Setiap kali balik kampung di Besut, Terengganu, tak lengkap kisah ‘balik kampung’ kami kalau tak menjamu selera ikan bakar sedap di Zul Ikan Bakar Kuala Besut.
Senang je nak cari Restoran Zul Ikan Bakar ni. Kalau korang dari Jertih,elok je sebelum Jambatan Kuala Besut, turun belah kiri, dah boleh nampak restoran ni..bersebelahan dengan tempat pendaratan ikan LKIM.
Restoran Zul Ikan Bakar ni memang terkenal dengan ikan bakar berempah. Selain itu, ada juga makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan pelbagai jenis ikan. Selain bakar berempah, ada gak sotong/udang/ikan celup tepung. Tiada lauk-pauk lain yang disediakan.
Makanan laut yang SEGAR antara sebab utama ramai yang suka menjamu selera di Zul Ikan Bakar ini. Masa kami ke sini minggu lepas, kebetulan cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Pekerja. Memang ramai orang. Terpaksa menunggu meja kosong untuk 7 orang makan. Sambil menunggu bolehlah pilih ikan atau makanan laut lain. Untuk kali ni, aku pilih seekor kerapu seberat 700gram dan 2 ekor sotong saiz XXL untuk dibakar rempah.
Sambil menunggu ikan bakar berempah siap dimasak, kunyah dulu sotong celup tepung. RM8 sepinggan untuk 2 orang makan. Memang sedap dan berbaloi. Besar-besar ok sotong dia.
Dah setel sotong celup tepung 3 pinggan, menu utama masih belum siap dimasak. Agak lama kali ni, mungkin sebab ramai pelanggan malam ini. Takpe, kami order pula udang celup tepung RM8/sepinggan dan ikan kembung celup tepung 2 ekor (RM3.50 seekor). Udang galah saiz L ada 6 ekor sepinggan dengan harga RM8, mana nak dapat hoi..
Harga menu di Restoran Zul Ikan Bakar, akan berubah mengikut musim. Harga mampu makan la kan.
Ikan kerapu bakar berempah. Rempah tu memang secret recipe. Aku ratah kepala ikan disirami rempah rahsia tu. Perghh…
Sotong ni memang besar. Lepas dibakar, tetiba mengecut makin mengecil. Isi agak liat, mungkin sebab besar sangat. Ke sotong tua? hahaha..
Burppp alhamdulillah..jangan lupa singgah di Restoran Zul Bakar apabila datang ke Besut weh. Dibuka setiap hari kecuali ISNIN, dari jam 8 malam hingga jam 2 pagi.
Burppp…alhamdulillah…total semua untuk 7 orang makan, termasuk minuman+nasi putih+700gm kerapu+2 ekor sotong XL+3 pinggan sotong celup tepung+2 ekor ikan kembung celup tepung ialah RM114..murah ke murah? 🙂
Bila la nak p lagi ganu ni.
Memang cantik pantai dia.
Baik-baik oranya.
Haaahaha
kalau tengok ghambar camni selalu rasa tak sabar nak balik kampung
MURAH giler oi!!!
enak enak gurih nih ikan bakarnya..
pengen mampir ke sini 🙂
Teringat pulak kt tg lumpur, kuantan.. ade jugak ikan bakar camni
sedapnyaaaa.. lama dah tak jalan ke besut.. dkna boleh bayang dah kat mana kedai ni..
marilah jale ke besut..
Memang segar2 ikan, sotong, udang yg dijual dkt restoran.. harga pun berpatutan.. boleh masuk dlm list kalau dtg ke Terengganu nanti