Pagi tadi, ada rakan ofis aku bertanya tentang Shopback. Betul ke Shopback ni boleh dapat duit? Aku jawab padanya secara ringkas.”Boleh”.
Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi aku dah menggunakan servis Shopback. Dan dah pun berjaya buat duit dengan Shopback?
Buat duit dengan Shopback? Macam mana tu?
Secara asasnya, Shopback menawarkan “cashback” atau pulangan tunai apabila membeli-belah di atas talian melalui laman web Shopback. Untuk makluman, Shopback bekerjasama dengan banyak syarikat lain seperti Lazada, Shopee, FAVE, Zalora, Klook, Agoda, Foodpanda, Booking.com, Expedia dan macam-macam lagi.
Bagaimana Dapat Cashback Dengan Shopback?
- Beli-belah di atas talian daripada kedai online terpilih menggunakan laman Shopback. Sebelum itu, korang kena daftar akaun Shopback korang LINK SHOPBACK INI.
- Sahkan belian di kedai atas talian. Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Shopback korang.
- Keluarkan tunai daripada akaun Shopback korang ke bank pilihan korang.
Pertama Kali Dapat Pulangan Tunai
Aku masih lagi macam mana kali pertama aku dapat cashback di Shopback ini. Pada bulan puasa tahun lepas, aku ada membeli voucher Pakej Buffet Ramadan untuk tim Projek Oil & Gas. Alang-alang dah habis projek di Terengganu pada masa itu, aku kira ini satu “celebration” untuk penat lelah mereka.
Sebelum aku membuka akaun Shopback, aku survey terlebih dahulu harga pakej Ramadan di laman kegemaran aku, FAVE. Buffet pilihan aku adalah Pakej Buffet Ramadan di Sime Darby Convention Centre. Tawaran harga di laman FAVE memang berbaloi dengan potongan harga yang berbaloi.
Dan ianya lebih berbaloi bila aku meneruskan pembelian voucher menggunakan laman Shopback. Berbaloi sebab, aku berjaya mendapat harga best di laman FAVE dan mendapat pulangan tunai melalui laman Shopback sebanyak 12 Ringgit.
Oh ye, sebelum itu, aku turut mendapat pulangan tunai RM5 untuk Friend Bonus. Friend Bonus ini sapa-sapa boleh dapat selepas konfem mendaftar di Link ini dan melakukan pembelian pertama melalui laman Shopback ini.
Best tak? Ok la kan. Sedikit-sebanyak aku dah pun berjaya mempraktikkan langkah penjimatan.
Alah sikit je tu…
Ye sikit je tu. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Korang boleh dapat duit lebih di Shopback apabila memperkenalkan laman ini kepada kawan-kawan. Kiranya korang adalah ejen atau affiliater Shopback la. Setiap kali mereka mendaftar di bawah akaun korang, pulangan tunai RM5 akan dimasukkan ke akaun Shopback korang.
Itu baru satu. Bayangkan 100 orang rakan-rakan korang yang mendaftar di bawah akaun korang. 100 orang X RM5, RM500! Itu baru 100, bayangkan jika 1000 orang yang mendaftar?? haha..
Buat Duit Dengan Shopback?
Jadi, nak dapat pulangan tunai di Shopback, perlu ke membeli barang di kedai online terlebih dahulu?
Tidak perlu.
Korang boleh je dapat duit di Shopback dengan memperkenalkan link Shopback korang kepada kawan-kawan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dll. Atau, boleh juga emelkan link Shopback tu kepada penerima yang berada di dalam senarai email.
Tapi, kalau korang tak nak aktif buat duit di Shopback ini, ok je. Tapi bukankah lebih bijak jika korang shopping online menggunakan lama Shopback. Dah lama dapat harga berbaloi, lagi best bila boleh dapat pulangan tunai!
Macam mana ya nak keluarkan duit dari shop back tu? adakah kena tunggu lama smpai a few months? sebab tengok duit dah ada ia tracked tapi masih xboleh dikeluarkan…..
coupons-me have many coupon code stores.they provide many deals and discount offers on every store.
if you are interested so click on the given link
A’ah Mrs. A pun dah pernah dapat cashback dari shopback walaupun ciput ok jer dari takde langsung