April 19, 2024

Bean Brothers @ Sunway Damansara

Aku memang suka buat kejutan untuk isteri dengan jemputan makan tengah hari sewaktu hari bekerja. 2,3 bulan sekali aku akan cari masa untuk sesi lunch bersama. Pendek kata “lunch date“. Tanpa anak-anak. Just berdua. Even ofis aku di Bandar Sunway, dan dia di Kota Damansara, aku akan cuba “mencuri” waktu, khas untuk sesi ini. Waktu inilah nak borak-borak santai dengan tenang. Kadang rasa “sweet” juga..

Jadi, kali ini, aku text isteri selepas dia punch in. Tanpa tanya dia free ke tak waktu lunch hour, aku ajak dia ke Bean Brothers @ Sunway Damansara. Tak jauh dari ofis dia, tapi jauh giler dari ofis aku. Tak kisah, bukan selalu pun.

Ini kali pertama aku ke Bean Brothers. Menu tak sempat nak survey. Tapi aku pasti isteri aku lebih tahu bab-bab menu sedap di Bear Brothers, sebab dia pernah ke sini bersama rakan ofisnya. Cuma, dalam otak aku, aku akan mencuba menu pasta yang kaler hitam-hitam tu. Aku pun lupa nama dia. Pernah tengok di IG isteri aku sebelum inilah!

Jom aku kongsikan apa menu sedap di Bean Brothers Sunway Damansara ini.

Bean Brothers Sunway Damansara

Pintu masuk utama. Takde signboard besar pun..
Dinding dengan batu-bata sajer.

Untuk makluman, kafe Bean Brothers ni terletak di dalam kawasan ofis. Sekilas pandang, aku tak perasan pun premis yang terletak di corner lot ni adalah sebuah kafe. Kat bahagian luar, sebijik cam warehouse/office. Tapi bila masuk baru “wow!” tu ada. Aku suka dengan konsep raw architecture kafe Bean Brothers ni. Syiling terbuka, ada lampu-lampu tergantung, besi sana sini dengan warna latar hitam & emas, memang unik. Pendek kata, memang “insta-worthy cafe”!

Bean Brothers mula beroperasi di Seoul, Korea Selatan sebelum melebarkan sayap ke Malaysia. Setakat hari ini, ada 2 cawangan, satu di The Linc KL, satu lagi di Sunway Damansara ini.

Sebaik sahaja masuk ke sini, kami terus menuju ke kaunter pesanan. Tak terburu-buru pilih meja sebab masa kami sampai, masih ada meja kosong. Tiada buku menu bergambar disediakan di sini. Jangan risau, tak tahu boleh saja bertanyakan pada staf yang mengambil pesanan. Aku dan isteri memang dah pilih menu yang berkenan di hati. Cuma dessert pilihan isteri tidak kelihatan pula pada hari ini. Jadi, kami order makan & minum, bayar dan terus ke meja. Bila pesanan dah ready, alarm di tangan akan berbunyi.

Food & Drinks @ Bean Brothers.

Cafe Latte 12 Ringgit

bean brothers

Datang kafe sebegini, wajib aku pesan kopi panas. Dapat pula yang ada hasil tangan/art sebegini. Simple je kan. Sebelum hirupan pertama, wajib aku snap foto dan upload di Instagram @jmr_bhr. hehe Pada aku, rasa kopi di sini sedap.

Katanya, biji kopi pilihan daripada serata dunia di kumpul dan dibakar sempurna sebelum dimesin. Yang penting, aroma cafe latte ni buatkan otak aku lebih segar dan ceria!

Caesar Chicken Sandwich 18 Ringgit

Pesanan isteri aku, Caesar Chicken Sandwich. Apa mimpi dia pesan menu simple macam ni la kan. Risau la kot-kot dia tak kenyang. Aku nampak ada kepingan ayam, lettuce, telur kot yang diapit dengan roti hitam. Charcoal bun kan ni? Di samping itu, ada sebakul kentang goreng sedap. Weh weh serius sedap.

Sambil aku menunggu menu aku siap, krup kap krup kap sampai setengah bakul aku telan. Nampak ringkas menu ni, tapi kata isteri aku, dia kenyang sampai ke malam. Aku tak rasa sebab portion menu ni banyak, mungkin sebab kenyang makan di depan aku kot..hehe

Solftshell Crab Salted Egg Pasta 29 Ringgit

salted egg pasta

Yeah, tak lama selepas aku membuat pesanan, menu sedap aku sampai! Tengok pun dah menggiurkan kan, kan kan. Eh tu bukan mi arang, itu squid ink pasta. Pasta dakwat sotong. Dihujani sos telur masin yang sangat creamy. Kat tepi situ ada seekor ketam kulit lembut yang digoreng rangup. Kalau tanya aku sedap ke tak? Aku jawab, sedap namatey!

Aku sangat rekemen menu untuk kau orang yang datang ke sini nanti. Order la order la order la..

Iced Chocolate 12 Ringgit

salted egg pasta
Menu sedap Bean Brothers. Betul, tak tipu.

Lunch Date :-p

Burpp..alhamdulillah. Serius berbaloi aku datang jauh-jauh semata-mata untuk lunch date dengan isteri di Bean Brothers ni. Menu sedap dan environment kafe sangat best. Apa lagi yang kau nak kan?

Alamat Bean Brothers: Jalan PJU 3/50, Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Dibuka Setiap Hari- 9 pagi – 8 malam.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Bean Brothers @ Sunway Damansara

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *