripada terus sabar menghadapi trafik jem di Jalan Tun Razak. Lagi pon dah jam 8.45malam, dan pra-tonton bermula pada jam 9.00malam. Merempit pon belum tentu sempat…Oh ye, terima kasih untuk foodblogger yang sudi tolong aku amikkan pass untuk pra-tonton tu..hehehe

Dah parking, terus mencari menu yang boleh sejukkan hati yang sedang menyetan. Since takpernah lagi menerjah Madam Kwan’s , why not kita mencuba di hari baik, waktu terbaik nih..so, anggaplah malam ni malam kita berdetim ye Puan Nunu..

Fried Beef Noodles, pilihan aku.. Own ‘fried’ versi baru kot.. tapi agak menerujakan dengan kepingan-kepingan daging yang mengghairahkan okkey. Banyak lak tu. Paling best, ianya lembut, tak liat-liat okkey. Rasa memang terbaik. Aku cakap terbaik, sebab biasanya aku ni kureng sikit ngan mi-mi spesis berkuah gini, tapi yang ni, thumbs up! Burp..alhamdulillah..

Pilihan baby katanya, Char Kway Teow.. Mesti ramai konpius kan. Biasanya char Kway Teow ni basah-basah gitu. Tapi ni kering semacam je kan. So, aku try le test sesuap dua..then, aku pon konpius gak. Tak kisah, janji cukup rasa. Nak-nak, bila selak-selak celah kue teow tu, ada udang la, selak lagi, ada sotong la, selak lagi ada ketam lak, ayam ngan daging memang dah tak pandang..hehehe..

Yang ditunggu sudah tiba. Eh, sepatutnya Deep Fried Dumpling ni cam pembuka selera kan. Ntah macamana dah tukar tugas, sebagai penutup selera. panas-panas lagi, dicecah dengan dip ala-ala mayonis tu. Isi dalam tu ada udang dan lain-lain. ‘lain-lain’??? yela, lain-lain tu aku tak pasti lak apa. Sedap sangat, terus ngap, ngap dan ngap..Burpppp…

Sekuntum mawar merah, sepinggan Char Kway teow..Sorry dear for wrong planning. Nak ke Pavilion, tapi melencong ke sini lak ye..

So far, thumbs up untuk kualiti makanan yang aku order, dan *matajulingtangankemulut untuk harga makanan di sini + service charge 10% + Gov tax 6% ..fuhh..RM78.40 termasuk minuman…Burpp alhamdulillah…~

** masih relevankah service charge+gov tax pada masa sekarang ni?

Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Deep Fried Dumpling || Madam Kwan’s KLCC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *