September 22, 2020

Anak pintar dan pandai membaca sebelum masuk tadika.

Anak pintar dan pandai membaca sebelum masuk tadika. Itu harapan seorang ibu bapa. Mana ada ibu bapa yang tak nak anak dia cepat pandai dan bijak kan? Boleh dikatakan semua suami dan isteri, bila tahu je zuriat mereka ada dalam rahim si isteri, harapan pertama untuk bakal anak itu ialah supaya dia sihat dan bijak.

Harapan di mulut sahaja tanpa usaha dan doa tak guna kan.

Aku ada terbaca darisatu artikel Anak Pintar Cerdas, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.

Tapi tak bermakna yang baru baca dan sedar tentang ni, dah terlambat..

Aku tertarik dengan pesan Saiyidina Umar R.A “Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya..”

Sangat bersetuju dengan pesanan Saiyidina Umar R.A.

Seingat aku, zaman zaman dulu, budak umur 3 tahun boleh membaca, dah kira cerdik giler. Waktu aku 7 tahun, pertama kali guna komputer pun, bukan main lagi terkial-kial..dan masa darjah satu gak, aktiviti rutin harian lepas balik balik sekolah, gi mengaji ngan jiran, then lepas asar gi main bola, malamnya buat homework, layan TV jap. Sebelum tido jam 10, kena hafal sifir depan ayah, then baru boleh masuk tidur..

Tak de internet, takde fesbuk, takde playstation, takde tuisyen..

Korang rasa budak-budak zaman sekarang, kalau hidup macam aku dulu, boleh survive tak?

Aku amik contoh anak aku, 1 tahun 6 bulan..bangun pagi, slide ipad, minta pasangkan Upin Ipin..masa aku ngah mengadap laptop, dia pun sibuk gak datang, naik kerusi suh bukakkan youtube..gelak terkekek-kekek bila aku bukakan Maharaja Lawak Mega..

Anak kawan aku lak, 2 tahun dah boleh membaca menulis, 4 tahun dah masuk tadika, 5 tahun start hantar kelas tuisyen..darjah satu dah ada fesbuk…

Masa berubah, zaman berubah, manusia juga berubah…makin lama makin laju dan makin sengit lak persaingan untuk jadi yang terbaik. Anak perlu dididik menggunakan teknologi bukan menghalang. Bagi aku, sekiranya asas/akar umbi adalah baik, insyaAllah anak-anak tahu kemudikan hidup diorang pada masa akan datang.

Jom tambah ilmu dalam mendidik zuriat, boleh dapat SUMBER ILMU DAN TIPS MENDIDIK ANAK PINTAR DARI SINI.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Anak pintar dan pandai membaca sebelum masuk tadika.

  1. Gadget sekarang dah jadi mainan pada anak -anak tapi memang kena pantau penggunaan.
    Membaca seawal 2 tahun? Hebat!! Pasti ibubapa tersebut memang rajin mengajar anak di rumah. Thumb up for them.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *